PENGUMUMAN


widgets

29 March 2011

Sah Nazri Aziz lacur undang-undang negara!

 Di bawah adalah salinan petikan kata-kata Nazri Aziz(hampeh)
sahlah umngok ni penghancur negara
Ni dia Nazri yang teramatlah fasih tentang undang-undang negara
Bacalah dan nilailah 
Nyah mukla ini dari parlimen

Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

NONE"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Mohamed Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu.
RM11j kos 16 p'raya kecil

Sementara itu, Nazri berkata, kerajaan menanggung kos lebih RM11 juta bagi melaksanakan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Katanya, perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menampung kos dan perkhidmatan bagi setiap pilihan raya kecil seperti pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan minuman.

"Anggaran kos yang digunakan bagi menjalankan pilihan raya kecil ialah antara RM318,000 dan RM1,290,000 bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya itu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) mengenai kos yang dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum ke-12 dan adakah kerajaan bercadang untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil dengan menggantikannya dengan kaedah lain.

Mohamed Nazri berkata perincian setiap pilihan raya kecil ialah Permatang Pauh (RM409,000), Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367.93), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.290 juta), Galas (RM1.047), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000).

Sementara itu, beliau berkata kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan kaedah lain bagi menggantikan pilihan raya kecil kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya Kecil 1958.

"Setiap keputusan bagi pilihan raya kecil yang diadakan adalah muktamad dan perbelanjaan yang digunakan dianggap sah," katanya.

Mengenai kemenangan BN bagi pilihan raya kecil yang dianggap 'tidak halal' selain melaksanakan projek 'mee segera' dan memberikan 'durian
runtuh' kepada rakyat semasa pilihan raya kecil, Mohamed Nazri berkata projek itu bukan bersifat 'disegerakan' sebaliknya ia dipercepatkan semasa pilihan raya kecil kerana telah terdapat peruntukan yang ditetapkan.

Beliau berkata kerajaan sentiasa melaksanakan projek yang membolehkan rakyat di negeri yang terbabit menerima manfaat dengan segera.
- Bernama

Mengapa blogger ni dianiayai?

Mengapa tak percaya? Semua waras, fikirlah  sendiri.
Pengajarannya janganlah kau hampiri maksiat kerna ia bisa menghancurkanmu.

SARAWAK ELECTION KEMPEN JATUHKAN BN3 SARAWAK (4)


WANG TUNAI RM21 JUTA – HASIL RAMPASAN TANAH TERBARU UNTUK SAUDARA TAIB!
Dalam beberapa hari menjelang pilihanraya, keluarga Taib Mamhud masih giat menerima wang hasil dari tanah-tanah yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.
Pada 18hb Februari yang lalu, bursa saham Malaysia telah mengumumkan suatu pembelian berjumlah RM21 juta bagi 80% syarikat yang telah diberikan saham bagi ladang seluas 5,000 hektar di Baram oleh Taib Mahmud. Berdasarkan siasatan dan kajian yang kami jalankan, kami mendapati saham mewah itu telah dibayar dengan wang tunai untuk saudaranya, Ibrahim Mahmud!

Ibrahim yang miskin?
Ibrahim sering dikatakan sebagai saudara Taib yang paling miskin, kerana dia melakukan kerja seperti kebanyakan orang dan memasuki pasukan polis. Menurut sumber dalaman dari kalangan keluarga Mahmud, bahawa mereka bersimpati dengan hidup Ibrahim kerana dia tidak kaya seperti saudara-saudaranya yang lain yang bergantung hidup pada pembalakan dan perladangan kelapa sawit yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri.
Namun, kami telah mendapati bahawa Ibrahim kini menjadi semakin kaya menerusi syarikat Masretus Plantation, iaitu dari Tanah Negeri yang diserahkan oleh Taib kepadanya, dan kini Ibrahim sudah lebih dari selesa!
Beramal, tetapi selebihnya tinggal untuk keluarganya!
Kawasan seluas 5,000 hektar itu telah diserahkan kepada Amgreen Plantations di Baram, merupakan sebuah kawasan yang diancam kemusnahan akibat pembalakan, perladangan kelapa sawit, dan kini pembinaan empangan-empangan hidro-elektrik, terima kasih kepada dasar-dasar Taib Mahmud. Amgreen, yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Sarawak Plantation, menurut rekod-rekod yang kami perolehi, adalah sebahagian dari Yayasan Sarawak, yang bertanggungjawab untuk mencari wang untuk membiayai biasiswa-biasiswa pelajaran (jurucakapnya, Adenan Satem, adalah ipar Taib Mahmud), dan juga sebahagian dari Yayasan Kebudayaan Melayu.
Namun, pemegang saham yang utama dalam Amgreen bukannya kedua-dua yayasan itu, tetapi sebuah syarikat yang dikenali sebagai Victoria Square Plantation Sdn Bhd, yang memegang 65% saham-sahamnya. Sudah tentunya Adenan Satem tidak hirau sangat untuk mempersoalkan pemegang saham utama dalam Victoria Plantation iaitu Ibrahim Mahmud, yang jelas bertindak sebagai orang yang dihubungi pada 2007 dalam dokumen-dokumen Pendaftar Tanah, bagi sebuah lagi syarikat, Victoria Square Development.

Hanya sekadar alamat-alamat sahaja
Urusan jual-beli dan penyerahan tanah, yang seharusnya untuk kepentingan kedua-dua yayasan pelajaran itu, telah dilaksanakan di dalam pejabat Ibrahim Mahmud. Perhatikan persamaan pada alamat-alamat pejabat dan nombor-nombor telefon mereka.

