PENGUMUMAN


widgets

24 December 2013

MANGSA KEZALIMAN BN TERENGGANU: CERITA DUKA IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM

Pengarah Majlis Tindakan PAS DUN Seberang Takir

Kamping Batin, sebuah perkampungan nelayan yang terletak berhampiran muara Sungai Terengganu, berseberangan dengan bandaraya Kuala Terengganu, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir.

DUN Seberang Takir dalam sejarahnya tidak pernah terlepas dari penguasaan Barisan Nasional (sebelum ini Perikatan) sepanjang tempoh 13 kali pilihan raya umum.

Kisah duka ini berlaku kepada sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami sejak 11 tahun yang lalu ketika anak bongsu mereka baru berumur tiga tahun.

Sejak lebih 60 tahun lalu, keluarga ini tinggal di sebuah rumah usang menumpang di atas tanah orang.

Dengan pendapatan sebagai seorang nelayan, keluarga ini tidak mampu untuk memiliki sebidang tanah walaupun hanya untuk tapak rumah yang keluasannya tidaklah seberapa.

Keluarga ini bernasib baik ketika Terengganu ditadbir oleh PAS (1999 - 2004) apabila kerajaan mengurniakan sebidang tanah tidak jauh dari kediamannya ketika itu.

Berstatuskan Lesen Menduduki Sementara (LMS), dengan kewangan yang terhad, beliau berjaya menambun tanah tapak rumah yang diluluskan itu dengan kos kira-kira RM2,000.

Dalam berkira-kira untuk merobohkan rumahnya bagi didirikan di atas tapak baru itu, tiba-tiba datang perintah dari Pentadbir Tanah (apabila Terengganu dikuasai semula oleh BN) yang membatalkan milikan tanah yang diluluskan sebelum itu.

Lebih menyayatkan hati, tanah yang sudah siap ditambun itu diberikan kepada orang lain yang kebetulan pula jiran yang sangat hampir dengan keluarga ini. Juga lebih terasa lagi, dua lot dalam kawasan susunatur (layout) tanah itu diberi kepada orang yang sudah memilki tanah dan rumah sendiri.

Apa yang menyedihkan, sejak kematian suaminya, hampir setiap hari tuan tanah datang mendesak supaya segera pindah dari tanahnya. Sehinggalah tuan tanah itu juga meninggal dunia, desakan itu diteruskan oleh anaknya pula.

Dalam situasi begitu, keluarga ini tidak ada pilihan. Maka pada hari Jumaat lalu, dengan bantuan dari kalangan yang simpati, kerja-kerja merobohkan rumah itu terpaksa dilakukan.

Lalu ke mana harus dibawa kayu-kayu yang berselerak itu? Tapak yang pernah dimilikinya sudah dirampas secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ini bukan isu politik dan tujuan kita untuk mempolitikkannya, tetapi ini adalah isu kemanusiaan. Apakah di kalangan pemimpin yang berkuasa pada hari ini tidak ada sekelumitpun perasaan terhadap nasib keluarga malang ini, yang di sana terdapat ibu tunggal dan anak yatim?

Dalam keadaan kamu memiliki rumah besar yang tidak sekadar hanya sebuah dan kamu miliki tanah yang berbidang-bidang, apakah kamu menutup sebelah mata dari melihat rakyat kamu yang sedang menderita terkial-kial mencari tanah sekangkang kera buat dipacak sebuah pondok tempat berlindung dari hujan dan panas?

Atau adakah kamu mahu melihat rakyat kamu mendirikan rumah di atas pokok seperti cerita dalam filem Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?

Di manakah peranan kita dalam situasi ini?



SUMBER

10 December 2013

06 December 2013

MISI BANTUAN BANJIR PAS SETIU : HULU SELADANG(VIDEO)






Air Bah

Bersiap

Menanti giliran

Bergerak

Angkut bantuan

Kerjasama

Melihat

Berangkat


5 DISEMBER 2013- bantuan banjir diteruskan ke KG Hulu Seladang Setiu Terengganu. Pelbagai barang dihulurkan demi sama-sama merasai peritnya ujian ILAHI. YDP PAS  Setiu Ustaz Shaari Zulkirnain bersama-sama Ketua Muslimat PAS Negeri Cikgu Safinah dan Ketua Muslimat Pas Setiu Kak Maznah mengharung air demi keselesaan rakyat bersama. Ini lagi maksud RAHMAT UNTUK SEMUA. PAS jemaah yang sentiasa berusaha dan berdoa demi kerahmatan rakyat.

05 December 2013

MISI BANTUAN BANJIR PAS SETIU : PENGKALAN MERBAU(GAMBAR)









5 DISEMBER 2013 - Bantuan banjir PAS Setiu kepada 10 keluarga di Pengkalan Merbau DUN Langkap melalui CAKNA MASYARAKAT oleh Cikgu Safinah Jusoh Ketua Mslimat Negeri, Kak Maznah Ketua Muslimat Setiu dan Puan Rohani wakil muslimat Langkap. PAS RAHMAT UNTUK SEMUA. Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk berbakti kepada masyarakat.

