Ditulis oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin |
MONDAY, 21 DECEMBER 2009 07:13 |
Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media sosial yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger. Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor. Motto: Allah berfirman dalam Surah al Nur ayat 19: إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لا تَعْلَمُونَ“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersibarnya kebejatan dan kelucahan di kalangan orang yang beriman untuk mereka siksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat. Allah Maha tahu, tapikamu yang tidak tahu.” Pendahuluan Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media social yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger. Melalui blog dan laman peribadi seperti ini seseorang atau malah kumpulan; baik parti mahupun organisasi dapat diruntuhkan pengaruh dan nama baik mereka. Lebih-lebih lagi apabila diangkat dan dihebohkan oleh media perdana dan dijadikan tajuk utama dalam pemberitaan mereka. Memandangkan besarnya pengaruh media baru ini sehingga dia memungkin banyak peristiwa besar boleh berlaku apabila diarah dan dimanfaatkan secara jitu dan sistemetik maka wajar kita membicarakan tajuk ini dengan mengenal pasti apakah yang dimaksudkan dengan blog, apakah kebaikan menggunakan blog, apakah ciri-ciri blog yang baik, etika penulisan blog dari perspektif syara’ dan umum untuk meningkatkan kebijaksanaan masyarakat umum ; khasnya khalayak blogger sehingga kebaikkan dan manfaatnya dapat diraih semaksima mungkin demi kepentingan masyarakat dan Negara. Pengertian Blog Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah ini pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok laman-laman web (websites) peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan berisi pautan-pautan (hyperlinks) ke laman web lain yang di anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka sendiri. Umumnya dalam weblog ia menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah, seperti karya tulis, kumpulan pautan internet, dokumen-dokumen pelbagai format (e.g. Word, PDF, dll), gambar ataupun multimedia dan malah klip video melalui YouTube dan sebagainya Sebenanya blog memuat tulisan tentang apa yang seorang penulis blog atau blogger fikirkan, rasakan, hingga apa yang dia lakukan sehari-hari. Namun blog akhirnya kini menjadi diari atas talian yang dicapai melalui Internet. Apa yang membedakan Blog dari Diari atau Jurnal yang biasa kita miliki adalah bahawa Blog dibuat untuk dibaca oleh orang lain. Kebaikan menggunakan Blog Sebagai sebahagian daripada laman internet yang kini mencapai angka trillion, blog mempunyai banyak faedah. Antara lain ialah: Melalui weblog, kita dapat memperluas hubungan teman/ kenalan hingga dapat membentuk suatu jaringan komuniti yang besar. Weblog melebihi surat elektronik (Email), kerana satu hantaran blog yang anda bahas, dapat dibaca oleh pengunjung blog yang tak terbatas. Beda dengan email yang hanya dapa dibaca oleh orang yang kita kirimkan. Selain itu, pengunjung blog juga dengan cepat dapat memberikan respon terhadap hantaran blog melalui komen yang secara langsung dituliskan di laman blog tersebut. Blog juga boleh memaparkan klip-klip video ceramah, forum, perbahasan atau perdebatan, pengetahuan dan sebagainya; terlepas daripada halangan seperti tauliah, tangkapan , kekangan ruang kuliah oleh JKKK atau ajk masjid dan surau. Bahkan ada blog yang memuatkan permohonan bantuan kewangan berbagai bentuk, bahkan juga iklan-iklan perniagaan yang memberi pulangan lumayan hasil dari jumlah pengunjungnya yang ramai. Ciri-ciri blog yang baik Blog yang dibangunkan dengan baik dan menarik berupaya menarik lebih ramai pelawat dan pembaca. Blog yang baik perlulah memenuhi kriteria berikut (http://www.bestbloglist.com/criteria.php): Estatik Visual – ”Content is King, but Design is Queen”, itulah ungkapan popular dalam menilai sesebuah