PENGUMUMAN


widgets

24 February 2011

SEMBANG KOPI PR DI DUN BATU RAKIT





 
HAJI SHAMSUDDIN ABDUL WAHAB

23.2.2011 - Hj.Shamsuddin Wahab, Timbalan Pengarah MTD DUN Batu Rakit, Ng Chai Hing,Pengerusi DAP Terengganu dan Dr. Balachandran Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu serta Jawatankuasa UPU MARAS telah bersembang di kedai kopi Yusof  Kg. Balai Maras. Pelbagai isu dan strategi yang dibualkan.
 
 
Ini merupakan satu aktiviti rutin kami di DUN Batu Rakit. Kami akan bualkan lagi diseluruh kedai kopi dalam DUN Batu Rakit. Kami nak orang kampung tahu PAS,DAP dan PKR adalah sAhabat yang mahami antarA satu sama lain. Kami tidak prejudis.


NG CHAI HING

DR.BALACHANDRAN
Kami mesra dan amat membantu. Kami akan buang kedajjalan UMNGOK dalam kotak akal rakyat DUN Batu Rakit. Tunggu PRU 13 PR akan golek UMNGOK masuk pancur Udang. YB Khazan termanggu macam hilang bini.


22 February 2011

YB DUN LANGKAP SOMBONG

Peristiwa ini berlaku sehari sebelum cuti Maulidurrasul baru-baru ini. Dia YB yang sombong itu telah melawat ke Hospital Daerah Setiu. Kononnya mesra rakyat. Penipu dan memang dasar tak sedarkan diri. Dia hanya melawat  kroni sahaja kat hospital itu. Pesakit lain pandang sebelah mata pun tidak. Beri hadiah hanya untuk pelantak dia sahaja. Rakyat bukan melukut di tepi gatang,tapi kau YB Langkap sebenarnya melukut. Rakyatlah gantang sebenarnya. PRU 13 engkau tahulah. Janji lembut gigi daripada lidah. Rakyat Langkap dah kenal dah. Tunggu kamu!!!! Nak kenal rupanya senang sahaja. Cari kat Goole image adalah tu. Muka masam mencuka!!!!Malas nak tampal kat sini. Buat busuk je!!!

21 February 2011

BN DAH MENANG DI KEDAH




" BN YAIKN MENANG 31 DARIPADA 36 KERUSI KEDAH
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah yakin BN, khususnya Umno bakal menumbangkan PAS di Kedah kerana keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak."

Petikan daripada Malaysiakini bertarikh 20.2.2011

Ya, aku amat yakin Bn menang di Kedah. Ini berdasarkan perbualan yang kami rakamkan antara seorang pakcik dengan mat bangla di kemaman. Dialog seperti di bawah:
            
Pak Cik        : Assalamualaikum, dari mana?
Mat bangla   : Salam, Bangladesh.
PakCIk        : Buat apa kat sini?
Mat Bangla  : ya saya ada belajar itu kelas bahasa malayu, tengok saya sudah pandai cakap.
Pak Cik       : Kat mana tu?
Mat Bangla  : Kimamang lah hi hi hi.Pak Cik tau ka,saya sudah pandai saya dapat itu biru punya pas. Apa itu ic ka pak cik. Itu abang biru cakap saya sudah pandai saya nanti boleh pergi kedah lah. 
Pak Cik        : Bagus tu, ramai juga kawan kamu?
Mat Bangla : Tak da ramai itu sudah ribu dari Hill Brandi sudah perigi itu malam.Nanti saya juga pergi.Bagus   pak cik. Itu Kedah banyak kawan saya. Semua boleh kerja sebab sudah dapat pas biru punya.


Pak Cik pun berlalu tanpa memeri kata pemisah.Mat Bangla tersengih,cantik gigi Mat Bangla tu. Aku melihat Pak Cik menangis. Aku mendekatinya dan bertanya kenapa? Pak Cik menjawab masa untuk dia berjihad telah sampai.Hanya tunggu laungan takbir dari langit Yang Maha Agung.

