PENGUMUMAN


widgets

03 April 2011

Tempat Letak Kereta Bertingkat Bakal Jadi Monumen 'Gajah




- 10 tahun lagi pun belum tentu ada pulangan kepada kerajaan!
KUALA TERENGGANU
- Kesesakan ditengah-tengah Kuala Terengganu sebagai sebuah 'bandaraya' bukanlah berlaku pada setiap hari sebagaimana yang berlaku di bandaraya-bandaraya lain.

Kuala Terengganu hanya sesak pada hari-hari tertentu, umpamanya pada hujung minggu dan hari-hari cuti serta perayaan.

Kesesakan itu pula bukan berlaku sepanjang 24 jam, ia hanya berlaku apabila ramai yang mahu berurusan dengan pihak bank.

Oleh kerana kebanyakkan bank terletak di'jalur tengah' jalan utama ditengah-tengah Kuala Terengganu, maka kesesakan selalu berlaku di situ.

Di jalan Sultan Ismail itu juga terdapat bangunan Lembaga Tabung Haji, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kedai Telekom, bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang menjadikannya ia nampak sedikt 'kelam  kabut'.

Pada hari-hari biasa, tak ada masalah, jarang berlaku kesesakan ditengah-tengah bandar.

Urusan-urusan yang diambil oleh mereka yang menjadikan Jalan Sultan Ismail sebagai destinasi, bukanlah lama, kerana mereka perlukan masa antara 20 hingga 30 minit, paling lewat untuk membayar bil. telefon, air dan elektrik, memasukkan atau mengeluarkan wang dari bank atau Tabung Haji

Yang turut menjadikan kelam kabut bandar Kuala Terengganu khususnya Jalan Sultan Ismail ialah bangunan Umno negeri Terengganu.

Jadi apa relevannya, MBKT menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.8 juta untuk hanya membina sebuah bangunan besi yang berelektronik serta mekanikal, hanya untuk dijadikan sebuah tempat letak kereta sahaja?

Tidak ada bangunan pejabat, atau rumah kedai, untuk menampung pendapatan, sekiranya tempat letak kereta itu kosong dan tidak dipenuhi!

Ramai yang mengatakan, tempat letak kereta bertingkat  automatik (rotary type) akan menjadi 'Gajah Putih' yang tidak boleh dimanfaatkan apa-apa, selain dari menjadi tempat letak kereta, sekiranya usaha kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal menjadikannya ia sebagai sebuah tempat letak kereta.

Kalau sekiranya, ruang yang agak luas, bekas gelanggang tenis di Batas Baru itu didirikan bagngunan bertingkat, sebahagian besarnya dijadikan kawasan parking bertingkat dan sebahagiannya boleh memberi ruang pejabat dan niaga, bukankah lebih menarik?

No comments:

Post a Comment