 
Note that the same address and same phone numbers apply to Amgreen and to Victoria Square Development, owned by  Ibrahim Mahmud!
Kini, setelah dua-tiga tahun berlalu, Ibrahim telah bercadang untuk mendapatkan wang tunai. Jual-beli yang dilakukan pada 18hb Februari itu telah diumumkan pada Bursa Saham Malaysia. Pengumuman itu menjelaskan bahawa 80% saham dalam Victoria Square Plantations telah dijual, dan dokumen-dokumen itu telah memaparkan butir-butir jual-beli itu, menunjukkan siapa memiliki apa. Justeru itu, kita mendapati begitu mudah untuk mengesan berapa banyak wang yang diperolehi oleh Ibrahim!
Dokumen-dokumen awam itu menunjukkan bahawa pada 18hb Februari, sebuah syarikat awam, Firma Berhad telah membeli 126,000 saham Victoria Square Plantations dari sebuah syarikat yang bernama Network Jaya Sdn Bhd. Syarikat Network Jaya adalah pemilik mutlak Victoria Square Plantation. Perhatikan juga – alamat Network Jaya Sdn Bhd yang kelihatan biasa pada kita!
Ibrahim Mahmud juga adalah pemegang utama saham-saham dalam Network Jaya. Victoria Square Plantation yang disebut dalam buku prospectus pemegang-pemegang saham dalam Firma sebagai syarikat ‘dormant’. Aset-aset utama (suatu sebab kenapa Firma Bhd membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan 80% saham) adalah, sememangnya, 65% saham-saham Amgreen Plantation – iaitu tanah seluas 5,000 hektar yang diserahkan kepada ‘usahasama’ di antara Yayasan Sarawak, Yayasan Kebudayaan Melayu dan syarikat milik Ibrahim sejak 2007 lagi, oleh saudaranya, Taib Mahmud.
Pembelian itu, yang kita tahu telah dilakukan sebulan lalu, telah berjaya mendatangkan keuntungan sebanyak RM21 juta untuk syarikat Network jaya, dan memandangkan mereka hanya menjual 80% saham-saham, Ibrahim dan rakan-rakannya telah menyimpan suatu saham dalam perladangan lebih sedikit dari keuntungan yang besar yang telah mereka perolehi.
Sementara Ibrahim memiliki lebih dari separuh saham-saham dalam Network Jaya dia diandaikan telah mendapat lebih dari RM11 juta dari urusan jual-beli itu. Diandaikan juga, ada pokok-pokok untuk ditebang, di mana keuntungan yang besar telah terjana dari urusan jual beli ini bagi menambahkan pendapatan yang tidak dimasukkan bersama keuntungan dari penyerahan hak-hak berladang itu. Baik juga, walaupun mereka belum lagi mendapatkan penyodok. Pernahkah Ibrahim pergi ke tempat itu?

Network Jayacomes up with a by now familiar address!(below).



Berapakah keuntungan sebenarnya?
Jumlah ini amat besar kontranya dengan premium yang diterima oleh Negeri Sarawak untuk tanah yang bernilai tinggi ini yang telah didaftarkan dalam bulan Ogos 2009 (sila lihat butir-butirnya pada entri asal bahasa Inggeris).
Caj sebanyak RM3.7 juta telah dikenakan ke atas urusan penyerahan tanah seluas 5,000 hektar itu. Syarikat milik Ibrahim telah memperolehi 65% dari saham-sahamnya. Maka perkiraan yang kami buat menunjukkan bayaran premium itu adalah sekecil RM2.5 juta sahaja. Ini bermakna keuntungan RM18 juta telah terjana untuk Ibrahim dan rakan-rakannya dari urusan jual-beli itu – dan mereka masih mengekalkan 20% saham di dalam syarikat tersebut!
Dengan ketelusan yang baik dalam kerajaan mungkin telah membenarkan butir-butir sepenuhnya diperiksa oleh orang awam dan ketua-ketua pembangkang, yang tentu akan memaksa Taib untuk berusaha membenarkan kenapakah dia menyerahkan tanah yang bernilai tinggi itu kepada saudaranya dengan harga yang amat murah.
Namun, sekarang kami tahu kenapa Taib mengelak daripada mengamalkan ketelusan dan lebih gemar mengadakan ‘rundingan’ secara tertutup!
Segelintir orang akan percaya bahawa Ibrahim sendiri telah mengeluarkan wang untuk membiayai urusan jual-beli dan penyerahan tanah itu, kerana pada lazimnya, keluarga Mahmud membiarkan rakan-rakan niaga mereka untuk mengeluarkan bayaran untuk mereka, sementara itu mereka hanya akan mendapatkan keuntungan dari saham-saham induk. Sarawak kini adalah terlalu korup di mana tidak seorang pun boleh berniaga tanpa membayar ‘potongan’ kepada Taib dan keluarganya. Maka ahli-ahli keluarga itu sering menganggap diri mereka sebagai orang-orang yang bertanggunjawab untuk mewujudkan peluang berniaga, menerusi akses-akses mereka pada Ketua Menteri, bukannya berkongsi risiko-risiko kewangan. Nampaknya ia merupakan suatu kerja keras yang sering mereka lakukan!
Tidak terlalu miskin!


Taib tidak perlu terlalu risau apabila beliau hendak mengagihkan tanah kepada Ibrahim. Siasatan dan kajian terkini yang kami jalankan telah membuktikan bahawa beliau ada banyak wang untuk dilaburkan. Dokumen-dokumen syarikat menunjukkan sebelum Frontken Corporation Sdn Bhd dibuka kepada awam dalam tahun 2006, Ibrahim Mahmud sudah mampu membeli sehingga 34% saham-saham di syarikat itu, kesemuanya berjumlah 125,125,000. Laporan Tahunan syarikat itu bagi tahun 2007 menyatakan bahawa mereka telah mengeluarkan 118,750,000 saham baru yang mendatangkan keuntungan RM31.4 juta kepada kumpulan itu. Suatu lagi habuan yang amat lumayan buat Ibrahim! Pada kemuncak pasaran saham FCB, saham-saham mereka bernilai sekitar setengah ringgit tiap-tiap satunya, menjadikan saham-saham Ibrahim melebihi RM60 juta.
Ibrahim seharusnya telah mendapat secukup-cukupnya pada usianya yang lanjut itu.

http://www.sarawakreport.org/ms/2011/03/wang-tunai-rm21-juta-%E2%80%93-hasil-rampasan-tanah-terbaru-untuk-saudara-taib/

27 March 2011

PM BERMESRA DENGAN RAKYAT MUAR- BOHOOOOONG!


Kenyataan MP Bakri: Penghantaran Memorandum kepada Perdana Menteri Dihalang

 

PIRAAH, MESRA KONON!
Pada 26 March 2011, Perdana Menteri telah melawat ke Muar sempena lawatan bersiri ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat.

Er telah mengambil kesempatan ini untuk menghantar satu memorandum kepada PM sempena lawatannya ke bandar Muar. Dalam memorandum tersebut, beliau telah mengungkitkan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Muar. Er berharap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat sempena lawatan PM ke Muar.

Namum begitu, pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM. Er telah ditarik dan diberikan amaran oleh pengawal peribadinya supaya tidak menghampiri PM dan menyatakan kepadanya memorandum tersebut boleh diserahkan kepada PM melalui mereka. Walaupun dihalang, Er berkeras untuk menghantar memorandum tersebut kepada PM secara peribadi dan beredar dari situ setelah PM membaca memorandumnya.

Er amat sangsi dengan tujuan PM yang mengadakan lawatan ke seluruh negara untuk mendengar masalah rakyat hal ini demikian kerana Er sebagai wakil rakyat kawasan Bakri telah mewakili penduduk setempat untuk mengemukakan masalah penduduk kepada PM namum kedatangannya telah dihalang oleh pengawal peribadi PM. Sekiranya Er yang merupakan seorang wakil rakyat telah mendapatkan sambutan sebegini apatah lagi rakyat biasa yang cuba untuk menyampaikan masalah mereka kepada PM?

Pengawal peribadi PM telah menghalang Er daripada mendekati PM dan menyatakan penyerahan memorandum tersebut boleh dilakukan melalui mereka. Tindakan sebegini telah berlawan dengan tujuan asal lawatan bersiri PM ke seluruh negara iaitu mendekati rakyat dan mendengar masalah rakyat. Kebiasaanya masalah rakyat akan disampaikan oleh pegawai tempatan termasuk wakil rakyat kepada PM dan PM akan melawat kawasan tersebut untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sekiranya masalah tersebut telah diserahkan melalui pihak ketiga tanpa sebarang penerangan dan penjelasan lanjut, adakah PM akan memahami masalah rakyat? sedangkan pihak ketiga tersebut bukan berasal dari kawasan tersebut. Sekiranya tindakan pengawal tersebut adalah sah, mengapa PM harus melawat ke seluruh negara? PM hanya perlu menempatkan mereka di seluruha negara dan masalah rakyat hanya perlu diserahkan kepada mereka dan mereka akan menyerahkanya kepada PM.

Berikut adalah kandungan memorandum tersebut:


FROM : http://kerabubersuara.blogspot.com/2011/03/kenyataan-mp-bakri-penghantaran.html

26 March 2011

ESKAY TERUS DIDEDAH

Pendedahan Oleh Bekas Pengawal Peribadi Megat Junid


‘Bekas’ ahli konspirator video seks dedah tembelang Eskay
SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.
Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay sejak 1996. “Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara. Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh. Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya.keadilandailyEskay Minta Saya Dapatkan ‘UTK’, Kata Bekas Pengawal Peribadi Megat Junid Dari The Malaysian Insider
           Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.
“Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung,” katanya.Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.
“Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol,” katanya.
Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.
          Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.
“Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral,” katanya lagi.Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.
        “Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat,” kata beliau.“Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung,” katanya.
Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.Shafie juga merupakan naib presiden Umno.
“Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja,” katanya lagi.“Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan,” kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.“Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,” katanya lagi.

FROM : http://pinkturtle2.wordpress.com/

TAHNIAH PDRM !






BERTERUSAN PDRM IKUT TELUNJUK UMNGOK
CERAMAH PR DIGANGGU LAGI
TUNGGULAH PDRM PUN KANTOI JUGA MACAM DI MESIR
TINDASLAH ISLAM
SEJARAH MEMBUKTIKAN ISLAM MAKIN KUAT JIKA DITINDAS
KAMI TETAP TUNGGU JANJI ILAHI
KAMI RINDUI SYAHID ABADI
KAMI JANJI KAMI AKAN TEGAKKAN ISLAM DIBUMI INI
 
VIDOE DIBAWAH ADALAH BUKTI TARAF PDRM YANG AMAT PROFESIONAL ITU!
video
 

23 March 2011

Eskay: 'Saya dalam video itu' pecah akhirnya!


