PENGUMUMAN


widgets

29 December 2015

Imbasan 2015: Rakyat Terhimpit, Kos Hidup Naik

Penuh pancaroba. Begitulah kesimpulan perjalanan hidup rakyat negara ini sepanjang tahun ini.
Kebanyakan rakyat mendakwa mereka terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.Peningkatan kos sara hidup yang tidak selari dengan pendapatan isi rumah menyebabkan rakyat terpaksa ‘ikat perut’ bagi memastikan perbelanjaan secara bulanan mencukupi.

28 December 2015

Razif Berang, Pegawai Kerajaan ‘Tali Barut Pengusaha Bauksit’?




RASUAH PUNCANYA


KEMAMAN – “Kalau boleh saya mahu tutup aktiviti bauksit ini esok dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat ketelusan pegawai penguat kuasa,” kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. Lagi

25 December 2015

FAHAMI KONSEP NASIHAT

Kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu Dalam ‘Bahaya’

IMG_20151225_052415
KUALA TERENGGANU – Kedudukan kewangan kerajaan negeri Terengganu berada dalam keadaan ‘bahaya’ sekiranya harga petroleum dunia terus menjunam jatuh.Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Dr. Alias Abdul Razak berkata, kerajaan negeri yang terus bergantung kepada hanya royalty minyak dan gas sebagai sumber pendapatan akan terjejas apabila Petronas menghentikan pengeluaran kerana kos yang tinggi.“kerana harga (minyak) dunia semakin jatuh dan dijangkakan boleh jatuh sehingga USD20 satu tong, mungkin Petronas akan menghentikan pengeluaran kerana rugi,“bila jatuh sehingga harga tersebut menyebabkan kos pengeluaran melebihi harga jualan (Petronas) akan rugi jadi ini akan menjejaskan ‘teruk’ kerajaan negeri,”jelasnya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan isu-isu berkaitan bajet 2016 kerajaan negeri Terengganu dalam satu majlis penerangan di sini pada Rabu 23 Disember.

ADUN Bukit Tunggal itu menambah, kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu masih bergantung kepada ‘Dana Khas’ nama lain bagi hasil royalty minyak Terengganu mencecah RM1.78 bilion untuk bajeyt tahun hadapan.Katanya ia melebihi 90 peratus jangkaan hasil pendapatan negeri Terengganu sebagaimana bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Razif Abdul Rahman dalam Sidang Dewan Undnagan Negeri (DUN) pada 30 November lalu.“sumber selain dariapada (hasil) Petroleum hanyalah 11.87 peratus atau pun RM239 juta……..tenat sebenarnya kerajaan Terengganu sekarang ini,“semasa PAS memerintah kerajaan Terengganu pada tahun 1999 – 2004, Umno menuduh PAS tidak pandai memerintah, (tetapi) kerajaan negeri (masa itu) masih boleh mencari hasil sehingga hampir RM400 juta, walaupun royalti Petroleum telah dipotong (disekat),”tegasnya.Menyentuh isu kerjasama dengan Umno, katanya umumnya ada dua sahaja parti utama yang menjadi pilihan orang-orang Melayu samada PAS atau Umno.Justeru beliau mengajak ahli-ahli dan penyokong Umno untuk menyertai PAS kerana katanya, PAS pernah bersama Umno dalam Barisan Nasional sebelum ini.“setelah PAS tidak bersama DAP……..trend pengundi Melayu sekarang mahu meninggalkan Umno kerana Umno sarat dengan penyakit…..…jadi kita kena cegah penyakit ini (tinggalkan Umno),“jadi kita berbaik dengan ahli dan penyokong Umno bawahan kerana penyakit dibuat oleh pemimpin atasan,”ujarnya lagi.

24 December 2015

Selamat Menyambut Maulidur Rasul; Tegakkan Sunnah Rasulullah SAW Sepanjang Hayat

Abdul Hadi awang
PRESIDEN PAS(NAIB KETUA KESATUAN ULAMAK SEDUNIA)
  Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan terhadap Rasulullah SAW. Sebagai seorang yang mencintai dan mengasihi baginda, tentu sekali kita sentiasa terkenang akan sirah atau lakaran-lakaran pengorbanan Rasulullah SAW sehingga kita semua dapat menerima cahaya keislaman, hidayah dari Allah bagi mengecapi nikmat Iman dan Islam yang sangat berharga.
Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita menunaikan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung silih berganti hingga ke hari ini?
Wajib bersama kita hayati firman Allah SWT yang termaktub di dalam Al-Quran :
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ.
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu.”
[Surah Saba’ : ayat 28]
Baginda Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna, melalui adanya Al-Quran serta Sunnah Rasulullah SAW.
Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul kali ini dengan menguatkan iltizam. Bersama kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan atau perbarisan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah SAW dengan mengamalkan serta menegakkan segala suruhan baginda, meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci oleh Baginda.
Rasulullah SAW meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskannya. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah SAW walaupun dia menyambut kelahiran Baginda SAW saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah SAW hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah SAW, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul di dalam segala aspek pentadbirannya.
Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah SAW dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1437H.
“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
24 Disember 2015M / 12 Rabiul Awwal 1437H