Pesanan buat BN dan UMNGOK. Ingat jangan bermain dengan agama Islam kerana Ia milik Allah tuhan semesta alam. Kami yakin pembalasan akan tiba dan tentera Allah akan membantu perjuangan kami dan rakan-rakan. TUNGGU DAN LIHAT.

* Maklumat adalah tepat kerna Mat Bangla insan jujur.




19 February 2011

12 jaminan Pas untuk Malaysia Baru


PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang. -Harakahdaily

Berkaitan;
Pas bentuk piagam untuk upayakan Melayu-Malaysiakini
Orang Melayu kena tegak Islam bukan Ketuanan Melayu, kata Hadi-TMI
Perjuangan Pas tidak pernah kalah-Harakahdaily

18 February 2011

BURUKNYA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA



Sementara itu Pemimpin Penggerak Mahasiswa UM, Mohd Asri Zulkifli, 22, menyifatkan kejadian tengah hari itu sebagai memalukan malah mereka patut menerima tawaran pihak universiti untuk bertemu dengan wakil mereka.
“Tak perlulah nak menunjukkan kekuatan dengan memecah pintu kompleks berkenaan kerana sebagai pelajar universiti kita yang patut menunjukkan teladan yang baik bukan memperlihatkan budaya merusuh seperti itu," katanya.(Petikan daripada mStar Online 17.2.2011)


1.Jelas petikan di atas merupakan balaci dan penonggeng UMNGOK.Pemimpin Penggerak Mahasiswa UM, Mohd Asri Zulkifli, 22 CALON UTAMA BALACI
2.Mahasiswa adalah pemimpin negara masa hadapan.Jangan dijumudkan pemikiran mereka. Jangan diperbodohkan mereka.
3. Prof Datuk Dr Rohana Yusof, iaitu Timbalan Naib Canselor UM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) mengapa menjadi bahan mainan UMNGOK?.
4. Mereka bukan jahat tapi mereka adalah bakal pencetus revolusi minda rakyat Malaysia.

SEKATLAH SUARA MAHASISWA
TAHANLAH KEBEBASAN MAHASISWA
PERMAINKANKANLAH MARUAH MAHASISWA
JAHANAMKANLAH KEBIJAKSANAA MAHASISWA
JADIKANLAH MAHASISWA BAGAI LEMBU DITARIK TALINYA

MAHASISWA! MAHASISWA! MAHASISWA!
SEDARLAH!!!!!!!!!!!!!!

17 February 2011

Najib Pembohong: Malaysia capai sasaran pertumbuhan enam peratus 2010






Najib enggan mendedahkan angka sebenar pertumbuhan tahun lalu. — gambar fail


KUALA LUMPUR, 17 Feb — Ekonomi negara menjangkaui sasaran pertumbuhan enam peratus yang dijangkakan bagi tahun lalu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Kerajaan menyasarkan kadar pertumbuhan akan melepasi paras enam peratus meskipun berhadapan dengan kelembapan pada separuh kedua tahun lalu.

Bagaimanapun beliau tidak mahu mendedahkan angka sebenar tetapi menegaskan ia bukannya dua digit.

 Najib Pembohong :

1. Tuntutan perjalanan guru untuk aktiviti sekolah , guru tak dibayar. Pegawai PPD dan Pegawai jabatan Pelajaran di bayar. Jahat. Guru diarahkan berkorban tapi pegawai pelahap duit rakyat. patutlah akhlak murid-murid sekarang semakin teruk.Duit makan dan minyak  guru yang tanggung. Guru Besar sedap arah sahaja guru bawa mruid pergi main sukan. Kalau kemalangan Kementerian Pelajaran Malaysia tak tanggung.
2. Duit lebihan sekolah semua kena hantar balik. Sekolah terkulat-kulat nak buat aktiviti awal tahun.
3. Penghuni asrama masih balik setiap minggu. Duit tambahan untuk makan cakap lebih kot?
4. Sukan dan permainan tiada peringkat daerah. Hanya olahraga sahaja yang dijalankan. Duit sukan tahun  lepas masih belum dibayar. Kasihan kakitanngan PPD yang habiskan duit dahulu.
INI BEBERAPA PERNYATAAN YANG DIAMBIL DARIPADA GURTU.GURU BESAR.PEGAWAI PPD DAN PEGAWAI JPN

