Oleh; Ahmad Amzad Hashim
Agenda memperkasakan ekonomi orang Melayu dan orang Islam sebenarnya
sangat terpinggir di bawah kepimpinan Perdana Menteri DS Najib.
Apa yang berlaku di Terengganu, tekanan demi tekanan yang diterima
oleh pelbagai kelompok usahawan Melayu/Islam, sama ada peruncit dan
pemborong (malah rangkaian runcit kelolaan kerajaan Terengganu T-Shoppe
pun), peniaga2 Pasar Payang, Pasar Borong Gong Pauh dan Pasar Chabang
Tiga, kelompok peniaga2 Pasar Malam, Sabasun, kontraktor kelas F yang
besar jumlahnya, pengusaha perkapalan, pengusaha bot nelayan dan
pelbagai lagi yang keseluruhannya membentuk jaringan ekonomi orang
Islam/melayu sebenarnya bagai bom jangka, tekanan yang menghimpit
kehidupan para usahawan.
Kelulusan pembukaan pasaraya-pasaraya besar tanpa kawalan membunuh
daya saing peruncit tempatan. Tapak2-tapak pusat orang Melayu berniaga
dibubarkan untuk beri ruang orang asing buat bangunan2 yg akhirnya orang
melayu terpinggir dari segi pemilikan. Pasar Chabang sudah berlaku.
Pasar Payang tak lama lagi. Pasar Borong Gong Pauh bagaikan anak tiri,
dhaif serba serbi. Pasar malam, kejap ke sana-kejap ke sini. Persatuan
Perlancongan pun tak boleh senaraikan Pasar Malam sebagai tarikan kerana
tak pasti tempat dan masa. Nanti print pamplet risalah banyak2, bila
pelancong tiba, nanti dah pindah ke lain lokasi lagi.
Nasib pengusaha perkapalan yang industrinya bernilai puluhan, malahan
ratusan juta di muara sungai Terengganu lagi kelihatan muram. Masa nak
luluskan projek memperdalamkan muara sungai, bina benteng pemecah ombak
terbesar di asia tenggara bernilai hampir RM500juta, bukan main dilagu
dan iramakan projek bertujuan meningkatkan industri maritim, biar melayu
buat kapal RMbillion2 pula lepas ni sebab ratus-ratus juta dah boleh di
capai di muara Sungai Terengganu. Orang bot nelayan gembira, laluan
kapal sudah dalam, tiada lagi masalah bot ikan keluar dan masuk.
Sekarang, pentadbiran UMNO buat kerja gila lagi, dibuat penambakan
tanah(tebus guna sungai) secara tiada kawalan. Ke mana JPS yg selalunya
peka soal2 penambakan ini? Saya cabar JPS buat kenyataan yang kerja
penambakan sungai secara besar-besaran oleh kerajaan UMNO pimpinan MB DS
Ahmad Said ini tidak menjahanamkan pelaburan asal RM500 juta terdahulu
untuk memperdalamkan muara sungai dan melindungi laluan perkapalan
dengan benteng pemecah ombak!!! Sehingga bakal memusnahkan legasi
industri perkapalan yang paling tua di Malaysia sejak 1953 oleh Bagan
Latihan Rida. Ketika itu, British yang kafir itupun lebih percayakan
kemahiran orang Terengganu untuk buat pelaburan membina limbungan
perkapalan di Kampung Hiliran, Kuala Terengganu, berbanding Singapura
atau Kelang. Lumut tu, cuma akhir-akhir ini saja.
Itu belum menyentuh kerja gila selanjutnya dengan cadangan Jambatan
pintas dari Kuala terengganu ke Seberang Takir, konon mechanisme jentera
mekanikal akan dipasang ditengah jambatan supaya ia boleh diangkat jika
kapal nak lalu. Berapa juta pula kos nak oprate jentera sebesar itu
setiap bulan dan kos selenggaraan. Atau pakai setahun lepas itu biarkan
berkarat kerana tak tahan dengan kos yang tinggi. Akhirnya sempurna
agenda membunuh hayat dan potensi muara Sungai Terengganu sebagai nadi
ekonomi orang melayu sejak dahulu.
Dengan membazirkan ratusan juta wang rakyat kepada projek-projek
tertentu untuk diberikan kepada kroni-kroni tertentu telah menutup ruang
cari makan kepada bukan sedikit kontraktor kelas F. `Luga’(loyar mulut)
rasanya kalau nak diulas lanjut.
Dulu sekurang-kurangnya ada Kementerian Pembangunan Usahawan, yang
menjadi tempat mengadu nasib. Kini tiada lagi. Lihat Kabinet DS Najib.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SenaraipenuhbarisanKabinet2013/Article/
Cuma satu skop tugas diberi kepada salah seorang Menteri yg jika kita
teliti barisan portfolio yg ada, kita pun tak tahu tanggungjawab siapa.
Penyakit yang sama berjangkit kepada Menteri Besar Terengganu yg
dilantik DS Najib, juga mengabaikan portfolio penting yang perlu
dipertahan orang melayu/Islam bila membentuk barisan Exconya. Iaitulah
Agama.
Ekonomi dan Agama Islam adalah bersabit kepentingan bangsa dan agama. Itupun diambil mudah. Oleh UMNO lah . Siapa lagi. SUMBER
*****Hj Ahmad Amzad Hashim adalah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf – (GANTI]
Semoga mereka mendapat redha nya Allah Taala. Ditujukan surat dari hamba Allah kepada mereka
ReplyDeletehttp://sahajaakumenulis.blogspot.com/