NONE
                 "Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.
               Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik."T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Malaysiakini.com 23 MAC 2011

22 March 2011

SARAWAK ELECTION KEMPEN JATUHKAN BN3 SARAWAK (3)

ISTANA AWANG TENGAH
 
NAJIB DAN TIMBALANNYA DATANG KE SARAWAK UNTUK MELUCUTKAN TAIB DARI JAWATANNYA – EKSKLUSIRAWAK UNTUK MELUCUTKAN TAIB DARI JAWATANNYA – EKSKLUSIFF
              Sarawak Report merasa amat bertuah kerana berpeluang mendapat maklumat daripada orang dalaman BN di KL, yang menyatakan bahawa Najib Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, datang melawat Sarawak bukannya untuk memberi sokongan kepada Taib, tetapiInilah sebabnya lawatan serentak yang belum pernah dilakukan oleh dua ketua negara ke negeri Sarawak.
“Seorang memegang pistol dan seorang lagi memegang keris sambil berkata ‘kini sudah tiba masanya untuk kamu berundur. Kami sudah tidak dapat berkompromi dengan kamu lagi, kamu harus umumkan keputusan sekarang atau lihatlah nanti!” kata sumber kami tersebut
Veteran yang berusia 74 tahun yang telah memerintah selama 30 tahun itu telah berjaya mendapat penangguhan dari kedua-dua ketua negara itu – atas dasar bahawa dia bersetuju untuk mengadakan pilihanraya secepat mungkin dan meletakkan jawatannya sebaik sahaja ‘tempoh peralihan’ dapat ditubuhkan oleh penyandangnya yang sesuai. Menurut sumber kami itu, Ketua Menteri, yang telah banyak kali enggan mengundur diri sehingga suatu masa yang difikirkannya selamat untuknya menjaga kekayaannya, telah menimbulkan rasa marah rakan-rakannya dalam BN di KL dengan caranya melewat-lewatkan pilihanraya. Mereka khuatir beliau akan bertahan hingga ke saat-saat akhir, yang sudah pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

“Kini dia siap” – bukti yang memusnahkan dari pasukan rahsia BN!
               Sumber kami mengesahkan bahawa masalah utama bagi Taib dibuktikan dengan kemerosotan sokongan pengundi, sebagaimana diperolehinya pada keputusan pengundian secara rahsia yang dilakukan. Maklumat sedemikianlah yang menyukarkan pihak BN untuk menyembunyikan.
Walaupun menampakkan wajah berani dan secara berterusannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan umum bahawa Taib ‘tidak boleh kalah’, namun pihak BN di peringkat persekutuan begitu yakin bahawa Taib pastinya akan kecundang teruk dan pastinya akan kehilangan kerusinya.
Pemberi maklumat kami itu, yang begitu rapat dengan tokoh-tokoh utama dalam BN, mengatakan bahawa Jabatan Maklumat Taib telah membuat pengundian rahsia secara menyeluruh sejak beberapa bulan yang lalu. Sampel-sampel pengundian rahsia yang melibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pengundi dari setiap kawasan pilihanraya dan mendapati keputusannya sungguh menggerunkan BN.
Pihak kami telah diberitahu bahawa keputusan persampelan itu menunjukkan parti PBB Ketua Menteri itu sendiri akan kehilangan ‘sekurang-kurangnya’ 14 dari 30 kerusinya dan parti SUPP pimpinan George Chan akan kehilangan sehingga 90% undi semasanya, iaitu sejumlah 17 daripada 19 kerusi! Parti SPDP pimpinan William Mawan dan PRS pimpinan James Jemut Masing juga akan kehilangan satu kerusi tiap-tiap satunya. “Kerusi-kerusi tersebut berada pada kawasan hitam, bukan kawasan kelabu”, kata sumber kami itu, maknanya kali ini BN pastinya akan kalah teruk. BN akan menerima hakikat bahawa parti-parti yang ada sekarang akan kehilangan sekurang-kurangnya 33 daripada 70 kerusi dan keputusan sebenar nanti mungkin lebih teruk dari itu.
        Pandangan-pandangan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang yang dikatakan akan menafikan BN dengan majoriti dua-pertiga di Sarawak sekarang nampaknya ketinggalan zaman, jika berdasarkan perangkaan yang diperolehi. Pihak BN sendiri dikatakan akan dilanda tsunami perubahan dan mereka akan mengutuk Taib Mahmud atas kecundangnya “simpanan tetap” mereka itu.

Pihak SPRM sedang menunggu masanya sehingga selepas pilihanraya!
           Sarawak Report percaya bahawa penggunaan pendekatan menyuntikkan maklumat rahsia oleh penokong-penyokong setia BN, walaupun kritikan-kritikan berterusan kami ke atas kerajaan BN Sarawak, adalah merupakan suatu sebab mengapa tokoh-tokoh BN di peringkat Kerajaan Persekutuan mulai menjauhkan diri mereka
          Sejak beberapa lama Taib telah berada begitu kukuh di kalangan para pemimpin di Malaysia, tetapi kini para pemimpin BN pusat terpaksa membuat beliau tunduk kerana memandangkan kemerosotan popularitinya.
Kemarahan dan kebencian sebenar ke atas ketamakan dan sifat kleptokrasi Taib selama ini telah memburukkan lagi rekod jenayah rasuah BN. Sesungguhnya, kami telah dimaklumkan bahawa usaha-usaha telah dijalankan untuk menjejak dan mengambil balik aset-aset Taib di luar negara hasil dari kecurian dan rompakan yang dilakukannya selama ini.
“Kini habislah dia. Ini bukannya persoalan perletakan jawatannya, tetapi ini adalah persoalan bahawa dia akan didakwa atas kesalahan rasuah. Pihak SPRM menunggu sehingga selesainya pilihanraya” Sarawak Report diberitahu.
          Rancangan keluar Taib kini telah disekat, sebagaimana disahkan, yang akan memburukkan lagi tekanan antara kerajaan-kerajaan Persekutuan dan Negeri. Strategi Ketua Menteri itu untuk mengundur diri, yang dirancangnya pada tahun lepas, adalah untuk menerima perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama, sebagai suatu helahnya untuk memperolehi kekebalan daripada didakwa. Tetapi Najib menafikannya. Akibatnya, penangguhan pilihanraya oleh Taib bagi membolehkannya mencari opsyen-opsyen baru telah menyebabkan krisis yang ada sekarang.

Tiada lagi laluan selamat untuk Taib
            Strategi semasa Ketua Menteri itu adalah untuk mempastikan bahawa beliau diganti oleh seseorang yang liat dan beliau telah banyak kali memaksa KL untuk merestui pengganti pilihannya, Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber. Awang Tengah kini sedang membina sebuah kediaman yang amat besar di Kuching, suatu simbol kekayaan yang digemari oleh Taib sebagai menjadikannya kelihatan selari dengan gaji besar seseorang ahli politik! Namun KL telah berkeras mencadangkan Taib diganti oleh Abang Zohari Tun Openg, yang menurut mereka, merupakan seorang ahli politik yang memiliki kejujuran dan kesopanan. Namun Taib seringkali menafikan Abang Zohari. Kami juga diberitahu, bahawa tetamu-tetamu dari Persekutuan itu telah kecewa dengan calon bakal pengganti yang dikemukakan oleh Taib pada hujung minggu lepas. Taib dikatakan telah menyediakan suatu senarai sepuluh calon yang terdiri dari ahli-ahli keluarga terdekatnya. Namun Najib dan timbalannya yang gagah itu mengarahkannya untuk melupakan senarai nama calon-calon pilihannya itu.

“Hubungan dengan KL kini semakin busuk”
             Jadi, mereka berpura-pura tersenyum di hadapan kamera. Tetapi di belakang kamera kita tahu bahawa gambarannya adalah krisis dalaman BN, pada masa mereka melaung-laungkan tuduhan melulu bahawa pihak pembangkang kian bersengketa menjelang pilihanraya.
Dengan keadaan ahli-ahli politik tempatan yang kebanyakannya berdiam diri kerana gerun dengan reputasi garang Taib, beliau membuktikan kepada Najib bahawa penggantiannya adalah sukar dilakukan sebelum pilihanraya. Namun, BN telah menyedari bahawa beliau sebenarnya akan kalah, seorang yang malang yang mereka benci dan seorang yang malang yang ingin mereka jadikan sebagai contoh dan tauladan.
Dan dalam masa beberapa minggu yang akan datang, KL kini mencari jalan keluar dan ingin melihat suatu imej yang bukannya Taib dan semua “bagasinya’. Namun, setelah mereka bertoleransi dengan kecurian dan rompakan yang dilakukan oleh Rajah Berambut Putih Sarawak itu, mereka akan mengalami kesukaran untuk menjernihkan pandangan para pengundi mereka!

SARAWAK REPORT 21 MAC 2011

20 March 2011

SARAWAK ELECTION KEMPEN JATUHKAN BN3 SARAWAK (2)

PANAS!! EKSKLUSIF!! TAIB MAHMUD ROMPAK TANAH 20 KALI GANDA KELUASAN SINGAPURA!!

EKSKLUSIF!!

Taib Mahmud!! Battle of Borneo begins!!

KAMI MENDEDAHKAN DATA-DATA RAMPASAN TANAH!

Sarawak Report telah membuat keputusan untuk mendedahkan sepenuhnya maklumat dari pangkalan data dari Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak berkenaan dengan transaksi terkini yang dilakukan ke atas tanah-tanah di kawasan luar bandar dan juga pedalaman Sarawak.

Kami telah menjalankan beberapa siasatan terperinci ke atas data-data sulit selama beberapa minggu yang lalu, hanya mendapati lebih dari satu ribu plot tanah-tanah di pedalaman dan luar bandar yang telah diambil oleh kerajaan negeri, tetapi plot-plot yang lainnya lebih luas telah diserahkan kepada keluarga terdekat dan kroni-kroni Taib Mahmud.

Ini adalah skandal rampasan tanah peringkat kebangsaan dan harus didedahkan sepenuhnya.

Dengan itu kami ingin mengajak para pembaca kami dan juga pihak media untuk mengkaji dan menilai sendiri daftar tanah dan mengenalpasti tanah-tanah manakah di kawasan mereka yang telah diambil – dan diambil oleh siapa.

Kini Taib Mahmud harus keluar dari persembunyiannya dan berhenti memberikan alasan bahawa “tuduhan-tuduhan itu tiada bukti”!


Panduan: Titik yang berwarna MERAH ialah TANAH YANG DIRAMPAS OLEH TAIB MAHMUD
manakala titik berwarna BIRU adalah PROJEK EMPANGAN YANG SEDANG DIBINA OLEH
TAIB MAHMUD, DAN DENGAN ALASAN ITU, TANAH DI SEKELILINGNYA JUGA
TURUT DIRAMPAS SAMA!!

