PENGUMUMAN


widgets

31 December 2011

RAKAN KHIDMAT DUN BATU RAKIT TERUS BERBAKTI RAKYAT



Logo Rakan Khidmat

Ustaz Mohamad Yaacub(Pengerusi MTD DUN Batu Rakit)

Ustaz Fauzi Muda(YDP PAS Kaw. Satiu) Perasmian

Ketua Muslimat menyumbang

Ikhlas daripada YDP PAS Kaw. Setiu

Ustaz Mohamad turut menyumbang

Penerima bersama peneraju Rakan Khidmat Batu Rakit
31 Disember 2011- Rakan Khidmat Dun batu rakit sekali lagi membuktikan wadah perjuangan jemaah Islam adalah berkebajikan. Rakan Khidmat telah menyumbang saguhati berupa sejumlah wang ringgit kepada anak-anak kecil yang akan melangkah ke Tahun Satu 3 Januari 2012 nanti. Langkah ini telah mengurang bebanan yang ditanggung oleh ketua keluarga penerima. Seramai 100 orang kanak-kanak  telah dipilih oleh cawangan PAS sekitar DUN Batu Rakit untuk menerima sumbangan ini. Lokasi majlis ini ialah di perkarangan Surau Al khautsar Kampung Maras dalam Dun Batu Rakit. Aktiviti ini merupakan satu tindakan yang jelas terbaik dalam mendepani rakyat dengan tawaran negara berkebajikan oleh PAS. Ustaz Mohamad Yaacub selaku Pengerusi MTD Dun Batu Rakit menjelaskan PAS adalah satu jemaah Islam yang benar-benar menepati dasar Islam yang mementingkan konsep bantu membantu dalam kehidupan. YDP PAS kawasan Setiu iaitu Ustaz Mohd Fauzi Muda menafsirkan bahawa segala yang akan berlaku bila mana  negara berkebajikan dilaksanakan ialah suasana kehidupan dengan penuh kesejahteraan dan keberkatan akan dinikmati oleh semua keluarga tidak kira agama dan bangsa. Rakan Khidmat DUN Batu Rakit akan terus membantu demi kelangsungan hidup yang murni untuk semua keluarga di Batu Rakit khasnya.

No comments:

Post a Comment