04 December 2013

Dosa Umno Terengganu Terhadap Usahawan Melayu Tempatan

Presiden GANTI


Oleh; Ahmad Amzad Hashim
Agenda memperkasakan ekonomi orang Melayu dan orang Islam sebenarnya sangat terpinggir di bawah kepimpinan Perdana Menteri DS Najib.
Apa yang berlaku di Terengganu, tekanan demi tekanan yang diterima oleh pelbagai kelompok usahawan Melayu/Islam, sama ada peruncit dan pemborong (malah rangkaian runcit kelolaan kerajaan Terengganu T-Shoppe pun), peniaga2 Pasar Payang, Pasar Borong Gong Pauh dan Pasar Chabang Tiga, kelompok peniaga2 Pasar Malam, Sabasun, kontraktor kelas F yang besar jumlahnya, pengusaha perkapalan, pengusaha bot nelayan dan pelbagai lagi yang keseluruhannya membentuk jaringan ekonomi orang Islam/melayu sebenarnya bagai bom jangka, tekanan yang menghimpit kehidupan para usahawan.
Kelulusan pembukaan pasaraya-pasaraya besar tanpa kawalan membunuh daya saing peruncit tempatan. Tapak2-tapak pusat orang Melayu berniaga dibubarkan untuk beri ruang orang asing buat bangunan2 yg akhirnya orang melayu terpinggir dari segi pemilikan. Pasar Chabang sudah berlaku. Pasar Payang tak lama lagi. Pasar Borong Gong Pauh bagaikan anak tiri, dhaif serba serbi. Pasar malam, kejap ke sana-kejap ke sini. Persatuan Perlancongan pun tak boleh senaraikan Pasar Malam sebagai tarikan kerana tak pasti tempat dan masa. Nanti print pamplet risalah banyak2, bila pelancong tiba, nanti dah pindah ke lain lokasi lagi.
Nasib pengusaha perkapalan yang industrinya bernilai puluhan, malahan ratusan juta di muara sungai Terengganu lagi kelihatan muram. Masa nak luluskan projek memperdalamkan muara sungai, bina benteng pemecah ombak terbesar di asia tenggara bernilai hampir RM500juta, bukan main dilagu dan iramakan projek bertujuan meningkatkan industri maritim, biar melayu buat kapal RMbillion2 pula lepas ni sebab ratus-ratus juta dah boleh di capai di muara Sungai Terengganu. Orang bot nelayan gembira, laluan kapal sudah dalam, tiada lagi masalah bot ikan keluar dan masuk.
Sekarang, pentadbiran UMNO buat kerja gila lagi, dibuat penambakan tanah(tebus guna sungai) secara tiada kawalan. Ke mana JPS yg selalunya peka soal2 penambakan ini? Saya cabar JPS buat kenyataan yang kerja penambakan sungai secara besar-besaran oleh kerajaan UMNO pimpinan MB DS Ahmad Said ini tidak menjahanamkan pelaburan asal RM500 juta terdahulu untuk memperdalamkan muara sungai dan melindungi laluan perkapalan dengan benteng pemecah ombak!!! Sehingga bakal memusnahkan legasi industri perkapalan yang paling tua di Malaysia sejak 1953 oleh Bagan Latihan Rida. Ketika itu, British yang kafir itupun lebih percayakan kemahiran orang Terengganu untuk buat pelaburan membina limbungan perkapalan di Kampung Hiliran, Kuala Terengganu, berbanding Singapura atau Kelang. Lumut tu, cuma akhir-akhir ini saja.
Itu belum menyentuh kerja gila selanjutnya dengan cadangan Jambatan pintas dari Kuala terengganu ke Seberang Takir, konon mechanisme jentera mekanikal akan dipasang ditengah jambatan supaya ia boleh diangkat jika kapal nak lalu. Berapa juta pula kos nak oprate jentera sebesar itu setiap bulan dan kos selenggaraan. Atau pakai setahun lepas itu biarkan berkarat kerana tak tahan dengan kos yang tinggi. Akhirnya sempurna agenda membunuh hayat dan potensi muara Sungai Terengganu sebagai nadi ekonomi orang melayu sejak dahulu.
Dengan membazirkan ratusan juta wang rakyat kepada projek-projek tertentu untuk diberikan kepada kroni-kroni tertentu telah menutup ruang cari makan kepada bukan sedikit kontraktor kelas F. `Luga’(loyar mulut) rasanya kalau nak diulas lanjut.
Dulu sekurang-kurangnya ada Kementerian Pembangunan Usahawan, yang menjadi tempat mengadu nasib. Kini tiada lagi. Lihat Kabinet DS Najib.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SenaraipenuhbarisanKabinet2013/Article/
Cuma satu skop tugas diberi kepada salah seorang Menteri yg jika kita teliti barisan portfolio yg ada, kita pun tak tahu tanggungjawab siapa.
Penyakit yang sama berjangkit kepada Menteri Besar Terengganu yg dilantik DS Najib, juga mengabaikan portfolio penting yang perlu dipertahan orang melayu/Islam bila membentuk barisan Exconya. Iaitulah Agama.
Ekonomi dan Agama Islam adalah bersabit kepentingan bangsa dan agama. Itupun diambil mudah. Oleh UMNO lah . Siapa lagi. SUMBER
*****Hj Ahmad Amzad Hashim adalah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf – (GANTI]

03 December 2013

Isu Sabasun – Kerajaan Negeri Langgar Garis Panduan

 
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dibawah pimpinan Umno yang banyak melanggar peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.


Katanya, beliau telah membuat ucapan rasmi di Parlimen dan memberitahu seluruh Menteri Umno peringkat pusat betapa teruknya pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
“Dan isu ini (Sabasun) kita telah bawa ke parlimen, saya sendiri telah membawa isu ini ke parlimen. Dan kita telah menekan habis-habisan kementerian yang berkenaan,
“(saya persoalkan) kenapakah Sabasun diberi layanan sedemikian rupa?,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penganiyaan kerajaan negeri Terengganu terhadap pasaraya Sabasun yang dimiliki penuh oleh orang Melayu Islam dan anak jati negeri Terengganu.
Katanya, kerajaan pusat telah menetapkan bahawa satu pasaraya besar hanya boleh dibangunkan dalam kawasan jumlah penduduk seramai 350,000 orang.
Namun, kerajaan Terengganu telah melanggar garis panduan itu, bukan hanya membenarkan satu, tetapi tiga pasaraya dibina dalam jarak yang terlalu hampir.
“Mengapa garis panduan yang diguna pakai oleh pihak kementerian ? contohnya garis panduan dia cakap, sebuah pasaraya kena ada 350,000 orang baru boleh (satu pasaraya besar),
“kalau tengok (di) Terengganu, Mydin ada, Giant ada, Sabasun ada, kalau 350,000 kali 3 , sudah 1 juta orang lebih, lebih kurang sama dengan kuantiti penduduk negeri Terengganu,”
Beliau melahirkan rasa hairan, mengapa kerajaan Terengganu memberikan kelulusan pembinaan pasaraya-pasaraya ini, selepas Sabasun memulakan perniagaan.
Menurutnya, bagaimana kerajaan menetapkan ukuran persaingan, dengan tidak mengambil kira perniagaan kecil yang banyak di Kuala Terengganu.
Akibatnya, kata beliau, ramai peniaga runcit kecil-kecilan telah’gulung tikar’ dan terpaksa menutup perniagaan, angkara pentadbiran yang tidak ‘cerdik’ kerajaan negeri.
Malangnya, kata beliau, iktibar yang berlaku di Bandar Kuala Terengganu, tidak diambil dan kerajaan terus melkakukan kesilapan yang sama di Wakaf Tembesu.
“bila Sabasun buka di Wakaf Tembesu, tiba-tiba kerajaan sudah luluskan Giant dan nampaknya Mydin pula akan ‘naik’ dalam lingkungan tak sampai 5 kilometer antara satu sama lain,
“paling menyedihkan, Sabasun yang meneroka perniagaan di sana, milik Melayu, milik Islam, tidak diluluskan permohonannya, bahkan tanah milik Sabasun pula akan dirampas dan dicadangka untuk diberikan kepada orang asing,”ujarnya kesal. SUMBER

01 December 2013

Tanah Sabasun Akan Diserah Kepada Orang Asing: KERJA KERAJAAN TERENGGANU!!!!!!!!!

PASARAYA MUSLIM SABASUN

  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan.
Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.
Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 hektar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut.
Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma.
  Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi ‘compretitor’, berebut tanah yang 1hektar tu, nak juga.
  Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, “kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang”. Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan.
Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.
  Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. ‘In other’, nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain.
  Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu, tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih menunggu.
Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan.
  Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF untuk anda.
  Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1 lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga RM60,000.
  Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon, suruh ‘block’.
Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je. Sedangkan kami membuka pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada ‘Bangla’, tak ada ‘Nepal’ seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi, hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil. Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum.
  Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang ‘blue ocean strategy’ . kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat ‘red ocean’. Kami terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0% keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun.
Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun 2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan.
  Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini tuan-tuan. Sekian, terima kasih.
*** Ucapan penuh pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit, Che Salmi, pada program ‘Lepak santai’ anjuran NGO Ganti, Jumaat 29 November, 2013, di perkarangan Sabasun 2 Wakaf Tembesu.(Video)