Anda dijemput untuk mengambil bahagian dalam projek pemetaan berinteraktif ini, dan di samping itu anda boleh mengenalpasti sendiri rampasan-rampasan yang relevan bagi anda atau yang anda kenali dan meletakkannya pada peta Sarawak yang beranotasi secara online kami.

Anda tidak perlu risau!

Kami telah mempermudahkannya untuk anda dengan menandakan beberapa kawasan rampasan tanah yang telah kami siarkan dalam laporan-laporan kami terdahulu.

Anda hanya perlu plotkan titik merah dan tambahkan maklumatnya.

Setelah itu sumbangan anda akan ditambahkan ke dalam pangkalan maklumat on-line untuk kemudahan pembaca-pembaca lain.

Kami telah membuat keputusan untuk memulakan projek ini, kerana maklumat yang dipersembahkan di sini harus bersifat terbuka di mana-mana negeri berdemokrasi.

Sebaliknya, selama 30 tahun Taib Mahmud telah memimpin sambil menyalahgunakan kepercayaan rakyatnya, dengan secara diam-diam mencuri tanah-tanah mereka untuk dirinya!

Jangan sekadar mengatakan tuduhan-tuduhan kami ini tiada bukti, lihatlah sendiri syarikat-syarikat yang terdapat dalam pangkalan data dan lihatlah sendiri siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat itu semasa plot-plot itu diberikan geran.

Selalunya syarikat-syarikat itu dijualkan dengan segera oleh rakan-rakan dan saudara-mara setelah menerima geran ke atas tanah-tanah itu dari Taib dengan harga berjuta-juta ringgit lebih dari nilai ‘premium’ yang beliau telah rundingkan dengan mereka bagi pihak Negeri di mana beliau telah dipilih untuk mewakilinya.

Ini bermakna, hasil jualan atau serahan tanah-tanah bergeran itu sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan untuk rakyat Sarawak, tetapi dimasukkan ke dalam akaun Taib sendiri dan kroni-kroninya.

Masa untuk ketelusan

Lihat data dari Jabatan Tanah Dan Kajian yang menunjukkan: 1) 1094 - Jumlah permohonan
untuk urusan jual beli tanah, 2) 1,502,724,1974 - Jumlah hektar tanah yang terbabit manakala
3) 738,110,520.10 - Nilai premium tanah (dalam RM) yang dibayar kepada kerajaan negeri.
Persoalannya, kenapa nilai premium yang dikutip terlalu rendah sedangkan keluasan
tanah menyamai 20 KALI GANDA keluasan Singapura???

Mana-mana prosedur yang melibatkan pembahagian dan pengambilan tanah-tanah Negeri atau tanah-tanah NCR yang seterusnya diserahkan kepada pihak-pihak lain, yang telah dilakukan secara bersekala besar di bawah pentadbiran Taib Mahmud, seharusnya merupakan proses yang terbuka, supaya semua orang dapat melihat dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada rasuah berlaku dan mengetahui bahawa harga yang paling baik telah berjaya diperolehi untuk rakyat Sarawak.

Tetapi, Taib tidak melakukan itu.

Sebaik sahaja beliau dipilih dan mengangkat sumpah mentaati perlembagaan negerinya dan menjawat jawatan Ketua Menteri pada tahun 1981 beliau telah bergerak dengan pantas untuk menubuhkan suatu lembaga yang beliau namakan sebagai Agensi Pembangunan Tanah (atau disingkatkannya, Pelita) dan meletakkan dirinya sebagai Pengerusi, dan juga sebagai Menteri Perancangan dan Pembangunan Sumber.

Inilah yang memberinya kuasa dan kawalan penuh ke atas tanah di Sarawak.

Dengan bertindak dari dalam jabatan inilah beliau telah secara senyap-senyap merampas tanah-tanah orang asal dan kemudiannya secara diam-diam menyerahkan tanah-tanah rampasan itu kepada siapa sahaja yang disukainya – dia sendiri, proksi-proksinya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya, rakan-rakan politiknya dan kroni-kroni perniagaannya untuk menjadikan mereka tunduk dan akur pada segala kehendaknya.

Jika transaksi-transaksi itu telah dilaksanakan dengan penuh ketelusan maka rundingan-rundingan urusniaga itu tidak mungkin berlaku. Tetapi, Taib telah melaksanakannya secara tertutup!

Istilah ‘Sulit’ (‘Confidential/CONF’) dapat kita lihat pada kesemua dokumen-dokumen dalam Daftar Tanah, kerana Taib ingin mengelakkan urusan penjualan tanah-tanah dengan harga yang murah dari diketahui umum.

Data-data yang kami dedahkan di sini memperincikan butir-butir tanah-tanah yang telah diambil; syarikat-syarikat yang telah mengambilnya dan harga yang telah mereka jelaskan, termasuk tarikh-tarikh pada geran-geran 60 tahun itu.

Maklumat ini dapat dipadankan dan dibandingkan dengan pasaran saham dan maklumat jualan yang mudah diperolehi menerusi kemudahan internet kini. Dengan cara ini komuniti-komuniiti asli akan dapat memperolehi perincian maklumat ke atas apa yang telah berlaku pada tanah-tanah tradisi mereka.

Sehingga kini orang-orang tempatan tidak menyedari bahawa Taib telah menyukat, mengasingkan atau membahagi tanah mereka sehinggalah kawasan mereka didatangi syarikat-syarikat pembalakan dan perlandangan, biasanya beberapa tahun kemudian.

