PENGUMUMAN


widgets

20 December 2014

Tindakan Pantas Sukarelawan PAS, Elak Kejadian Tidak Diingini : Banjir Setiu

YDP PAS Kawasan Setiu dan unit Amal
SETIU – Tindakan pantas sukarelawan PAS Kawasan Setiu membantu mangsa yang tejejas oleh bencana banjir berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi bantuan itu. Lagi

17 December 2014

MUSLIMAT PAS DUN BATU RAKIT : DAHULUI BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

Penyampaian sumbangan

Tetamu yang hadir

Jamuan




17 Disember 2014- Muslimat PAS Dun Batu Rakit mengambil inisiatif awal menyalurkan bantuan persekolahan untuk 50 orang murid di dalam Dun Batu Rakit yang layak. Ketua Kebajikan Muslimat PAS Negeri Terengganu Hjh Zaitun Binti Abbas telah menyampaikan sumbangan tersebut.Dalam ucapan perasmian beliau menyatakan PAS merupakan parti yang bergerak dalam erti kata menjaga kebajikan rakyat sedaya mungkin. Beliau juga mengharapkan penduduk dalam Dun Batu Rakit terus memberi maklumat segera sekiranya terdapat rakyat yang memerlukan bantuan. Mengikut Ketua Muslimat PAS Dun Batu Rakit Pn Wan Ramlah muslimat Dun Batu Rakit sentiasa cakna dengan permasalahan kebajikan rakyat dalam dun ini.

15 December 2014

Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat

PERKASA
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini. SUMBER

UNDANG-UNDANG ISLAM TETAP PRINSIP PAS : Dato’ Mahfodz Mohamed

PEMANGKU KETUA DEWAN ULAMAK

PAS Tetap Pertahan Prinsip Perjuangan Laksana Undang-undang Islam

PAS memberi sepenuh komitmen untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam mengikut kerangka sistem demokrasi, sebab itu PAS bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan yang telah berjaya mendapat mandat sokongan rakyat melebihi 80% pengundi di negeri itu.
Kanun Jenayah Syariah kelantan adalah salah satu dasar PAS yang perlu dilaksanakan supaya ianya selari dengan perjuangan Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam SeMalaysia PAS.
Mengikut kajian kami, lebih 70% masyarakat Islam menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam kerana ianya merupakan kewajipan ke atas semua orang Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya
Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak dilaksanakan ke atas non Muslim, oleh itu orang bukan Islam tidak perlu takut kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana ianya hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.
Lim Kit Siang tidak sepatutnya mencampuri urusan agama-agama lain terutamanya Agama Islam yang telah dijamin sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan.

Dato’ Mahfodz Mohamed
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

13hb Disember 2014

SUMBER

14 December 2014

Senarai 3 projek UMNO habiskan duit rakyat TERENGGANU

 

Projek Pertanian dan Asas Tani Puluhan Juta Ringgit Gagal

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelan Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyampaikan keresahan rakyat berikutan banyak projek-projek pertanian yang dilaksanakan olh kerajaan negeri berakhir dengan kegagalan. Lagi

Kincir Angin RM12.6 juta Hanya Untuk Ambil Gambar!

 KUALA TERENGGANU – Sistem hibrid tenaga gabung empat kuasa yang dibina di Pulau Perhentian tidak menjadi apabila kincir angin yang indah tersergam, hanyalah untuk mengambil gambar sahaja! Lagi

Tanaman Jagung Kuala Ping RM RM2.05 juta Rugi

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Datuk Harun mengajukan soalan berhubungan dengan projek Terengganu Agrotech Developmen Corporation (TADC) yang telah memberhentikan Projek Tanaman Jagung di Kuala Ping, Hulu Terengganu. Lagi


11 December 2014

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang. Lagi

Mantan MB Terengganu lapor polis

Mantan MB Terengganu

Ahmad Said Lodges Report Over Man Who Conned Sawmill Manager of RM1.8mil

KUALA TERENGGANU – A police report has been lodged by Datuk Seri Ahmad Said over an individual who allegedly misused the former Terengganu Mentri Besar’s name to cheat a sawmill manager of RM1.8mil. More

09 December 2014

Tahniah!!! BN bina hospital dengan duit sendiri

PROJEK MAK BAPAK BN
Inilah realiti otak MB baru Terengganu. " SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL " Kongkalikong betul kerja BN . Masa MB Razif lah yang istihar hospital UNISZA dan daerah baru Kuala Nerus. Daerah entah ke mana. Pejabat pun tak ada lagi. Ingat Mat Said yang terlebih cerdik, rupa rupanya razif lagi terlampau cerdik. Apa duit KPM tu duit mak bapak BN bagi ke? Patutlah ahli umno slow thinker sebab MB dia terlebih "tangker". Papan tanda dan pengurusan UNISZA pun terima anugerah "Gong samba".