15 February 2011

MB AHMAD SAID: SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA SEKULAR


MB TERENGGANU
"Penolong Setiausaha PAS Terenggannu menyatakan percakapan Ahmad disebuah sekolah di sini baru-baru ini, yang menuduh PAS mengamalkan fahaman sekular kerana menghantar anak-anak ahli mereka ke sekolah kebangsaan." Sedutan Buletin Online.

Para rakyat Terengganu, memang bebal MB Terengganu ni. Percakapan seperti itu secara tidak langsung menuduh Falsafah Pendidikan Negara adalah falsafah sekular. Ulamak jelas mengatakan sekular itu bukan Islam malah pengamalnya dianggap engkar perintah Allah.

Patutlah ramai sangat anak luar nikah di negeri Terengganu yang dijaga oleh MB Terengganu ini.Memang bodoh selalu kalau mamat ini keluarkan kenyataan. Macam mana BN pilih dia ni jadi MB.

Kementerian Pelajaran mesti dan sewajibnya menegur MB bebal ini. Baiklah ingin sekali bertanya, " Kat mana sekularnya Falsafah Pendidikan Negara,KBSR.KBSM,KSSR dan KSSM?" Atau memang dah MB ini yang penganut sekular lagi munafiq?

NAJIB KALAH DI PEKAN?

                       BN (BINI NAJIB)
                                                                                                Khairil Abdul Rahim  : HARAKAHDAILY
TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan.

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu.

Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja.

“Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya.

Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan.

“Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya.

Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat.

Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera.

“Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka.

“Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun,” katanya.

Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat.

13 February 2011

Tok Pa jahil Tukil

 TOK PA
"Pendedahan media mengenai terdapatnya penjualan tiket loteri haram dan pelacuran yang masih bergerak bebas di bandar Kota Bharu membuktikan Kelantan bukanlah negeri "bersih" segala-galanya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed."

Maaf kalau Tok Pa rasa dia hebat dan boleh jatuhkan maruah TGNA. Tok Pa bolehlah cakap dengan orang ulu yang jahil tentang berita semasa. Tok Pa sepatutnya nyatakan begini," Apa nak diherankan Malaysia pimpinannya tak tutup aurat sebab kat Mekah banyak lagi arab yang minum arak".

Maaf Tok Pa, rasanya penasihat-penasihat Tok Pa tu orang yang pencen masih ditakuk lama pemikirannya sama dengan Tok Pa. PAS bukan angkuh. PAS bukan sombong tapi PAS rasa hebat sekali kerana PAS berusaha sedaya  supaya menjadi Jemaah Islam yang  sebenar-benarnya. Bukan macam UMNO Tok Pa,munafiq dalam bab beragama. Tengok masa PRK Pengkalan Pasir Khairi pondan tu pakai jubah dan rasanya memperli Islam dan perdagang Islam. Tok Pa, kita tahu Tok Pa orang bijak matematik. Tapi Tok Pa tak ada roh Islam yang hakiki sebab itu Tok Pa jadi nampak macam bodoh je. Bukan bodoh tapi macam bodoh je. Kalau Tok Pa rasa hebat juga Tok Pa sewajibnya pertikai juga Nabi Muhammad s.a.w. kerana masih ada orang berzina masa Nabi Muhammad s.a.w memerintah Madinah.Sama juga zaman Saidina Umar ada ahlli keluarganya yang berdosa besar.

