PENGUMUMAN


widgets

17 December 2014

MUSLIMAT PAS DUN BATU RAKIT : DAHULUI BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

Penyampaian sumbangan

Tetamu yang hadir

Jamuan




17 Disember 2014- Muslimat PAS Dun Batu Rakit mengambil inisiatif awal menyalurkan bantuan persekolahan untuk 50 orang murid di dalam Dun Batu Rakit yang layak. Ketua Kebajikan Muslimat PAS Negeri Terengganu Hjh Zaitun Binti Abbas telah menyampaikan sumbangan tersebut.Dalam ucapan perasmian beliau menyatakan PAS merupakan parti yang bergerak dalam erti kata menjaga kebajikan rakyat sedaya mungkin. Beliau juga mengharapkan penduduk dalam Dun Batu Rakit terus memberi maklumat segera sekiranya terdapat rakyat yang memerlukan bantuan. Mengikut Ketua Muslimat PAS Dun Batu Rakit Pn Wan Ramlah muslimat Dun Batu Rakit sentiasa cakna dengan permasalahan kebajikan rakyat dalam dun ini.

No comments:

Post a Comment