USTAZ AZHAR SEDIA BICARA
HADIR MEREKA UNTUK ILMU
BERSIPUH DEMI KEREDHAAN ALLAH
29 APRIL 2011 - Surau Al Khautsar Pasar Maras telah dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus melangsungkan kuliah maghrib. Kariah surau teruja kerana menerima kedatangan seorang insan yang tidak kenal penat lelah menegur,menasihat dan membimbing masyarakat. Luar jangkaan,pendengar kuliah menghampiri 1000 orang. Semua yang hadir terusik dalam sedar akan huraian ustaz tentang sikap orang melayu yang suka bercerita tentan keburukan orang lain. Ustaz juga memberi jawapan yang tegas terhadap persoalan menghadiri atau meraikan majlis pemimpin yang zalim. Katanya terjual agama kerana meraikan pemerintah yang zalim. Apa pun kariah surau Al Khautsar amat berharap Ustaz Azhar akan datang lagi ke Maras demi melihat syiar Islam di atas syiar puak munafiq. Hadirnya Ustaz Azhar disusuli kehadiran hujan kerahmatan daripada Allah untuk semua makhluk Allah di Maras. Sudah seminggu hujan tidak turun. Semalam rezeki Allah kunjung tiba untuk semua.Allahuakhbar!
No comments:
Post a Comment