Penuh pancaroba. Begitulah kesimpulan perjalanan hidup rakyat negara ini sepanjang tahun ini.
Kebanyakan rakyat mendakwa mereka terhimpit dengan kos sara hidup
yang semakin meningkat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.Peningkatan kos sara hidup yang tidak selari dengan pendapatan isi
rumah menyebabkan rakyat terpaksa ‘ikat perut’ bagi memastikan
perbelanjaan secara bulanan mencukupi.
Jika dulu rakyat masih lagi boleh berbelanja ‘mewah’ untuk memenuhi keperluan kehendak mereka, tapi kali ini tidak lagi.
Mereka mendakwa terpaksa mengambil langkah berjimat-cermat dengan
membeli barang keperluan asas sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup.
Harga Minyak Ditentukan Harga Pasaran
Permulaan tahun ini dikejutkan dengan berita tidak menggembirakan,
lebih-lebih dengan peningkatan harga minyak akibat pengapungan terkawal
harga petrol dan diesel berkuatkuasa pada 1 Disember 2014.
Menerusi sistem tersebut, harga petrol dan diesel akan sentiasa berubah-ubah mengikut harga pasaran dunia.
Sudah
tentu, penghapusan subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan sebelum ini
turut memberi kesan kepada kenaikan harga barang yang semakin
membimbangkan rakyat.
Pelaksanaan GST
Rata-rata pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah masih
menganggap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus
berkuatkuasa 1 April lalu satu beban besar dalam kehidupan seharian
mereka.
Menerusi sistem tersebut, harga barangan seharusnya jauh lebih murah kerana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus digantikan dengan GST sebanyak enam peratus.
Menerusi sistem tersebut, harga barangan seharusnya jauh lebih murah kerana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus digantikan dengan GST sebanyak enam peratus.
Namun sebaliknya berlaku sehingga rakyat menyatakan rasa tidak puas hati mengenai sistem tersebut.Segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan GST sebagai alasan untuk mengeksploitasi harga barangan di pasaran.
Kos Perkhidmatan Pengangkutan Awam Meningkat
Belum pun selesai isu GST, rakyat turut dikejutkan dengan pelaksanaan
kadar tambang baharu bagi pengangkutan awam bermula dengan perkhidmatan
teksi pada Mei lalu.
Ia melibatkan kenaikan kadar kepada 25 sen setiap 200 meter, berbanding kadar 10 sen setiap 115 meter sebelum ini.Enam bulan kemudian, Prasarana Malaysia Berhad mengumumkan pelarasan
struktur tambang bagi perkhidmatan LRT dan monorel berdasarkan kepada
jarak perjalanan berkuatkuasa 2 Disember lalu.
Namun, menerusi kadar tambang baharu ini, warga emas, pelajar dan
golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) akan terus menikmati diskaun tambang
sebanyak 50% daripada kadar tunai tambang.
Selain itu, tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) turut akan
mengalami kenaikan sebanyak RM20 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral
ke Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke Klia2
berkuatkuasa 1 Januari depan.Kadar tambang baharu itu ditetapkan kepada RM55 berbanding RM35.
Kenaikan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pengguna yang menyifatkan ia sebagai tidak munasabah.Bagaimanapun, buat masa ini, tambang bas ekspres masih dikekalkan
berikutan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan kadar
tambang baharu bagi perkhidmatan tersebut pada Mac lalu.
Kejatuhan Nilai Ringgit
Walaupun kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat
(AS) tidak dirasai di kalangan pengguna, namun ia memberi kesan besar
terhadap syarikat tempatan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana
(PKS).Kemerosotan tersebut menyebabkan beberapa peniaga mengalami kerugian akibat kekurangan pelanggan.Malah, nilai ringgit mencecah RM4.29 bersamaan dengan AS$1 disifatkan
sebagai melampau sejak kejatuhan ekonomi pada 1997 dan 1998.
Kenaikan Tol
Dua bulan lalu, isu kenaikan tol di beberapa lebuh raya utama antara
yang menjadi topik hangat diperkatakan di kalangan pengguna.Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya terpaksa menaikkan kadar tol
antara 10 sen dan RM6 di lebuh raya seliaan masing-masing berikutan
kerajaan memutuskan untuk menghentikan bayaran pampasan kepada syarikat
tersebut.Antara tol yang terbabit termasuk, lebuh raya NPE, MEX, SILK, DUKE dan SMART.Namun, Lebuhraya Usaha Sama Berhad (PLUS) mengumumkan kadar tol di semua lapan lebuh raya kendaliannya dikekalkan.
Beberapa kumpulan pengguna menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan
tersebut yang sudah pastinya akan menambah lagi tekanan dan bebanan
terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun.
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) antara isu yang turut
dibimbangi dan mendapat tentangan segelintir pihak kerana didakwa akan
merugikan ekonomi negara.Malah, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) turut mendakwa
perjanjian TPPA menyaksikan kenaikan harga ubat-ubatan antara 60% dan
80% lebih tinggi berbanding ketika ini.Menurut MTEM, menerusi perjanjian itu, satu perkara tidak dapat
dinafikan ialah risiko dan kerugian akibat perjanjian itu jauh lebih
besar berbanding manfaatnya.Bukan sahaja kerugian dari segi ekonomi dan kewangan, TPPA juga akan
menyebabkan Malaysia perlu menuruti prosedur ditetapkan AS dalam
sebarang aktiviti kerajaan.
Walaupun TPPA dikatakan akan membuka peluang memperkasa ekonomi negara, tetapi ia dipercayai mampu ‘membunuh’ usahawan tempatan.Justeru kerajaan digesa supaya meneliti inti pati rundingan tersebut
bagi memastikan ekonomi dan kedaulatan negara tidak terjejas.Pada masa sama, kerajaa juga perlu memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai perjanjian yang sedang dirundingkan itu.Sesi penerangan selama beberapa jam sahaja mengenai rundingan
perjanjian itu tidak mencukupi kerana ia amat kompleks dan sukar
difahami.-mStar
No comments:
Post a Comment