PENGUMUMAN


widgets

12 November 2011

SEKITAR IHTIFAL PASTI DUN BATU RAKIT


Ucapan aluan Pengerusi PASTI DUN Batu Rakit

Perasmian YDP PAS Kawasan Setiu

Murid yang hadir

Ibu yang menemani

Penghargaan untuk murid

Usaha murid dihargai

Murid berbakat dirai

Bonus untuk Guru Pasti

Bakal pimpinan solehah
12 NOVEMBER 2011 - PASTI DUN Batu Rakit telah mengadakan majlis ihtifalnya untuk tahun 2011 dengan jayanya di Surau Al Khautsar pasar Maras. Sebagaimana makluman Pengerusi PASTI DUN Batu Rakit majlis kali ini amat berseri dengan keupayaan tenaga program yang gigih. Malah menurut beliau tumbangny seekor lembu untuk jamuan menandakan jemaah di batu rakit telah bersiap sedia dengan lebih tegar untk melahirkan para mujahid untuk 10 hingga 15 tahu lagi.
                                        YDP PAS Kawasan Setiu dalam ucapan perasmiannya, belaiu amat yakin dan pasti Allah akan membantu para ibu dan  bapa yang ikhlas dalam memberikan pendidikan agama. Tambah beliau, cabaran sekarang dengan keruntuhan akhlak remaja yang dilakukan oleh Barisan Nasional perlu ditimbal balik dengan sistem pendidikan Islam. Oleh itu, beliau berpendapat PASTI merupakan satu peletakan asas yang kukuh dalam memastikan akhlak remaja terbaiki dengan sempurna pada masa hadapan. YDP PAS Kawasan Setiu amat gembira kerana setiap guru PASTI DUN Batu Rakit mendapat bonus. Ini menunjukkan Negara Berkebajikan akan terlaksana dengan baik kiranya PAS dan PR diberi mandat mentadbir negara.
                                              Majlis ini telah memberi sumbangan kepada setiap murid yang telah berjaya dalam mengharungi dunia seni pemerolehan ilmu yang berteraskan aqidah Islam. Malah ibu bapa amat teruja dengan kebolehan dan bakat yang ditunjukkan semasa persembahan. Tahniah diucapkan kepada PASTI Kampung Tanjung kerana telah mendapat Johan dalam kategori persembahan terbaik. Cabutan bertuah turut diadakan  sebagai pemanis majlis ihtifal kali ini.

No comments:

Post a Comment