Pecahan-pecahan kecurian bertaraf dunia

Dari kalangan beberapa ratus buah syarikat yang telah berjaya memperolehi hasil rampasan tanah-tanah di Sarawak, pihak kami mendapati berpuluh-puluh buah yang sedang dimiliki atau pada mulanya dimiliki oleh ahli-ahli keluarga Taib, sebelum ianya dijualkan semula kepada pihak lain secara senyap-senyap kepada pihak ketiga sebagai langkah menyembunyikan bahawa mereka sekeluarga masih berkepentingan – terutamanya kepada kroni Taib sendiri.

Satu contoh terbaik!! Elia Khadijah Abas (anak Raziah Mahmud), iaitu anak saudara Taib Mahmud
"DIKURNIAKAN" tanah seluas 100,000 HEKTAR kepadanya SEORANG SAHAJA!!

Berikut adalah senarai nama syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan keluarga Taib seperti yang terdapat di dalam Daftar Tanah.

Tetapi, dengan bantuan anda, kami berharap akan dapat mengenalpasti plot-plot tanah rampasan yang lainnya sempena pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini:

Polar Horizon, Titanium Management, Ukiran Mantap, Umpama Mantap, Radiant Lagoon, Premium Haven, Polar Towers, Polar Red, Log Oak Promotions, Future Atmosphere, Essential Straits, Dataran Aras, Celerity Design, Bella Magic[ABU BEKIR TAIB – ANAK LELAKI TAIB]

Miracle Harvest, Green Ace, Usaha Jasamaju, Mega Bumimas, World Sign Harvest, Quality Concrete, Emerald Discovery, Kenyalang Resources, Kumpulan Parabena, Miri Properties, Borsamulu Resort, Saradu Plantations [RAZIAH MAHMUD/GENEID – SAUDARA PEREMPUAN TAIB]

Ikrar Bumi [ELIA ABAS/GENEID – ANAK SAUDARA TAIB]

Achi Jaya Plantations[ONN MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Eastern Eden, Poh Zhen, Palmlyn, Rajah Mutiara, Lanco Plantations, Hariyama, Golden Star-Ace - [ARIP MAHMUD – TAIB SENDIRI DAN SAUDARANYA!]

Delta Padi[TAIB SENDIRI]

Sarawak Plantations, Kub Sepadu, Multi Maximum, Mega Bumimas, Europalm[HAMID SEPAWI – SEPUPU/PROKSI TAIB]

Masretus Oil Palm Plantation – [IBRAHIM MAHMUD – SAUDARA LELAKI TAIB]

Poliga Sdn Bhd - [AHMAD BIN SU'UT – BOMOH KEPADA TAIB]

Utahol, Herba Aromatics Sdn Bhd, Durafarm Sdn Bhd[ALFRED JABU NUMPANG – TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK]

KEMPEN JATUHKAN BN3 SARAWAK (1)

ONN MAHMUD BERSAMA RUMAH PENTHOUSENYA YANG TERMAHAL DI AUSTRALIA!

Sebuah rumah penthouse yang mempunyai pemandangan yang amat menakjubkan merupakan premis kediaman yang paling mahal di Australia terletak di Sydney. Pihak pemberita kami telah mendapatkan maklumat tentang penjualan rumah itu pada tahun 2008 yang merekodkan harga jualan AUS$20 juta. 

Siapakah ‘ahli perniagaan bermisteri’ yang telah mampu membeli premis yang paling mahal di Australia itu, dan siapakah yang telah menjualnya? Apa yang kita tahu bahawa premis mahal itu telah melibatkan keluarga yang terkaya di Sarawak, khasnya Onn Mahmud, saudara kepada Ketua Menteri.

Kita telah mengetahui mengenai penglibatan Onn Mahmud dalam perkembangan atau pembelian apa yang dinamakan sebagai Ten Wylde Street, yang terletak kawasan perdana pelabuhan Sydney di lokasi Potts Points, kerana bukti-bukti tersebut telah dibawa ke mahkamah beberapa bulan sebelum berita sebenar didedahkan. Onn telah disaman berjuta-juta dollar Australia oleh sebuah syarikat perunding yang memasukkan yuran-yuran “pembangunan dan pengurusan” ke dalam bilnya berkaitan dengan Ten Wylde Street itu. 

Kes mahkamah itu diketahui umum serentak dengan pendedahan berita mengenai keraguan ke atas kekayaan luar-biasanya oleh akhbar-akhbar di Jepun, yang sedang mengikuti pendakwaan pihak percukaian negara itu menentang sebuah kartel perkapalan. Dalam tahun 2007 terdapat satu berita mengenai syarikat-syarikat perkapalan yang dikehendaki membayar sebahagian dari keuntungan pengangkutan kayu balak yang tidak diikhtiraf, kepada sebuah syarikat misteri di Hong Kong yang dikaitkan dengan Onn Mahmud.

Onn yang berpengkalan di Sydney dan telah mengembangkan beberapa kepentingan perniagaan atas nama Kesuma Holdings, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh beliau dan isterinya, anak-anak mereka, tetapi operasi syarikatnya itu telah berhenti pada 2009.