Ya lah Tok Pa, arak kat Malaysia ni halal kalau dapat lesen daripada kerajaan Malaysia. Begitu juga judi, kalau golongan kayangan berjudi lumba kuda halal sebab dia ada lesen. Tok Pa, baik Tok Pa berjudi sendiri, minum arak sendiri baru puas hati dengan dosa sendiri.

Tok Pa taubatlah Tok Pa, UMNO jemaah munafiq kerana bina masjid cantik-cantik nak tunjuk iman tinggi sama macam Moyang Tok Pa zaman Nabi Muhammad s.a.w. dulu kala. Tok Pa, neraka munafiq bawah sekali dalam lubang neraka, Kaum kafir atas sikit. Mungkin golongan ni dua kali kuffur daripada kuffur. Tok Pa timbang-timbanglah.


MENGAPA UMNO PERLU DIKALAHKAN

Sunday, 13 February 2011 02:45 skuad BO

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/masjidbujalhp3.jpgKUALA NERUS – Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya disuru untuk menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya umum (PRU) akan datang supaya dapat mengambil alih pemerintahan dari Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN)

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Umno-BN mesti dikalahkan dalam PRU-12 kerana parti itu memerintah secara zalim.

“Sesungguhnya semulia-mulia dan sebesar-besar perjuangan adalah berhadapan dengan pemerintahan yang zalim, malam ini kita akan dedahkan dan senaraikan kenapa Umno zalim,

“PAS mesti disokong dan Umno mesti dikalahkan, dalam pilihanraya akan datang untuk PAS memerintah negeri Terengganu dan negara kita,”ujarnya ketika menyampaikan ceramah sempoena program Himpunan Pemuda Islam Terengganu, 11 Februari.

(Gambar - masjid Bujal sebelum dirobohkan (atas) dan setelah dirobohkan kerajaan Umno-BN (bawah)

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/rtb%20bujal%20roboh%20masjid%20009.jpgMenurutnya, PAS mesti disokong dan diundi kerana aqidah perjuangan yang berbeza dengan Umno –BN kerana PAS mengajak rakyat memperjuangkan Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Manakala, katanya, Umno-BN yang mendakwa membela agama tetapi telah merobohkan masjid Bujal di Kemaman  dan menghancurkan rumah-rumah rakyat serta merampas tanah-tanah rakyat.

“Saya mengingatoi semula, Umno menyatakan mereka membela agama tetapi hancur tersungkur masjid Bujal adalah kerana sikap pemimpin dan perjuangan Umno,

“saudara juga jangan lupa, Umno lah yang telah memusnahkan rumah-rumah rakyat dan merampas tanah-tanah rakyat,”jelasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung, anak-anak muda juga menjadi mangsa, dibuang kerja dan terpaksa menganggur kerana kilang-kilang telah ditutup.

Kemudian, dakwanya lagi, tanah kilang yang ditutup itu telah diserahkan kepada duia individu bukan Melayu dan bukan Islam.

Dengar ucapan Ustaz Mohd Nor Hamzah melalui Buletinonline Radio dan lihat melalui Buletinonline Channel

12 February 2011

ADUN Kerdau meninggal dunia

 Sumber: Malaysiakini Feb 12, 11 9:00pm
ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.
NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
azlanSementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Dikebumikan esok

Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok.
Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.

Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.

Ketika ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.

Zaharuddin, 63, menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
12 wakil rakyat meninggal dunia

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
azlanSejak pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru.

Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di Penanti dan Bukit Selambau.

Pilihan raya kecil pula terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.

Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.

Persamaan Emelda, Farah Diba, Elena, Laila dan Rosmah

                              Presiden Tunisia, Zine el-Abidin Ali tersungkur oleh revolusi rakyat. Bersamanya ialah wanita pertama Tunisia, Laila Trabelsi yang melarikan diri keluar negeri. Gaya hidup Laila yang gila-gila mewahnya, sedangkan rakyat umumnya dalam kancah kemiskinan adalah antara faktor tumbangnya seorang presiden.

