PENGUMUMAN


widgets

27 August 2011

Sekitar Sumbangan Ramadhan Dan Idulfitri DUN Batu Rakit

Berkebajikan terhadap rakyat
Muslimat yang dirai
Muslimin yang dirai
Bertugas demi kebajikan rakyat
Ust.Fauzi Muda YDP PAS Kawasan Setiu
Ustaz Mat Yaacob Pengarah MTD DUN Batu Rakit
Sumbangan untuk rakyat
     
Sumbangan untuk hari lebaran  
27 Ogos 2011 - PAS DUN Batu Rakit telah menyampaikan sumbangan Ramadhan dan Idulfitri kepada golongan yang berpendapatan rendah di sekirat DUN Batu Rakit. Seramai 308 orang telah menerima sumbangan berupa beras dan wang saku untuk perbelanjaan hari raya. Menurut Tn Haji Shamsuddin Wahab selaku Pengerusi Badan Kebajikan DUN Batu Rakit, pihak pengurusan telah menerima sumbangan berjumlah RM 20 000 daripada orang ramai untuk melaksanakan program ini. Ustaz Fauzi Muda menyatakan program ini merupakan satu usaha pihak PAS dalam membuktikan NEGARA BERKEBAJIKAN akan terlaksana sekiranya PR dapat memerintah negara. Manakala Ustaz Mat Yaacob berpendapat UMNO adalah parti pembohong nombor satu dalam dunia. Ini kerana tiada satu pun program UMNO yang membantu rakyat,sebaliknya segala bantuan yang diberikan disertakan dengan arahan menyokong UMNO. Itulah UMNO jahat dan menipu selama-lamanya. En.Awang Yusof dari Kg. Maras bersyukur kepada Allah Taala,walaupun telah ditarik kelayakan menerima wang ehsan, rezeki telah datang mencurah-curah  dan beban untuk berhari raya dapat dikurangkan. Beliau amat berharap PAS akan memerintah Terengganu kembali supaya rakyat dapat menikmati kekayaan negeri dengan seadil-adilnya.

24 August 2011

Surau projek terbiar tidak dimakmurkan



SETIU - Sebuah 'surau' tidak dimakmurkan dan terbiar sejak sekian lama di Kampung Selamat dekat sini kerana didakwa ia dibina semata-mata untuk 'projek' dan habuan.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat, sebelum surau itu dibina di kampung terbabit, sudah ada dua buah surau yang digunakan oleh orang kampung..
Namun begitu, kata Aminuddin, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta pihak wakil rakyat Umno/BN, pada ketika itu tetap mahu mendirikan sebuah surau lagi.

Aminuddin Umat

"Sudah ada dua buah surau yang dibina oleh orang kampung dimakmurkan, tapi pihak JKKK dan YB (Umno/BN) masa tu, nak buat surau juga, "akhirnya, sehingga kini, ia terbiar begitu sahaja,"ujarnya ketika ditemui.Menurutnya, pada masa PAS memerintah (tahun 1999 - 2004) surau yang dikuasai oleh JKKK itu  pernah dimakmurkan, apabila Menteri Besar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan supaya 'dihidupkan' semu surau dan masjid.Sebaliknya, kata Amin (Gambar kiri), apabila Umno merampas kembali pemerintahan negeri pda tahun 2004, surau tersebut kembali 'sunyi'.

"Itulah sikap Umno/BN, kerana mahu dapat habuan dan keuntungan, dibina satu lagi surau, tanpa mengambil kira samada ada jamaah yang akan memakmurkannya atau pun tidak,"Akhirnya, sehingga kini, ia terbiar begitu sahaja,"Beliau berkata, tindakan kerajaan Umno/BN tersebut adalah satu pembaziran kepada wang rakyat dan juga merosakkan syiar ugama Islam.

Sumber : Buletinonline

20 August 2011

Kerajaan BN Terengganu politik Dana Raya(Bergambar)

 Rashid, Awang dan Ibrahim, dari Kampung Maras, Batu Rakit, dinafikan Dana Raya kerana melawat Pulau Pinang

20 Ogos 2011- Menurut mereka kesalahan yang membawa kepada pemotongan dana raya tersebut kerana telah menyertai satu rombongan melawat negeri kerajaan Pakatan Rakyat, di Pulau Pinang.

“Borang permohonan bantuan telah diisi tetapi telah dipotong dari senarai penerima dana raya kerana mengikuti rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Rakannya, Awang Yusuf, 54, mengakui telah dikeluarkan dari senarai penerima sumbangan dana raya beberapa hari lalu.

Katanya, sebelum ini pernah menerima sumbangan dana raya sebanyak RM400 tetapi telah dikeluarkan dari senarai penerima atas tuduhan menyokong PAS-Pakatan Rakyat.


“Dulu dapat RM400 tetapi sekarang nama saya telah dipotong dari senarai penerima kerana pergi (ikut) rombongan ke Pulau Pinang, Mei lalu.

Beliau merupakan seorang buruh kasar dari keluarga berpendapatan rendah serta mempunyi seorang isteri dan 13 orang anak.

Encik Rashid Ibrahim, 47, dari Kampung Maras menyifatkan pemimpin Umno di peringkat kampung ‘zalim’ dan khianat.

Beliau sekadar bekerja kampung dan mempunyai lima orang anak tergolong di kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Menurutnya, ada di kalangan penerima dana raya dipaksa mengisi borang keahlian Umno sebelum duit tersebut diserahkan.

“Tahun 2011 ini, nama saya telah dipotong dari senarai penerima sumbangan dana idulfitri. Ini bukti Umno-BN mengamalkan diskriminasi.

“Saya diberitahu pihak petugas Umno kerana kesalahan menyertai rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang,” ujarnya.

Sumber : Buletinonline

17 August 2011

BUKTI PRU 13 MENGHAMPIRI(SURAT TEMPAT MENGUNDI)

Surat dari MBKT untuk Sekolah

ekor surat

Borang maklumat tempat mengundi

Borang ni cikgu yang kena isi( petugas SPR)
Maklumat ini baru diterima. Ini bermakna PRU 13 paling awal bulan November 2011. Okey semua perlu bersiap untuk sambut raya yang besar dan bersejarah. ye ye PRU 13 dah dekat ye ye.

07 August 2011

Berbuka Puasa dan Sumbangan Anak-anaK Yatim DUN Batu Rakit

ANJURAN HALWA DUN BATU RAKIT
PENDAFTARAN

ANAK-ANAK YANG DIRAI

IBU TEMANI ANAK-ANAK

KHUSYUK MENDENGAR PESANAN

YDP KAWASAN SETIU MENYAMPAIKAN SUMBANGAN

PENGARAH MTD TURUT MENYUMBANG

ANAK-ANAK YATIM YANG DIRAHMATI ALLAH

BUAL BICARA BERSAMA WARTAWAN SINAR HARIAN

TUNGGU BERBUKA

HALWA MENGHIDANG JUADAH

SABAR MENUNGGU BERBUKA

TERIMA KASIH HALIDAH SEAFOOD RESTORAN


BERMATLAMAT NEGARA BERKEBAJIKAN
BUKAN CAKAP KOSONG TAPI KAMI SUDAH LAKSANA


05 August 2011