PENGUMUMAN


widgets

16 December 2010

Demonstrasi aman penduduk Ladang

Ingatkah anda posting saya yang terdahulu mengenai kesan rombakan Kampung Ladang?
Kalau anda baca tulisan saya dahulu banyak yang menjadi teka teki kerana saya tidak akan meletak sebarang cerita yang berupa rekaan di sini kecuali didengar serta melihat dengan mata kepala sendiri. Semalam terjawab segala persoalan yang bemain di minda sebelum ini.

Penduduk setempat yang tinggal di Flat Ladang Gemilang tempat di mana
mereka ditempatkan telah mengadakan demonstrasi aman sempena penyerahan
memorandum kepada YAB Menteri Besar Terengganu bersempena perbahasan
sidang dewan DUN yang sedang berlangsung sekarang. Demonstrasi ini berjalan
secara aman dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku dan berada di bawah pengawasan pihak polis yang beruniform dan tidak beruniform.




Antara acara yang berlaku adalah kempen tandatangan penduduk tempatan
pada kain banner dan juga ucapan pemimpin yang terdiri dari PAS, Keadilan dan
juga DAP serta wakil penduduk. Daripada apa yang berlaku dapatlah disimpulkan
bahawa ketidakpuasan hati mereka adalah disebabkan oleh ketidakadilan yang
berlaku ke atas mereka oleh kerajaan negeri Terengganu.



Berikut adalah intipati luahan rasa mereka yang sempat saya dengar
dan patut diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan negeri.





1) Mereka sangat kesal kerana pampasan yang diterima sangat rendah iaitu RM6,000.00 sahaja apatahlagi tanah mereka terletak di dalam pusat bandar dan telah didiami sejak turun temurun.

2) Mereka digesa supaya berpindah serta merta sebelum hari raya puasa yang lalu seolah-olah ada projek yang begitu mustahak ingin dibuat sedangkan sehingga kini tiada apa-apa pun yang berlaku. Mereka meminta agar diberikan sedikit masa untuk berpindah selepas menyambut hari raya tetapi tidak dipedulikan.

3) Mereka dijanjikan sewa beli oleh bekas MB (YB Idris Jusoh) sebanyak RM126.00 sebulan tetapi kini sudah menjadi sewa sahaja dan telah dinaikkan sebanyak RM300.00.

Saya dipelawa oleh salah seorang penduduk di situ untuk melihat sendiri
bagaimana rupa rumah yang mereka duduki. Pada pandangan mata saya
memanglah kecil sekali rumah tersebut dan ruangnya sangat terhad. Tidak banyak
perabot yang boleh diletakkan. Jadi patutlah sesetengah penduduk meninggalkan
begitu sahaja perabot antik semasa berpindah kerana ketiadaan
ruang di dalam rumah.


Bagaimana agaknya kalau keluarga tersebut mempunyai ramai anak?
Bolehkah satu keluarga yang bahagia dapat dilahirkan dengan
keadaan rumah seperti ini?

Semua gambar dirumah ini menggunakan wide angle
sebab itu nampak seolah-olah luas sebab untuk meletakkan semua
subjek di dalam framing. Situasi sebenar rumah ini sempit sahaja.
Harap maklum.

Menurutnya lagi di sini sekarang banyak juga kecurian motosikal berlaku.
Koridornya gelap sekali kerana tiada lampu dibuka walaupun waktu tengahari
dan panas terik. Bagi yang tinggal di lot tengah tiada ruang menyidai baju.
Hanya mampu disidai di tengah-tengah koridor sahaja.

Tidaklah dapat saya pastikan (kerana lupa bertanya) samada di sini ada
pihak yang menyelenggara bangunan atau tidak sebab saya sudah nampak
kesan-kesan kekotoran di sana sini serta bau yang kurang menyenangkan di tangga.
Kalau tiada penyelenggaraan jawabnya flat ini akan cepat usang
dan kotor tidak berapa lama lagi.
Pihak penduduk harus peka dalam hal kebersihan dan mesti ada pihak yang
mengambil inisiatif mengatasi masalah ini agar tidak terlambat.

Kalau anda yang menjadi penduduk di situ agaknya apa anda rasa?

From : http://exploreterengganu.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment