PENGUMUMAN


widgets

11 August 2012

NEGARA BERKEBAJIKAN: PAS CAWANGAN MARAS SAHUT AWAL



11 OGOS 2012- PAS Cawangan Maras telah melaksanakan tangunggjawab sebagai pembela masyarakat dalam mengurangi tekanan kenaikan harga barang. Majlis Cakna Sumbangan hari raya telah berlangsung di Surau  Al Khautsar Kg. Maras. Tn.Hj. Ghani Ambak yang juga bekas ahli Parlimen Setiu telah dijemput hadir untuk memberi motivasi kepada penerima sumbangan. Beliau memberi keyakinan kepada penerima sumbangan bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata tetapi merupakan satu badan dakwah dan kebajikan yang bergerak secara  sukarela untuk membantu masyarakat. Seramai 55 orang telah dipilih dari sekitar Kg. Maras untuk menerima sumbangan ini. Penerima menerima barangan berupa beras(10kg),gula(2kg),minyak masak(2kg),beras pulut(1kg) dan sekotak buah kurma. Selain itu saguhati wang(RM50.00) turut diberikan. Jawatankuasa PAS Cawangan Maras dan Jawatankuasa Surau Al Khautsar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah banyak membantu melaksanakan program ini.

No comments:

Post a Comment