TERKINI :RUMAH RAPID PENGERANG JOHOR TIPU RAKYAT(GAMBAR)




 Salinan catatan aduan RIDZEMA NAJ @ PERIMAU JOHOR dalam akaun FB beliau.
https://www.facebook.com/ridzema.naj

Salam 1 Malaysia. Buat tatapan kepada kepimpinan negeri yg dirahmati Allah. Apa yang sebenarnya telah berlaku pada projek rumah2 gantian bagi projek RAPID Pengerang Johor yang hampir 90% retak dan tidak selamat diduduki. Adakah rakyat perlu dikorbankan demi kepuasan pihak yg tamak serta mencipta kekayaan "mee segera" dan kuasa dalam memonopoli projek yg berbentuk "MEGA" tanpa memperdulikan nasib mereka. Kami belia2 di Johor mohon pihak yg bertanggungjawab mengambil tindakan segera sebelum isu ini meletup ke tahap peringkat tertinggi demi pembelaan dan suara serta nadi rakyat marhaen.-salam perjuangan@PERIMAU JOHOR (MALAYSIA).

Bukti bukti gambar yg dimuatnaik oleh beliau
.








BEGINILAH NASIB RAKYAT DISANA

01 November 2014

GST: Malangnya kita punya k'jaan pemalas, kata Mahfuz




KUALA LUMPUR: Kerajaan didesak membuka mata dan telinga dalam mendengar keluhan rakyat dan kritikan dari pihak berpengalaman berhubung perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. Lagi

17 October 2014

UMNO TERUS MERUGIKAN RAKYAT

Pesawah Padi Kampung Jelapang Rugi Bertimpa!

SETIU – Kecanggihan dan kemodenan industri padi tidak menjadi nyata di kawasan yang pernah diisytiharkan oleh mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Menteri Besar Ahmad Said, akan menjadi sebuah ‘jelapang’ baru untuk negeri ini. TERUS BACA

02 June 2014

PAS TRG DAN NGO BERJAYA HALANG KENAIKAN CUKAI PINTU


2 JUN 2014 - "RAHMAT UNTUK SEMUA" sememangnya slogan ini  tepat dan benar. PAS telah berjaya mengekang tindakan zalim yang cuba dikenakan pemerintahan UMNO terhadap rakyat di Terengganu. Penangguhan itu bukanlah kebikajaksanaan MB Terengganu yang baru tetapi tindakan yang hebat antara PAS dan NGO-NGO yang diterajui oleh GANTI. Rakyat sedar dan UMNO amat sedar mereka kini memerintah tetapi bersuara minoriti dalam kalangan rakyat Terengganu. PAS sebenarnya bukan mahukan penangguhan tetapi mahukan penghapusan cukai pintu untuk rakyat marhain. Takbir suara rakyat bergema nanti :

SEMUA WAJIB HADIR.


20 May 2014

PROTES : Mahkamah bebas 42 wartawan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 42 aktivis termasuk ahli parlimen dan seorang wartawan berkait satu himpunan protes kenaikan harga barang pada 2008.

Hakim Mat Ghani Abdullah berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pada 26 Januari 2008, seramai 45 aktivis termasuk pemimpin politik ditangkap diperkarangan Suria KLCC ketika terlibat dalam tunjuk perasaan membantah kenaikan harga minyak dan barangan.

Antaranya Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim, Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Naib Presiden PKR Tian Chua, dan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad.

Protes itu dianjurkan Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) yang dipengerusikan Dr Hatta Ramli dan penyelaras bersama S Aruthcelvan.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan haram ekoran tiada permit polis dikeluarkan. - HARAKAHDAILY 20/5/2014

18 March 2014

Panasssss !!!!! UMNO Terengganu roboh rumah rakyat(video)

Hiasan
ZALIM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



YA ALLAH UMNO TERENGGANU ANGKUH YA ALLAH
 YA ALLAH UMNO TERENGGANU CABAR KEANGKUHAN YA ALLAH
YA ALLAH AKU MOHON BAGI SAHABAT AKU YANG DIZALIMI YA ALLAH
YA ALLAH ENGKAU HANCURKAN DAN HAPUSKAN UMNO TERENGGANU YA ALLAH

07 March 2014

Malaysia hilang hak semak air dibeli Singapura





SINGAPURA: Menteri Luar Singapura K. Shanmugam berkata berdasarkan Perjanjian Air, selepas Malaysia memutuskan untuk tidak mengkaji semula harga air pada 1987, maka ia tidak lagi berhak untuk berbuat demikian selepas itu.

