PENGUMUMAN


widgets

25 August 2012

PAS RAI MAHASISWA BARU DUN BATU RAKIT


Kehadiran Tetamu



Pemakluman kehadiran



Siswa dan sumbangan



Siswi dan sumbangan



Menjamu Selera



Ghani Ambak motivator
Siswi dan pimpinan

Siswa dan pimpinan



25 OGOS 2012 - Badan Kebajikan Batu rakit dan  PAS Dun Batu Rakit telah mengadakan majlis ramah mesra bersama-sama mahasiswa/siswi baru Dun Batu Rakit. Seramai 63 orang mahasiswa/siswa telah dapat dikesan untuk diberi bantuan berupakan wang bernilaia RM 100.00 seorang. Sumbangan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan kewangan persiapan masuk menara gading.
                           Majlis ini turut menjemput Tn.Hj.Ghani B. Ambak sebagai motivaotr jemputan. Motivasi berkaitan peranan dan tangunggungjawab siswa telah disentuh. Antaranya mengajak siswa sentiasa istiqomah dalam pembelajaran sebagai bekal untuk berbakti kepada Islam,bangsa dan negara.Manakala Ustaz Nazari Tim. Pengarah MTD Batu Rakit amat berharap ilmu yang dipelajari mampu memberi manfaat dunia dan akhirat. Ustaz Fauzi Muda selaku YDP PAS Kawasan Setiu menyatakan semua aktiviti yang dijalankan oleh PAS atau badan-badan di bawah PAS merupakan satu usaha awal dan rancak dilaksanakan demi menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan.
                           Sambutan orang ramai amat memuaskan, kehadiran tetamu melebehi jangkaan 150 orang. Ibu dan bapa yang hadir turut bersyukur kerana sumbangan ini telah memberi gambaran jelas bahawa PAS bukan sahaja parti dan badan dakwah tetapi juga badan kebajikan yang adil dan memberi kepada yang sepatutnya. Pihak PAS amatlah mengharapkan majlis seperti ini menjadi acara tahunan demi kelangsungan pembelajaran anak-anak.

No comments:

Post a Comment