PENGUMUMAN


widgets

07 April 2012

Sah Calon YB Batu Rakit PRU 13 Bukan Khazan!

YB Khazan dan harta  rumah kediaman jasa keringat sokongan rakyat
















































 7 APRIL 2012 -  Maklumat terhangat(bicara marhain) hari ini YB Khazan bukan lagi Calon YB DUN Batu Rakit PRU 13. Sebaliknya Hj Man Mat Yasin seorang kontraktor yang dikatakan bergelar Dato' menjadi pilihan UMNO Setiu. Khabar ini menjelaskan lagi UMNO Setiu memang ingin membuang YB Khazan yang dikatakan PRO Idris Jusoh dan musuh ketat kepada MP Setiu iaitu Mat Jidin. Paling mengejutkan MP Setiu Mat Jidin juga tidak lagi dicalonkan sebagai MP Setiu pada PRU 13 nanti. Lagi mengejutkan Dato' Jailani atau lebih dikenali anok Pok Ngoh Bas Kg. Darat Batu Rakit calon MP Setiu PRU 13 nanti. Ada benar khabaran ini. Banner Dato' Jailani sentiasa tersenyum di sekitar DUN Batu Rakit dan Daerah Setiu sambut hari kebesaran Islam mahu pun tahun baru.. Apa ke hal tetiba menjelma. Sebelum ni nak jumpa pun susah maklumlah S/U Perdana Menteri Malaysia mesti sibuk punya. Semoga berita ini  benar dan semoga berita ini tidak benar. Kedua-dua situasi ini menguntung PAS kerana YB Khazan kaya raya. tapi orang DUN Batu Rakit masih ada yang tidak berlauk setiap hari. Pengundi Batu Rakit dah cemuh dan amat cerdik. Mereka tahu siapa yang menipu mereka selama ini. Tunggu YB Khazan.

Dato Jailani musuh Mat Jidin?


No comments:

Post a Comment