BN (BINI NAJIB) |
Khairil Abdul Rahim : HARAKAHDAILY |
TEMERLOH, 14 Feb: PAS Pahang menyifatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang sedang dipamerkan pada masa ini mengalami pertambahan bilangan pengundi yang menakjubkan terutama di Parlimen Pekan. Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, untuk suku tahun keempat sahaja terdapat pertambahan sebanyak 26,000 pengundi iaitu hanya dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu. Sedangkan katanya, untuk tempoh tiga penggal (9 bulan) sebelum itu jumlah pertambahan pengundi hanya sekitar 29,000 sahaja. “Bagi PAS Pahang ini amat menakjubkan kerana bagi tiga bulan terakhir sahaja hampir menyamai pendaftaran sembilan bulan,” katanya. Menurut Roslan, paling menghairankan ialah pertambahan lebih 6,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan itu di Parlimen Pekan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. “Setelah disemak kita dapati pengundi-pengundi di pos-pos Orang Asli naik mendadak terutama di Parlimen Pekan dan Cameron Highlands. Selain itu kita dapati ramai pemilih-pemilih yang beralamat negeri Kedah terdapat di Pekan. “Bagi PAS Pahang ini amat mencurigakan. Ini ditambah lagi dengan proses semakan dan bantahan dianjakkan sehingga hampir dua minggu, sedangkan keadaan seperti ini tidak pernah terjadi,” katanya. Kata Roslan, PAS Pahang berpendapat senario ini mungkin satu agenda bagi mengekalkan Najib di Pekan setelah merasa kurang selamat. Tambahnya, jika ini benar ia hanya mengulangi proses penambahan pengundi pada 2003 di mana semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebahagian kawasan Parlimen Paya Besar dibawa ke Pekan dengan melibatkan dua buah kem tentera. “Oleh yang demikian PAS pahang berpendapat sistem daftar pemilih SPR yang ada ini sudah lapok dan patut diganti setelah 53 tahun merdeka. “Kerajaan pernah mendakwa mykad negara ini antara yang tercanggih di dunia jadi sepatutnya SPR boleh bekerjasama sengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi membuat pandaftaran secara automatik apabila setiap warganegara berusia 21 tahun,” katanya. Roslan juga turut menggesa sistem undi pos sekarang dihapuskan kerajaan jika benar dakwaan mereka bahawa negara ini selamat. |
No comments:
Post a Comment