laman web termasuk blog. Kandungan yang menarik di baca tidak akan dapat menarik pembaca jika ianya dipersembahkan secara tidak terurus dan caca merba. Estatik Visual adalah keupayaan pemilik blog merekacipta dan menyusun struktur kandungan, berserta pilihan warna yang diadunkan secara harmoni dan menarik. Apa yang penting, pembaca merasa selesa dengan keaslian, warna, rekacipta dan cara persembahan kandungan. Mesra Pembaca – Blog yang cantik rekacipta sahaja tidak mencukupi. Ianya juga perlulah Mesra Pembaca. Pertama, pemilihan bentuk fon, saiz fon, perbezaan warna latar dan warna fon hendaklah memudahkan pembacaan tanpa meletihkan mata. Struktur yang baik memudahkan pembaca mencari maklumat, membuat cetakan, menghantar emel, kurang klik, kurang tetingkap iklan popup, dan laju muat turun kandungannya. Seronok Membaca – Blog yang cantik estatik visual, mesra pembaca, seterusnya perlu menyeronokkan pembaca untuk datang selalu ke blog tersebut. Samada kandungan blog itu terlalu santai membincangkan tentang selipar, atau serius membincangkan isu politik, kandungan yang menarik berupaya melekatkan pembaca setia dan baru untuk datang kembali. Blog yang baik perlu ada ruangan feedback, kerana pembaca yang seronok, selalunya mahu memberi maklum balas yang positif mahupun negatif. Blog yang seronok di baca juga adalah blog yang mempunyai nada dan intonasi penulis yang menceriakan apabila di baca. Nada tidak perlu sejuk, kaku atau garang. Maklumat & Fakta yang Berfaedah – Kini, ada puluhan juta blog di internet. Malangnya, kebanyakannya hanya mengulangi atau ”cut & paste” dari blog-blog lain. Blog yang menarik dan menyeronokkan ialah blog yang asli kandungannya, dan memaparkan maklumat dan fakta yang berfaedah walaupun sumbernya dari laman atau blog lain. Kandungan yang asli dan disokong pula dengan maklumat dan fakta menarik dari sumber lain akan memberi kelainan dan keunikan pemilik blog tersebut. Pengalaman Keseluruhan di Blog Tersebut – Blog yang berjaya ialah blog yang ada sinergi yang didefinisikan ” the whole is greater than the sum of the parts”, yang mengadunkan dengan baik estatik visual, mesra pembaca, keseronokan membaca dan memaparkan maklumat & fakta yang berfaedah. Kesemuanya ini menhasilkan satu pengalaman keseluruhan oleh para pembaca di blog tersebut. Etika Blogger Persatuan Wartawan Profesional “Society of Professional Journalists” pernah menggariskan etika blogger secara khusus. Etika ini telah di tokok tambah dan di ubahsuai oleh CyberJournalist.net dan di ketengahkan sebagai berikut: Be Honest and Fair Bloggers should be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information. Bloggers should: Never plagiarize. Identify and link to sources whenever feasible. The public is entitled to as much information as possible on sources’ reliability. Make certain that Weblog entries, quotations, headlines, photos and all other content do not misrepresent. They should not oversimplify or highlight incidents out of context. Never distort the content of photos without disclosing what has been changed. Image enhancement is only acceptable for for technical clarity. Label montages and photo illustrations. Never publish information they know is inaccurate — and if publishing questionable information, make it clear it’s in doubt. Distinguish between advocacy, commentary and factual information. Even advocacy writing and commentary should not misrepresent fact or context. Distinguish factual information and commentary from advertising and shun hybrids that blur the lines between the two. Minimize Harm Ethical bloggers treat sources and subjects as human beings deserving of respect. Bloggers should: Show compassion for those who may be affected adversely by Weblog content. Use special sensitivity when dealing with children and inexperienced sources or subjects. Be sensitive when seeking or using interviews or photographs of those affected by tragedy or grief. Recognize that gathering and reporting information may cause harm or discomfort. Pursuit of information is not a license for arrogance. Recognize that private people have a greater right to control information about themselves than do public officials and others who seek power, influence or attention. Only an overriding public need can justify intrusion into anyone’s privacy. Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity. Be cautious about identifying juvenile suspects, victims of sex crimes and criminal suspects before the formal filing of charges. Be Accountable Bloggers should: Admit mistakes and correct them promptly. Explain each Weblog’s mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers’ conduct. Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas. Deny favored treatment to advertisers and special interests and resist their pressure to influence content. When exceptions are made, disclose them fully to readers. Be wary of sources offering information for favors. When accepting such information, disclose the favors. Expose unethical practices of other bloggers. Abide by the same high standards to which they hold others. Etika blogger ini jika dikaitkan dengan sumber-sumber dalil nas maka kita akan dapati betapa Islam menghargai penulisan dan tanggungjawab menulis atau menuturkan sesuatu samada dengan lisan, tulisan atau imej dan sebagainya. Allah berfirman dalam Surah al Qalam ayat 1: ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ “Nun demi pena dan catitannya.” Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa ; مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ “Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” . Dalam Surah Yasin ayat 65 Allah menegaskan: الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ “Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.” Ini bermakna penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya. Seorang penulis blog umpamanya mestilah: Mengikhlaskan niat menulis kerana Allah. Tulisan kerana Allah menghalakan kandungannya kepada suatu yang benar, betul dan berfaedah. Niat berkenaan mengangkat martabat penulisan itu sebagai ibadah yang diganjari oleh Allah dengan pahala dan kebaikan. Penulisan itu mestilah menyebarkan nilai-nilai kebenaran dan kandungan ayat dan wahyu agama. Ia wajar menampilkan saranan yang berguna dan tidak bersifat munkar dan fahsya’. Penulis blog perlu memainkan peranan sebagai penyeru ke arah kebaikan atau al Aamir bil ma’ruf dengan kepintaran berbahasa, mengadun warna atau imej grafik yang bernilai tinggi, menampilkan blog yang mesra pembaca dan sebagainya. Penulis blog juga perlu melaksanakan tugas nahy ’anil munkar. Mencegah kecenderungan ke arah kejahatan serta meminggirkan pautan-pautan buruk yang boleh menyeret muda mudi serta pengunjung blog ke laman-laman web lucah dan porno. Sebagai pemangkin kepada reformasi pemikiran, sosial, politik , ekonomi dan budaya maka bloger perlu mempersiapkan diri dengan ilmu serta keupayaan kepimpinan setakat yang terluang oleh persekitaran. Tidak menggunakan blog untuk memfitnah dan menganiayakan orang lain, mencerca dan sebagainya. Video Mengenai ”Ethical Blogging” di YouTube Pengetahuan mengenai menulis blog secara beretika adalah masih kurang dikalangan penulis-penulis blog di Malaysia. Beberapa video mengenai Menulis Blog Secara Beretika boleh dicapai melalui portal YouTube dari alamat-alamat berikut: http://www.youtube.com/watch?v=iaztftmd-pM http://www.youtube.com/watch?v=zEpcy3DtPKo http://www.youtube.com/watch?v=joBN3SbD2L0 http://www.youtube.com/watch?v=IEfaKzujCxA http://www.youtube.com/watch?v=rO0FyudvYK0 Beberapa Saranan Penerimaan Blog dan media baru yang dapat menyalurkan maklumat kepada ratusan ribu atau jutaan orang dalam masa yang amat singkat, menimbulkan cabaran dan ancaman baru kepada ahli dan pimpinan PAS. PAS tidak boleh lagi memantang enteng kesan dan impak dalaman dan luaran ekoran dari kepantasan komunikasi dan maklumat yang disalurkan portal media sosial di kalangan ahli dan pimpinan PAS yang kian meningkat. Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) yang diamanahkan untuk memantau perkembangan dunia siber ini telah menyarankan tiga (3) langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan dalam memanfaatkan komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas dengan lebih bertanggung jawab dan berhikmah dalam konteks Parti Islam Semalaysia (PAS): Tanggung Jawab Kepimpinan dalam Memanfaatkan ICT dan Media Baru – Kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan pertanggung jawaban dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka. Kepimpinan terutamanya, akan tetap memikul tanggung jawab kepimpinan walaupun penulisan peribadi mereka, samada di tulis sendiri atau melalui wakil, telah dipapar dan disebarkan melalui media baru seperti blog dan Facebook. Masyarakat melihat dan menerima penulisan kepimpinan sebagai mewakili organisasi walaupun ditulis atas kapasiti peribadi. Memanfaatkan Laman Web Rasmi PAS untuk Sebaran Maklumat Rasmi Organisasi – LICTPP telah sekian lama mewujudkan platform dan laman web rasmi parti di alamat web ”pas.org.my”. Namun, platform dan laman web rasmi PAS ini telah tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS di semua peringkat. Penyebaran maklumat melalui laman web rasmi ini boleh disebarkan dengan lebih bertanggung jawab dan terurus, melalui proses penyebaran yang selamat. Memantau Saluran Media Baru demi Mengurangkan Mafsadah dan Fitnah – LICTPP meyakini ungkapan berikut, ”Miscommunications Breed Wrong Perceptions”, boleh menimbulkan pelbagai mafsadah dan fitnah sebagai sebahagian mehnah perjuangan di era maklumat ini. Maka, sudah tiba masanya untuk diwujudkan satu badan ”New Media Watch” yang memantau saluran-saluran media baru (seperti blog dan media sosial) agar kandungannya dipastikan menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri. Penutup Sebenarnya untuk merumuskan satu etika blogger muslim yang baik satu seminar atau bengkel khusus para blogger perlu dianjurkan untuk diperincikan dengan menyeluruh etika berkenaan serta dibahas dan dirumuskan secara jama’i sehingga dapat diguna pakai oleh khalayak blogger muslim yang multazim dan berbudi mulia. Keperluan mengadakan kod etika penulisan blog sangat penting demi meningkatkan kewarasan dan kebijaksanaan umat dalam berinteraksi dengan wahana informasi global yang berpengaruh ini. Meskipun kita tidak memiliki kuasa bertaraf dunia untuk mengawal selia kandungan wahana ini secara global namun kita boleh menjadi pengguna yang proaktif dan resfonsiv sehingga kebaikannya dapat diserlahkan demi kepentingan orang ramai. Dalam masa yang sama harus disedari bahawa teknologi informasi dan komunikasi terus berkembang dengan pesat dalam pelbagai bidang. Para bloger muslim perlu mengikuti serta menguasai teknologi terkini dengan keupayaan pembalajaran secara gigih dan berterusan. Kaedah kaedah baru dari sudut video editing serta kaedah menyematkan klip video dalam laman blog mungkin akan menyebabkan blog seseorang lebih diminati pengunjung.Ini harus seiring dengan usaha mereka mencorakkan hasil usaha mereka dengan ciri dan nilai-nilai keislaman. Dengan pembaharuan yang berterusan kita mungkin dapat menghalakan salah satu jalur globalisasi ke arah yang menguntungkan Islam dan menyemarakkan dakwah. Pertarungan sekarang ialah bagaimana kita boleh memenuhkan sebanyak mungkin ruang siber dengan bahan-bahan yang berguna, mulia dan lohor demi membangun jati diri umat dan memperkasa sahsiah Islamiah, bahkan manusia seluruhnya agar mereka tidak tenggelam dan hanyut dalam arus pemodenan negatif serta globalisasi yang tidak menguntungkan diri, umat dan negara dalam jangka panjang. Wallahu a’lam Ustaz Abdul Ghani Samsudin Meru 13 Dec.09 ————————————————————- Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor. |
14 December 2010
Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment