Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Seberang Takir |
Kamping Batin, sebuah perkampungan nelayan yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu, berseberangan dengan bandaraya Kuala Terengganu, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.
DUN Seberang Takir dalam sejarahnya tidak pernah terlepas dari penguasaan Barisan Nasional (sebelum ini Perikatan) sepanjang tempoh 13 kali pilihan raya umum.
Kisah duka ini berlaku kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami sejak 11 tahun yang lalu ketika anak bongsu mereka baru berumur tiga tahun.
Sejak lebih 60 tahun lalu, keluarga ini tinggal di sebuah rumah usang menumpang di atas tanah orang.
Dengan pendapatan sebagai seorang nelayan, keluarga ini tidak mampu untuk memiliki sebidang tanah walaupun hanya untuk tapak rumah yang keluasannya tidaklah seberapa.
Keluarga ini bernasib baik ketika Terengganu ditadbir oleh PAS (1999 - 2004) apabila kerajaan mengurniakan sebidang tanah tidak jauh dari kediamannya ketika itu.
Berstatuskan Lesen Menduduki Sementara (LMS), dengan kewangan yang terhad, beliau berjaya menambun tanah tapak rumah yang diluluskan itu dengan kos kira-kira RM2,000.
Dalam berkira-kira untuk merobohkan rumahnya bagi didirikan di atas tapak baru itu, tiba-tiba datang perintah dari Pentadbir Tanah (apabila Terengganu dikuasai semula oleh BN) yang membatalkan milikan tanah yang diluluskan sebelum itu.
Lebih menyayatkan hati, tanah yang sudah siap ditambun itu diberikan kepada orang lain yang kebetulan pula jiran yang sangat hampir dengan keluarga ini. Juga lebih terasa lagi, dua lot dalam kawasan susunatur (layout) tanah itu diberi kepada orang yang sudah memilki tanah dan rumah sendiri.
Apa yang menyedihkan, sejak kematian suaminya, hampir setiap hari tuan tanah datang mendesak supaya segera pindah dari tanahnya. Sehinggalah tuan tanah itu juga meninggal dunia, desakan itu diteruskan oleh anaknya pula.
Dalam situasi begitu, keluarga ini tidak ada pilihan. Maka pada hari Jumaat lalu, dengan bantuan dari kalangan yang simpati, kerja-kerja merobohkan rumah itu terpaksa dilakukan.
Lalu ke mana harus dibawa kayu-kayu yang berselerak itu? Tapak yang pernah dimilikinya sudah dirampas secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ini bukan isu politik dan tujuan kita untuk mempolitikkannya, tetapi ini adalah isu kemanusiaan. Apakah di kalangan pemimpin yang berkuasa pada hari ini tidak ada sekelumitpun perasaan terhadap nasib keluarga malang ini, yang di sana terdapat ibu tunggal dan anak yatim?
Dalam keadaan kamu memiliki rumah besar yang tidak sekadar hanya sebuah dan kamu miliki tanah yang berbidang-bidang, apakah kamu menutup sebelah mata dari melihat rakyat kamu yang sedang menderita terkial-kial mencari tanah sekangkang kera buat dipacak sebuah pondok tempat berlindung dari hujan dan panas?
Atau adakah kamu mahu melihat rakyat kamu mendirikan rumah di atas pokok seperti cerita dalam filem Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?
Di manakah peranan kita dalam situasi ini?
SUMBER
kejam dan sial laknatullah
ReplyDelete