PENGUMUMAN


widgets

08 April 2011

ZIARAH SAHABAT PAS MARAS DANSURAU AL KHAUTHAR PASAR MARAS

Dirumah Hj. Jaafar bekas Bilal Masjid Maras

Bersama Abang Zaki
8 April 2011- Jawatankuasa Surau Alkhauthar dan PAS Cawangan telah mengadakan ziarah ke rumah sahabat di lokaliti Pasar Maras. Kecaknaan pihak kami ini  merupakan satu rutin. Menurut Zakaria Mohd. Nong SU PAS Cawangan Maras lawatan ini adalah merupakan aktiviti yang dirancang bersama oleh PAS Cawangan Maras dan Surau Al Khauthar. Bagi kami PAS Cawangan Maras, ziarah ini merupakan satu janji yang kami akan terus berjasa kepada warga setempat sekiranya kami menang dalam PRU 13 nanti. Pihak kami akan terus menziarah para sahabat yang bermasalah dan kami akan membantu sedaya mampu. Lawatan kali ini pihak kami telah menyumbang barangan keperluan harian. Untuk makluman umum, Bilal Jaafar merupakan ayahanda kepada ahli jemaah surau Al Khauthar. Beliau telah diserang angin ahmar dan merupakan bilal yang paling lama berjasa kepada penduduk Maras. Manakala Abang Zaki menghadapi pendarahan dalam saraf otak. Keadaan beliau tidak stabil dan masih dalam rawatan. Pihak kami sentiasa mendoakan mereka berdua sihat dan dapat berbakti semula kepada masyarakat setempat.

1 comment:

  1. Makluman : Hj Jaafar Bilal masjid Kg maras telah meninggal dunia beberapa hari yang lepas. Doakan moga beliau dirahmati Allah.

    ReplyDelete