SETERUSNYA

22 February 2014

Bantah PBS: Cikgu Mohd Nor Izzat diarah tukar sekolah

Cikgu Izzat
KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa pada 17 Februari lalu.
Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam. Baca lagi.

21 February 2014

Guan Eng : BN tolak DAP bina Sekolah Tamil




GEORGE TOWN, 20 FEBRUARI: Putrajaya menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di negara ini iaitu di Bagan Dalam, Butterworth sehingga mengecewakan ramai pihak termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

17 February 2014

Pas Terengganu akan dedah penyelewengan terbesar





KUALA LUMPUR – Pas Terengganu bakal mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jumaat ini.

SUMBER

16 February 2014

ISU PBS : PPD HULU TERENGGANU NI PEMBODEK?

DIN TEH O
Semua kenal dia ni. PPD yang berfikiran amat jauh. Bakal Pengarah IPG KDRI kata orang. Memang patut jadi pengarah pun. Namun jangalah sampai dicampur ngan politik urusan pendidikan ya. Menarik sekali pendapat beliau tentang isu PBS. Sila rujuk sumber untuk cerita lanjut. SUMBER

09 February 2014

Konsensus Nasional: PAS sambut baik, gesa k'jaan kemuka terma

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik cadangan Konsensus Nasional yang dilontar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cadangan itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang dilontar beliau dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.
"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau;

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam menekuni persoalan "Konsensus Nasional" yang telah dilontarkan oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat kabinet baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini.

PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara.

Ianya juga adalah selari dengan keperluan muzakarah yang saya sebutkan dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.

Lanjutan dari itu, maka PAS berharap agar  pihak kerajaan  dapat menyatakan terma - terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah bergerak ke hadapan.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sumber

29 January 2014

Dun Kajang: Jangan buat kenyataan bersifat spekulatif

 
SU AGUNG PAS


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif  berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.
Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.
"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.
"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.
Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.
Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut.


SUMBER

HARI KELUARGA KEPIMPINAN PAS MAJLIS TINDAKAN DUN BATU RAKIT(gambar)



25 January 2014

Ustaz Harun Taib kembali ke rahmatullah


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.


20 January 2014

KENYATAAN PRESIDEN PAS DI PRESS TV : Saudi Arabia sowing discord among Muslims; Cleric (VIDEO)




WAWANCARA PRESS TV BERSAMA TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG,
PRESIDEN PAS DI PERSIDANGAN PENYATUAN ISLAM SEDUNIA KALI KE 27


A top Malaysian Sunni cleric says a plot involving the United States, Israel and Saudi Arabia has been hatched to cause sectarian conflict among Muslim nations.
“Saudi Arabia has been influenced by a US and European political game,” Abdul Hadi Awang told Press TV on Saturday.
“The Saudis and other Arab countries have turned their lands into Western bases. They do this not to support Islam but to gain power,” added Awang, who is the president of the Parti Islam SeMalaysia, an Islamic political party in Malaysia.
“This makes us (feel) sorry that the Saudi government has been made to serve Israeli and Western interests,” he stated.
“It is a Western plot to safeguard the interests of Israel and the West. They use religion as a tool for this game by using media people and political figures. Malaysia has been influenced as well,” Awang noted.
He said the plot is aimed at pitting regional countries against one another in an effort to provide security for Israel.
Awang stated those behind the project are angered by the progress they see in the Muslim world, especially in Iran.
The cleric added that Malaysian scholars have held conferences and issued statements to raise awareness about the issue.
In an interview with Press TV in November 2013, American political commentator Jim W. Dean said that Saudi Arabia and Israel were funding and executing terrorist activities in the Middle East.
“Israel and Saudi Arabia are the two most active terrorist organizations in the Middle East. They have tremendous experience on Israel side and they have unlimited funding on Saudi Arabia side,” he said.
GJH/NN/AS
SUMBER

Kait peristiwa 13 Mei zahir 'mentaliti kangkung' Umno

KETUA PEMUDA PAS
 KUALA LUMPUR:
Pemuda PAS Malaysia mengingatkan Umno BN agar tidak memanipulasi isu 'kangkung' untuk menjadi senjata perkauman mereka demi mengalih kemarahan rakyat terjadap kerajaan ekoran kenaikan kos hidup.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, berkata, isu 'kangkung' yang menjadi siulan anak muda ketika ini adalah sebagai protes sinis terhadap realiti tekanan hidup yang dihadapi mereka.

Malah kata beliau, isu 'kangkung' yang ditimbulkan itu pada hakikatnya tiada kaitan langsung dengan peristiwa 13 Mei.


18 January 2014

Barang naik: Menteri Wilayah salahkan pula 'orang tengah'




KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini menyelar sikap 'orang tengah' yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.