PENGUMUMAN


widgets

31 December 2011

RAKAN KHIDMAT DUN BATU RAKIT TERUS BERBAKTI RAKYAT



Logo Rakan Khidmat

Ustaz Mohamad Yaacub(Pengerusi MTD DUN Batu Rakit)

Ustaz Fauzi Muda(YDP PAS Kaw. Satiu) Perasmian

Ketua Muslimat menyumbang

Ikhlas daripada YDP PAS Kaw. Setiu

Ustaz Mohamad turut menyumbang

Penerima bersama peneraju Rakan Khidmat Batu Rakit
31 Disember 2011- Rakan Khidmat Dun batu rakit sekali lagi membuktikan wadah perjuangan jemaah Islam adalah berkebajikan. Rakan Khidmat telah menyumbang saguhati berupa sejumlah wang ringgit kepada anak-anak kecil yang akan melangkah ke Tahun Satu 3 Januari 2012 nanti. Langkah ini telah mengurang bebanan yang ditanggung oleh ketua keluarga penerima. Seramai 100 orang kanak-kanak  telah dipilih oleh cawangan PAS sekitar DUN Batu Rakit untuk menerima sumbangan ini. Lokasi majlis ini ialah di perkarangan Surau Al khautsar Kampung Maras dalam Dun Batu Rakit. Aktiviti ini merupakan satu tindakan yang jelas terbaik dalam mendepani rakyat dengan tawaran negara berkebajikan oleh PAS. Ustaz Mohamad Yaacub selaku Pengerusi MTD Dun Batu Rakit menjelaskan PAS adalah satu jemaah Islam yang benar-benar menepati dasar Islam yang mementingkan konsep bantu membantu dalam kehidupan. YDP PAS kawasan Setiu iaitu Ustaz Mohd Fauzi Muda menafsirkan bahawa segala yang akan berlaku bila mana  negara berkebajikan dilaksanakan ialah suasana kehidupan dengan penuh kesejahteraan dan keberkatan akan dinikmati oleh semua keluarga tidak kira agama dan bangsa. Rakan Khidmat DUN Batu Rakit akan terus membantu demi kelangsungan hidup yang murni untuk semua keluarga di Batu Rakit khasnya.

27 December 2011

MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU AYAM SURUHAN UMNO

LOBO MBKT

DATUK BANDAR
Banner lembu kak jat
27 DISEMBER 2011- MBKT telah menjadi balaci atau lebih tepat ayam suruhan terhina kepada umno. Klausa ini terpancnur kerana antara jam 12 malam hingga 1 pagi tadi .penguatkuasa yang tak kuat pun kuasanya telah menjadi ayam umno menurunkan bannner sharizat dapat lembu rakyat dapat tahi di Kg.Maras Batu Rakit. Bukan letak dalam harata mak bapak dia pun. Tindakan ini jelas umno amat terkedu dengan isu lembu yang membolot harta rakyat. umno terengganu takut dan isu ini mlekat dan rakyat sudah faham istilah menggelapkan duit rakyat. Terima kasih lembu. Dan lembu shahrizat akani naik lagi di Kg. Maras. kasihan datuk bandor jadi tugu je kat MBKT.

17 December 2011

EX.Ketua Puteri Banggol Donah K.Terengganu terus melondeh UMNO Terengganu(VIdeo)




Ceramah berlangsung di Dataran Pasar Maras Kg. Maras Batu Rakit pada 19 12 2011 yang merupakan sesi ceramah gabungan Pakatan Rakyat sanggah slogan munafiq DAP Ganti PAS yang dilangsungkan oleh UMNGOK pada 9 12 2011.Seterus di bawah beberapa penceramah yang turut sama menyanggah slogan munafiq itu.

NG CHAI HING PENGERUSI DAP TERENGGANU


SALLEH EMBONG EX. AJK UMNO BAHAGIAN KUALA NERUS


USTAZ ROZALI MOHAMAD EX. ADUN PERMAISURI

11 December 2011

YB Khazan Che Mat :Hudud hanya fardhu kifayah(audio)








Ular mak ini berucap dalam ceramah anjuran UMNO Dun Batu Rakit di Kg Maras Kuala Terengganu pada 9 12 2011 jam lebih kurang 10 malam. Berkombinasi ngan fairuskatak

Khazan ni ularmak umngok teganu,nak cerita rumah dah bernilai hampir sejuta atau lebih sejuta. Tak percaya you all pergi kg alor jambu sebelum sekolah menengah padang kemunting di batu rakit terengganu. Bapok rumah besar. Rakyat kat tepi ha ha ha ayam makan padi jer.

Baru 2 penggal yb dah masyuk banyak. Orang kampung tak dek harga. Dah sombong. Kedekut tahi hidung masin ahli umno padang kemunting kabor.

Dulu mase PAS perintah teganu kate umno sesat, sekarang dia yang lebih sesat daripada umngok.

10 December 2011

Fairus katak terus hina Mat Sabu(audio)




Si katak ini berucap dalam ceramah anjuran UMNO Dun Batu Rakit di Kg Maras Kuala Terengganu pada 9 12 2011 jam lebih kurang 10 malam.

Si katak hina Mat Sabu (dengar audio) 

Orang kampung dikerah hadir. ha ha ha angkut ngan bas lagi. ade yang tertinggal semasa balik. Kasihan orang teganu umngok terus menjadikan mereka seperti lembu-lembu yang bodoh itu.(Ahli PAS tetap cerdik dulu kini dan selamanya)
Cukup umngok jadi raja. Rakyat sudah buang umngok!!!!!!!!!!!!

Banyak lagi yang ong katak umngok ni berbohong.( audio seterusnya menyusul.)

06 December 2011

Bukti UMNO khianati rakyat Terengganu?(Bergambar)

Balai Raya Mengabang Telipot Batu Rakit(DUN TEPUH)


UMNO ANIAYAI AHLINYA

Lihatlah UMNO terus beranggapan harta rakyat milik mereka.Balai raya milik kerajaan negeri.Ia harta dan digunakan untuk rakyat bukan untuk parti. Salah tu. Ini memang kerja jahat dan degil serta angkuh. Rakyat terus dijadikan lembu dan bangsat oleh orang UMNO. UMNO Dun Tepoh Ramli Nuh jadi kepala. Ramli Nuh ini rumahnya diberitakan besar yang amat. Tak heran kalau penyokong UMNO diperbodohkan oleh pimpinan mereka. Seru sekelian alam sedarlah wahai penyokong UMNO, anda semua umpama ayam-ayam yang diberikan padi hanya untuk dipelahap sahaja. Pimpinan UMNO jadikan ahli mereka sebagai haiwan peliiharaan semata-mata. Tiada nilai. Bangkit ahli UMNO lakukan perubahan. Ajar pimpinan kamu yang kaya raya. jatuhkan mereka PRU 13 nanti. Biar mereka sedar rakyat itu berkuasa menjatuhkan pimpinan yang zalim dan jahat serta angkuh. Jatuh UMNOOOOOOOOOOOOOOOO!


28 November 2011

SPR "DILOROH" SELUAR OLEH MAT SABU(VIDEO)





Sudah sampai masanya Malaysia menyambut kedatangan "ARAB SPRING"


BN maknanya barisan najis

SPR maknanya Sang penipu,pengkhianat,penjahat,perogol,petolol,petongong,pembangang dan penajis rakyat

23 November 2011

Tuan Ibrahim: Fisabilillah Dan Negara Berkebajikan



Ucapan makan malam bersama PAS Kawasan Setiu di Gong Badak Kuala Terebgganu Terenggannu pada 17 November 2011






18 November 2011

Fikrah BOB LOKMAN: 3J(Jihad, JAIS dan JAKIM) Video terkini












** Maaf video dan audio kurang memuaskan.Maklumlah tak cukup peralatan lagi untuk shooting baik punya.

17 November 2011

GURU BESAR SK LANGKAP SETIU BALACI UMNGOK (VIDEO)





Cikgu Halim dicabar membuktikan segala tuduhannya
SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas Dr Azman.

Ucapan cikgu Abdul Halim telh dirakam dan dapat diikuti melalui video klip dibawah.

Sumber Buletinonline

13 November 2011

UMNO terus rampas dan zalimi hak rakyat Terengganu

Mereka dianiayai UMGOK Barisan Nasional


SETIU - Seramai 50 orang pesawah padi dari Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat di sini berhimpun secara aman menyatakan bantahan atas tindakan zalim kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu

Mereka yang telah mengusahakan tanah padi secara 'umarah' sejak 40 tahun lalu, menentang rancangan kerajaan untuk menjadikan kawasan sawah mereka sebagai 'mini estate'.
Menurut wakil pesawah terbabit, Abdul Raof Mohamed, tujuan mereka berkumpul adalah untuk menuntut hak ke tas tanah yang telah mereka usahakan supaya kerajaan mengeluarkan geran ke tas tanah tersebut

Antara mereka adalah Mak Cik Kelesom atau yang dikenali sebagai Mak Teh, seorang anggota Wanita Umno yang juga pengundi tegar BN.

Beliau merasa kesal dan tertipu dengan tindakan Umno yang mahu merampas tanah yang telah diusahakannya sejak bertahun-tahun yang lalu.

Menurut wakil pesawah terbabit, Abdul Raof Mohamed, tujuan mereka berkumpul adalah untuk menuntut hak ke tas tanah yang telah mereka usahakan supaya kerajaan mengeluarkan geran ke atas tanah tersebut.

Sumber: Buletinonline


*** yang sakit hati bila masa pru dapat jer 20 rial terus puji umno samapi terkincit dalam seluar.





12 November 2011

SEKITAR IHTIFAL PASTI DUN BATU RAKIT


Ucapan aluan Pengerusi PASTI DUN Batu Rakit

Perasmian YDP PAS Kawasan Setiu

Murid yang hadir

Ibu yang menemani

Penghargaan untuk murid

Usaha murid dihargai

Murid berbakat dirai

Bonus untuk Guru Pasti

Bakal pimpinan solehah
12 NOVEMBER 2011 - PASTI DUN Batu Rakit telah mengadakan majlis ihtifalnya untuk tahun 2011 dengan jayanya di Surau Al Khautsar pasar Maras. Sebagaimana makluman Pengerusi PASTI DUN Batu Rakit majlis kali ini amat berseri dengan keupayaan tenaga program yang gigih. Malah menurut beliau tumbangny seekor lembu untuk jamuan menandakan jemaah di batu rakit telah bersiap sedia dengan lebih tegar untk melahirkan para mujahid untuk 10 hingga 15 tahu lagi.
                                        YDP PAS Kawasan Setiu dalam ucapan perasmiannya, belaiu amat yakin dan pasti Allah akan membantu para ibu dan  bapa yang ikhlas dalam memberikan pendidikan agama. Tambah beliau, cabaran sekarang dengan keruntuhan akhlak remaja yang dilakukan oleh Barisan Nasional perlu ditimbal balik dengan sistem pendidikan Islam. Oleh itu, beliau berpendapat PASTI merupakan satu peletakan asas yang kukuh dalam memastikan akhlak remaja terbaiki dengan sempurna pada masa hadapan. YDP PAS Kawasan Setiu amat gembira kerana setiap guru PASTI DUN Batu Rakit mendapat bonus. Ini menunjukkan Negara Berkebajikan akan terlaksana dengan baik kiranya PAS dan PR diberi mandat mentadbir negara.
                                              Majlis ini telah memberi sumbangan kepada setiap murid yang telah berjaya dalam mengharungi dunia seni pemerolehan ilmu yang berteraskan aqidah Islam. Malah ibu bapa amat teruja dengan kebolehan dan bakat yang ditunjukkan semasa persembahan. Tahniah diucapkan kepada PASTI Kampung Tanjung kerana telah mendapat Johan dalam kategori persembahan terbaik. Cabutan bertuah turut diadakan  sebagai pemanis majlis ihtifal kali ini.

05 November 2011

YB Zailah Dedah kepincangan BN(Video)

5 NOVEMBER 2011 - YB Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat telah mendedahkan pembaziran dan kepincangan pengurusan pentadbiran negara oleh Barisan Nasional.Pendedahan telah dilakukan dalam ucapan semasa makan malam bersama Ahli PAS di DUN Batu Rakit sempena kutipan derma untuk PASTI Kawasan Setiu. Semua pendedahan itu tu boleh ditelusuri melalui slot rakaman di bawah.







"Jelas tolak Barisan Nasional yang jahat terhadap rakyat Malaysia. Selamatkan Malaysia."

23 October 2011

NASARUDDIN TANTAWI : Selamatkan Aqidah


Ustaz Nasaruddin Tantawi
Terang ufuk menyinar cahaya hidayah
Sirna iman menyelinap ke setiap jengkal bumi bertanah
Mewarisi kalimah - kalimah dari kitaabul ummah
Paksi kemuliaan insan bermaruah

Wibawa  ummah ditunjangi aqidah,
Hebat dipupuk ukhuwwah, Mulia dipandu syariah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dijerat syahwah
runtuh peribadi, rosak binasa nilai syakhsiah
calar maruah, bayi dihumban persis sampah
rompak, samun, curi, dera, culik, rogol, bunuh lapah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dibaham serakah
masjid dipagar, surau dirantai, pendakwah dibantai, ilmu dijarah
manifestasi sebuah kejahilan, kedegilan dan keangkuhan yang parah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas tergadai aqidah
prinsip hidup, harga diri, nilai maruah dijual murah
agama disangka candu, hukum disangka hantu, ohh ! aqal masih dijajah

Bangkitlah ummah ku ... kembali membina sejarah
sebagai ummat terbaik, ummat berdaulat, ummat hebat anugerah Allah
kita bersatu gerak seiring, sehayun tangan, sederap langkah
tanpa beza kulit berwarna, lidah berbahasa, diam berwadah
tanpa hirau miskin marhaen, pangkat merendah, kaya melimpah
tanpa peduli kata nista, caci maki, sumpah seranah

Bangkitlah ummahku ... julang kibar panji syahadah
usah gentar berkelana, depani cabaran, atasi rintangan, berjiwa tabah
perjuangkan syariah, pertahankan maruah, selamatkan aqidah

Bangkitlah ummahku ... terus melangkah jangan rebah
timba ilmu, baca buku, belajar kitab, santuni ulama', fahami sejarah
benteng diri dari angkara musuh bedebah

Bangkitlah ummahku ... kekang gejala riddah
laksana lah wahyu Allah tanpa lengah
jangan sampai ditimpa padah
solat jamaah, bayar zakat, akta murtad, hukum hudud, semuanya wahyu Allah

Bangkitlah ummahku ... Selamatkan Aqidah
tidaklah redha Nasara dan Yahudi sehingga kamu diratah dan dijarah
rebah bangun, lintang tiarap petualang disanggah
Islam dipertahan, maruah dijulang, aqidah pesaka ummah

Nasrudin bin Hassan at Tantawi