Hari ini apabila isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tiba-tiba menjadi buah mulut di kalangan rakyat Malaysia kerana berperanan ‘lebih sudu dari garpu’ dalam kepimpinan kerajaan 1Malaysia, ia mengingatkan kita kepada rentetan kisah wanita pertama yang menyumbang kepada kejatuhan suami mereka dan kerajaan yang didokongnya.


ZAMSHA telah menghuraikan watak Laila dalam Harakah keluaran lalu. Saya ingin menyambung dengan beberapa wanita pertama lagi. Antaranya Emelda Marcos atau nama sebenarnya Imelda Remedios Visitacion Trinidad Romualdez menjadi wanita pertama Filipina mulai 30 Disember 1965 sehingga 25 Februari 1986.
Isteri kepada Presiden Ferdinand Marcos itu terkenal sebagai seorang yang suka mencampuri urusan negara sewaktu suaminya menjadi Presiden. Bayangkan sewaktu menjadi isteri Presiden, Emelda juga adalah seorang ahli Parlimen bagi kawasan IV-A Filipina (12 Jun 1978 hingga 25 Februari 1986), Ambassador Plenipotentiary and Extraordinary (1978–1986) dan Menteri Pembinaan Insan (1978-1986).
Sebagai wanita pertama dia sudah memiliki segalanya, termasuk seorang Presiden di dalam genggamannya. Apa lagi yang diperlukannya dengan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan?
Bersama suaminya Marcos, Emelda sangat mewah berbelanja menggunakan wang kerajaan. Misalnya membeli-belah di New York, Rome dan Copenhagen pada 1983 dengan RM5 juta dollar. Membeli hartanah di Manhattan, antaranya Crown Building 51 juta dollar dan Herald Centre bernilai 60 juta dollar. Nafsunya untuk membeli koleksi barangan mewah tidak dapat ditahan, dia akan berbelanja besar setiap kali ke luar negeri. Setiap kritikan rakyat terhadap tingkahlakunya dijawab dengan selamba bahawa, itu adalah tugasnya untuk memberi cabaran positif atau memotivasi golongan miskin. Iyalah, mungkin golongan miskin akan lebih teruja berusaha menjadi kaya dengan melihat kemewahannya.
Selepas kejatuhannya, Emelda menjadi popular dengan pendedahan koleksi kasut mewahnya sebanyak 2,700 pasang tersimpan rapi di istana tinggalannya.
Seorang lagi wanita pertama yang suka menyibuk mencampuri urusan kerajaan pimpinan suaminya ialah Elena Ceausescu, isteri dictator Rumania Nikolai Ceausescu. Sewaktu suaminya sedang menakah karier politik, dia juga tidak ketinggalan membina karier politiknya sendiri. Bermula 1972, dia memegang pelbagai jawatan penting dalam Parti Komunis Romania. Pada Jun 1973 Elena muncul sebagai orang kedua terpenting dalam hairaki parti selepas suaminya, menjadi penasihat utama partinya dalam isu-isu antarabangsa.
Pada tahun 1980, Elena menjadi Timbalan Perdana Menteri Pertama, sewaktu saminya menjadi Presiden Romania. Gandingan Nikolai dan Elena menjadi sangat berkuasa, melakukan pelbagai penindasan terhadap rakyat. Senarionya sama dalam pemerintahan mana-mana diktator, di mana presiden dan kroni adalah kaya raya sewaktu rakyat dihimpit kemiskinan.
Revolusi rakyat Romania 1989 berjaya menjatuhkan rejim Nikolai Ceau┼čescu. Elena dan suaminya ditangkap di Targoviste, dibicarakan lalu dijatuhi hukuman mati. Dia dan suaminya sehidup semati, terbukur kaku bersebelahan di sisi bangunan selepas ditembak. Elena semasa hayatnya mungkin tidak seghairah Emelda dalam membelanjakan harta rakyat untuk barangan mewah, tetapi dia sibuk mencampuri urusan pentadbiran suaminya.
Farah Diva Pahlavi adalah permaisuri kepada raja Iran, Shah Mohd Reza Pahlavi. Seperti juga wanita utama bagi mana-mana diktator, Farah Diva muncul sebagai watak pemboros menghabiskan duit negara. Majlis penabalannya sebagai Permaisuri era Iran moden tahun 1967 menelan belanja 10 juta dollar, angka yang cukup besar pada masa itu.
Farah Diba seorang yang sangat meminati seni budaya, menghabiskan duit yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program kegemarannya itu. Dia mempunyai pekerja yang ramai untuk menjayakan apa-apa program yang selaras dengan kehendaknya. Kehidupan diraja mereka sangat mewah, sedangkan rakyat bawahan tidak terbela. Mana-mana rakyat yang bangkit menentang kerajaan akan menerima padah seksaan dari perisik Savak.
Revolusi Islam pimpinan Ayatullah Khomeini 1979 berjaya mengusir Shah, Farah serta seluruh keluarga diraja mereka. Mereka pernah hidup mewah di istana tetapi menjadi pelarian di beberapa buah negara.
Laila, Emelda, Elena atau Farah Diba adalah antara nama-nama besar di sisi suami mereka yang dianggap diktator. Sifat utama mereka ialah boros dan sibuk mencampuri urusan suami selaku ketua kerajaan.
Menarik juga untuk kita persoalkan apakah sifat-sifat tersebut ada pada ‘wanita pertama Malaysia’ Rosmah Mansor? Hingga setakat ini dialah pemegang watak Perdana Menteri apabila menggantikan Perdana Menteri sewaktu sakitnya, Menteri Luar apabila mengetuai delegasi negara ke beberapa buah negara luar, Menteri Hal Ehwal Wanita dengan projek Permatanya dan Menteri Pertahanan apabila merasmikan program PLKN. Adakah Rosmah seorang pemboros membelanjakan wang negara? Entahlah, rakyat lebih tahu.
Cuma bezanya setakat ini suaminya Najib belum menyerlahkan watak diktator tulen. Selagi adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri yang mengurung manusia tanpa bicara, selagi tiada kebebasan media sepenuhnya, selagi jentera kerajaan disalahgunakan sepenuhnya untuk kepentingan politik BN; bermakna sifat diktatornya tetap ada, namun mungkin ia belum setaraf para diktator dunia.
Soalnya, apakah rakyat harus menunggu sampai Perdana Menteri Malaysia menjadi diktator tulen baru rakyat berkira-kira untuk menyahkan Najib dan Rosmah dari persada kuasa? Masa itu sudah terlambat. Jadi jangan sampai negara huru hara macam di Tunisia dan Mesir baru nak bertindak. Bertindaklah segera melalui proses demokrasi yang aman.

