PENGUMUMAN


widgets

02 April 2011

Hentikan semua projek pembangunan di kawasan tadahan air

Taman Murni Permai dah hilang permai



KUALA NERUS - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu digesa memberhentikan terus serta-merta semua projek-projek pembangunan yang melibatkan 'kawasan tadahan air' khususnya di dalam kawasan ini.


Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah (gambar kiri) berkata projek-projek pembangunan di kawasan takungan air itu hanya akan mengundang bencana banjir yang merugikan dan menyusahkan rakyat.

Menurutnya, perkara tersebut telah terbukti apabila masalah banjir terus dialami oleh penduduk Taman PusuTuga, Gong Badak dekat sini, walaupun RM6 juta ringgit telah dibelanjakan bagi membina tebatan banjir.

"tidak selesai masalah, sepatutnya projek (tebatan) itu menyelesaikan masalah. Kita (PAS) yakin perkara ini akan berterusan sekiranya tidak diambil (jalan) penyelesian secara menyeluruh,"ujarnya ketika ditemui selepas majlis ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Wakaf Tengah dekat sini semalam.

Dalam isu yang sama, beliau menempelak kerajaan negeri kerana tidak telus dan menyembunyikan fakta sebenarnya daripada pengetahuan orang ramai.

Beliau berkata, makluman dalaman yang diterima menyatakan kawasan perumahan Taman Murni Permai Tok Jembal, Seberang Takir yang selalu dilanda banjir bukanlah kerana saliran dan perparitan yang tersumbat.

Belia mendakwa, kenyataan Menteri Besar Dato' Ahmad Said, yang menuduh rakyat membuang sampah menyebabkan parit dan longkang tersumbat adalah tidak benar.

"Taman Murni Permai, dulu tak 'rajin' (pernah) banjir, hanya kebelakangan ini. Tak betul Mad Said kata bajir disitu kerana longkang dan parit tersumbat,

(Gambar kanan - longkang besar di Taman Murni Permai, ketika banjir melanda baru-baru ini)

"saya dimaklumkan, Taman Perumahan itu banjir sokmo (acap) le ni (kini) kerana pembangunan Kelab Golf Kuala Terengganu, yang telah menutup  kawasan tadahan air di situ,"tegasnya menyangkal kenyataan Ahmad Said pada 28 Mac lalu.

Oleh sebab itu, beliau yang juga bekas ADUN Tepoh dan Exco kerajaan berkata, setiap kali hujan lebat pastti kawasan tersebut akan menghadapi banjir kilat.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal 28 Mac lalu berkata, sikap segelintir individu yang gemar menjadikan longkang sebagai tong sampah sehingga mengakibatkan Taman Murni Permai, Tok Jembal, Kuala Terengganu mengalami banjir kilat

Justeru, beliau menyarankan supaya kerajaan mengenalpasti kawasan lain yang lebih tinggi dan tidak melibatkan tadahan air bagi membangunkan penempatan baru kepada rakyat.

"Banyak lagi tempat lain yang boleh dibangunkan, yang lebih tinggi dan lebih selamat, misalnya kawasan bukit disebelah jalan Kelantan, yang masih ada lagi tanah-tanah kerajaan,"jelasnya.

Katanya, Taman Perumahan Pusu Tiga adalah satu taman perumahan yang agak 'kontroversi' sejak pembangunannya dilaksanakan kerana kedudukan taman itu adalah lebih rendah dari paras laut. 

Ia nampak begitu jelas, katanya, kerana susun atur Taman tersebut, lebih rendah dari paras jalan raya.

".....yang menghairankan, bagaimana kerajaan Umno-BN boleh meluluskan pembinaan taman tersebut, sekarang kerajaan sendiri pun tidak mampu menyelesaikan masalah banjir yang selalu melanda,"katanya.

No comments:

Post a Comment