Apabila harta tersebut diketengahkan untuk dijual dengan harga yang amat mahal menerusi internet ia seterusnya dijual begitu sahaja. Sebenarnya perkembangannya adalah pengubahsuaian sebuah premis yang lama dan kerja-kerja pengubahsuaian masih dijalankan. Hanya beberapa hari yang lalu usahasama itu telah diumumkan di akhbar-akhbar yang melaporkan bahawa rundingan jualan itu telah dilakukan melalui pihak pemaju, yang menjualnya semula dengan harga yang sama semasa ianya dibeli – sekitar AUS$17.5 – 20 juta. Siapakah yang mempunyai wang sebanyak itu semasa harga harta itu berada di tahap yang tinggi?

Para pemberita Sarawak Report yang berpangkalan di Sydney telah memberitahu kami bahawa Ten Wylde Street masih dalam peringkat dibangunkan. Laman web yang mengiklankan gambar-gambar rumah cantik lagi mewah itu, yang berharga AUS$20 juta pada masa itu, kini telah ditutup.

Nama Onn Mahmud tidak pernah dikaitkan dengan projek itu. Inilah yang menjadi tanda-tanya, sama ada dia sendiri yang bertindak sebagai pembangun keseluruhan projek itu, atau bertindak sebagai pembeli bermisteri itu?

Apa yang gagal dinafikan oleh Onn Mahmud adalah apabila kes ini dibawa ke mahkamah pertengahan 2007 dan 2008, sebenarnya terdapat kerja-kerja pengubahsuaian ke atas Ten Wylde Street, Potts Points itu dilaksanakan bagi pihak dirinya. Persoalannya di sini, dari manakah beliau memperolehi wang sebanyak itu?/Sarawak Report

10 March 2011

Gobala ditelanjang PKR ?

Selepas 'diserang' ahli parlimen Bebas dari Padang Serai, N Gobalakrishnan di Parlimen semalam, PKR 'menyerang balas' hari ini dengan mendakwa bekas rakan seperjuangan mereka itu telah dibayar untuk meninggalkan parti pembangkang dan menyerang kepimpinannya.

NONEPKR mengulangi pendiriannya bahawa tindakan wakil rakyatnya keluar parti, adalah didorong oleh insentif mewah yang tidak mungkin mereka perolehi jika kekal di dalam parti itu.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution (kanan) menyifatkannya
sebagai satu godaan yang mendorong mereka menjadi mangsanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, beliau berkata, mereka ini kemudiannya mencipta pelbagai alasan yang tidak berasas untuk menjustifikasikan pengkhianatan mereka itu.

Begitu juga, kata Saifuddin, dengan ahli parlimen Padang Serai yang juga keluar dari parti itu.

NONEYang anehnya, dakwa beliau, secara tiba-tiba, Gobalakrishnan dapat membayar pajakan RM1,402,250 untuk Embun Megah Sdn Bhd dialamatkan 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort Kedah - yang didakwa Saifuddin milik ahli parlimen itu - kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

Bayaran itu, dakwanya lagi, telah dibuat melalui dua cek lewat tarikh Bank Hong Leong Bank - satu bertarikh 12 Januari 2011 berjumlah RM700,000 dan yang satu lagi bertarikh 15 Mac 2011 berjumlah RM701,250, kata Saifuddin, sambil menunjukkan salinan fotokopi cek tersebut kepada pemberita.

Hafiz Yatim | Mac 10, 11 6:59PM - MALAYSIAKINI.COM

Penjelasan PAS kerjasama dengan DAP(Baca weH)

1.  Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:

Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .

Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah . Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .

Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :
Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :
ضربني و بكى شتمني واشتكى
Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .
Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.

10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal ? :
Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.

UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.

Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?

08 March 2011

BUKTI ANAK MAHATHIR MINUM ARAK

BIAR GAMBAR JADI BUKTI
SIAPA SEBENARNYA KETURUNAN MAHATHIR!!

SENARAI BUKTI KELUARGA MAHATHIR SEKULARIS TOTOK

MARINA MAHATHIR SOKONG LESBIAN DAN GAY
SEORANG LAGI TOKEY KILANG ARAK KAY FILIPHINA
YANG NI NAMA MAIZURA DAH SAHABAT NGAN IBLIS

MEMANG PATUT TOK GURU NIK AZIZ PERTIKAI KEISLAMAN MAHATHIR
HARI INI MAHATHIR MENGAKU ADA DARAH INDIA TAPI MENGAKU MELAYU SEJATI



06 March 2011

Alahai,syoknya Sharizat!

Sedaplah Sharizat dipeluk lelaki ini. Inilah Islam sederhana amalan UMNGOK. Boleh kongsi dengan orang lain batang tubuh. Kesian "dia" itu.

Ini pula gambar kealiman Sharizat di Tenang. Islam hanyalah alat dagangan bagi Shahrizat. Taubatlah jangan terlewat seperti Firaun dan Qorun.

"INGAT UMNGOK , JANGAN SAMPAI ALLAH BALAKAN KITA SEPERTI ACEH"
"YA ALLAH KAMI MOHOM KEAMPUNAN DARIPADA MU"


02 March 2011

CERAMAH PR DI MARAS


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
ANJURAN PAS KAWASAN SETIU
3.3.2011
JAM 9.30 MALAM
BERTEMPAT DI PASAR MARAS

TN.HJ. YAHAYA ALI SU PAS TERENGGANU
USTAZ FAUZI MUDA YDP PAS KAWASAN SETIU
YB. SHUHAIMI SHAFIEE ADUN SRI MUDA SELANGOR
EN. NG CHAI HING PENGERUSI DAP TERENGGANU
DR. BALACHANDRAN TIMBALAN PENGERUSI DHPP TERENGGANU

HADIRLAH HADIRLAH HADIRLAH