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

HOSNI (FIRAUN) DAH LETAK DAH!

IDOLA KAUM MUNAFIQ 
(JAM 12: 50 AM 12.02.2011 AKU TAHU)
AKHIRNYA KEANGKUHAN HOSNI MUBARAK GUGUR DENGAN PENUH BERSEJARAH. INILAH KALI PERTAMA AKU LIHAT KEHEBATAN JANJI ALLAH RAJA SEGALA RAJA DI ALAM INI.
ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR

INGAT PEMIMPIN YANG ANGKUH
KAMU AKAN JATUH
JANJI ALLAH ITU BENAR
MATI ITU BENAR
SYURGA ALLAH ITU BENAR
DAN
AZAB NERAKA ALLAH ITU BENAR
TAUBATLAH TAUBATLAH TAUBATLAH UMGOK

11 February 2011

PAS AKAN TURUN KE JALAN RAYA


http://buletinonline.net/images/stories/berita40/msabuhimpit2011.jpg
KUALA NERUS - PAS memilih jalan demokrasi dan menyertai pilihanraya secara aman dalam berpolitik di negara ini namun sebaliknya akan turun ke jalan raya sekiranya penipuan terus berlaku dalam pilihanraya.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, rakyat akan turun ke jalan-jalan raya dengan kerelaan masing-masing, sekiranya mereka tidak percaya lagi dengan sistem yang diamalkan dinegara ini.

"Kita memilih pilihanraya, himpunan secara aman, (tetapi) sekiranya tidak adtidak perlu disuruh,  sekiranya rakyat sudah tidak ada kepercayaan kepada sistem demokrasi yang diamal  (lagi) kepercayaan kepada pilihanraya, tidak perlu disuruh, rakyat akan turun ke jalan raya,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan motivasinya disebelah pagi, dalam program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2011 yang diadakan di padang bola, Pekan Batu Enam, disini Jumaat 11 Februari.

Mohamad Sabu turut memberi peringatan, Malaysia akan menerima nasib seperti Tunisia dan Mesir apabila rakyat telah kecewa dan berputus asa.

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/himpit2011a.jpgSehubungan itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, Wan Faizul Abas berkata, Himpit 2011 berbeza dengan himpunan pemuda yang dadakan seumpamanya yang diadakan sebelum ini.

"Himpunan kali ini sangat berlainan daripada yang diadakan pada sesi-sesi lalu kerana ia bertemakan ‘Masa Untuk Berubah, PAS Ganti Umno’,"katanya ketika ditemui.

Menurutnya selain hanya diadakan sehari suntuk sahaja, tema yang dipilih oleh pemuda PAS adalah bagi meneruskan semangat kebangkitan rakyat dari program yang dianjurkan Badan Perhubungan PAS 15 Januari, 2011.

"Pemuda (PAS) menyambut dengan penuh semangat program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada 15 Januari 2011 yang lalu di Dataran Tok Guru Geliga Kemaman,

"Oleh itu, kita memlih tema tersebut,"jelasnya

FIRAUN MODEN DAH NAK JATUH

Hosni Mubarak dah nak jatuh. Sekarang jam 12 06 pagi Malaysia. 11.02.2011

Hosni akan mengumumkan bila-bila masa dari sekarang kuasa diserahkan kepada Vice Presiden(ARMY) . Jam 12 09 pagi Malaysia 11.02.2011

Dah nak umum letak jawatan. 12.19 pagi Malaysia. 11.02.2011 
Hosni dah mula ke dataran shem al sheikh 12.21 pagi malaysia 11.02.2011 
Tentera istihar kawal Mesir 12.36 pagi malaysia 11.02.2011

09 February 2011

JAWAPAN BODOH BN

PETROL NAIK DIJAWABNYA UMGOK  -  TAK PA AKU PAKAI KAPCAI AJE!
HARGA SUSU NAIK  DIJAWABNYA UMGOK - TAK PA ASALKAN ADA!
HARGA GANDUM NAIK DIJAWABNYA UMNGOK  - BELI SETENGAH KILO SUDAH LAA!
HARGA GULA NAIK DIJAWABNYA UMNGOK - TAK PA SAYA ADA KENCING MANIS !
 HARGA MINYAK NAIK DIJAWAB UMNGOK - TAK PA GORENG DENGAN AIR JE!
OLEH ITU UNDILAH BN MOGA-MOGA
GULA RM 10.00 3 KILO
GANDUM RM 15.00 3KILO
  PETROL RM 10.00  1 LITER
DAN JUGA MOGA-MOGA
MELAYU MEREMPAT DI TANAH AIR SENDIRI
HAPRAK BN NIH KAHIK TUIH!
                  

05 February 2011

PDRM MEMALUKAN MALAYSIA

KAMI FIKIRKAN MASA DEPAN GENERASI INI 
PDRM TAK FIKIR MASA DEPAN CUCU CICIT MEREKA(BUSUK PERUT PEDAL)

 TANGIS IBU INI BUKTI IMAN DALAM DIRI HEBAT
(PASTI MAHU LIHAT ANAK-ANAKNYA SYAHID)
BATU BUDAK INI CANTIK TAPI BATU POLIS ITU BURUK SIPLIS (BUSUK KOHONG)
MUJAHID LAWAN WEEEEEK!
 GARANG PADA YANG BERIMAN(JAHILIYYAH0
 ADA SENJATA BERANI( HA HA HA )
TAK ADA SENJATA KAMI LAWAN APATAH KALAU ADA?

MALAS NAK TULIS BANYAK-BANYAK
APA -APA PUN PDRM SAMA SAJA DENGAN ISRAEL HALANG ISLAM BERKEMBANG
TUNGGU KAMU. DALAM KUBUR NANTI TAHULAH!

04 February 2011

HARAPAN " PAS GANTI UMNO" CERAH


http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_0897.JPG


"Islam PAS dan Islam Umno memang berbeza"
CHUKAI - Harapan rakyat negeri Terenganu untuk menikmati kehidupan yang selesa semakin cerah apabila gagasan 'PAS Ganti Umno' semakin menjadi kenyataan.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata penerimaan baik seluruh rakyat khususnya kaum Tionghua, menunjukkan mereka sudah tidak mahu lagi diperintah oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dalam tiga puluh orang yang yang saya temui, hanya seorang sahaja yang 'acuh tak acuh', dua puluh sembilan lagi memberikan sokongan yang diluar dugaan,"ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan buah limau kepada kaum Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina disini, semalam.

Menurutnya, program yang dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional. PAS negeri Terengganu itu bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kaum bersesuaian dengan apa yang diperintahkan Allah dalam al-Quran.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah tersebut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Tahun Baru khususnya kepada seluruh rakyat Terengganu berketurunan Cina dan amnya kepada kaum Cina diseluruh negara.

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/IMG_0941.JPG"Allah menjadikan bumi ini kepada semua manusia, berbilang bangsa dan agama dengan tujuan supaya berkenalan dan berbaik-baik di antara satu sama lain, bukannya 'menghodoh' dan mengkhususkan "ini tanah Arab, ini tanah Cina atau ini tanah Melayu",

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru kepada semua,"katanya yang menyindir kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mengatakan 'Tanah Melayu Untuk Orang Melayu'.

Beliau menegaskan Islam yang difahami dan diamalkan oleh orang-orang PAS memang berbeza dengan apa yang difahami dan diamalkan oleh orang-orang Umno.

"Bagi orang Umno memilih dan mengangkat pemimpin yang mengamalkan rasuah, cuai dan tidak amanah tak apa, asalkan 'Melayu' yang berkuasa, tetapi bagi PAS ia adalah 'haram' dan berdosa,"jelasnya.

Justeru, katanya, PAS tidak kecewa menghadapi kekalahan di pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini, tetapi kecewa dengan sikap orang 'Melayu Umno' yang mengaku diri mereka sebagai orang Islam tetapi mengangkat pemimpin yang cuai dan tidak amanah.

01 February 2011

YB JUTAWAN ADA DI DUN BATU RAKIT





INILAH YANG DIKATAKAN YB UMNO PELAHAP HARTA RAKYAT
 BARU 2 PENGGAL RUMAH HAMPIRI JUTAAN RINGGIT

 INI ISTANA BARU UNTUK RAKYAT TERENGGANU
FAHAMLAH RAKYAT
JANGAN LAGI HANYA DENGAN RM 300 KITA BERIKAN UMNO JUTAAN RINGGIT 
SEDARLAH YB UMNO HANYA PENTING PERUT BUSUK MEREKA SAHAJA