31 December 2010
- Umno sudah tidak layak menerajui kerajaan Terengganu
KUALA TERENGGANU - Seluruh jentera, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat di negeri Terengganu akan bergerak serentak dan seiringan bagi meyemarakkan kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) hingga ke pilihanraya umum yang ke-13.
Sebaik kempen PGU dilancarkan pada Jumaat 24 Disember lalu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pun merasa bahangnya dan cuba mempertahankan diri dengan pelbagai alasan dan dalil rekaan.
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata, Umno dan BN Terengganu tidak mampu membela diri dan terpaksa memanggil penceramah 'upahan' dari luar Terengganu.
"Umno dan BN Terengganu 'dok rok' (tidak upaya) untuk menolak kenyataan bahawa PAS akan menggantikan Umno sebagai teras kerajaan negeri Terengganu, sebab itu mereka 'mengupah' penceramah luar,"ujarnya ketika ditemui semalam
Beliau berkata demikian dengan merujuk program ceramah Umno/BN yang diadakan di Pekan Manir baru-baru ini, dimana Umno terpaksa menggunakan penceramah bukan orang Terengganu.
Sehubungan itu, Pengarah Jabataan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah agak hairan kerana beliau difahamkan penceramah yang berasal dari negeri Kedah itu juga adalah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said.
"Bagaimana MB boleh melantik orang luar? Apakah tidak ada orang-orang Umno rakyat Terengganu? Atau tidak ada lagi yang layak di kalangan ahli Umno Terengganu untuk menjadi penasihat MB?,
"ini membuktikan bahawa Umno Terengganu sudah tidak layak lagi untuk mentadbir negeri ini,"tegasnya.
Wan Sukairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu menyeru semua orang-orang muda di negeri ini menolak kepimpinan Ahmad Said kerana beliau tidak layak memimpin umat Islam dinegeri ini.
Katanya, Ahmad Said yang beragama Islam sepatutnya tahu selok belok dan hukum hakam agama untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada orang-orang muda.
"Tidak perlu MB melantik seorang penasihat agama sekiranya beliau seorang yang faham dan tahu tentang agama Islam,"tambahnya.
28 December 2010
1Malaysia bercanggah dengan parti-parti BN
Tuesday, 28 December 2010 09:10 Wartawan Buletinonline
BESUT - Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata slogan 1Malaysia bercanggah dengan perjuangan parti-parti komponen utama Barisan Nasional (BN) termasuk Umno.Oleh itu katanya, pemimpinan BN termasuk Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai bercakap mengenai 1Malaysia.Ia adalah kerana menurutnya, UMNO jelas memperjuangkan nasib Melayu, manakala MCA memperjuangankan kaum Cina dan MIC hanya memperjuangankan kaum India sahaja yang samasekali bercanggah dengan konsep 1Malaysia.“1Malaysia bercanggah dengan perjuangan UMNO sedangkan UMNO menentang kaum lain. Bila buat polisi, Umno hanya mementingkan kaum Melayu,"sebagai contoh yang jelas dan terang, polisi perkhidmatan awam dan kenaikan pangkat, Umno hanya pentingkan orang-orang Melayu dan memingggirkan kaum-kaum lain,"ujarnya ketika dihubungi.Katanya, perkara yang serupa berlaku apabila Menteri MCA atau MIC menguasai sesuatu kementerian, menjadi kebiasaan menteri-menteri tersebut 'bias' kerana mereka memperjuangankan kaum-kaum, bukannya 1Malaysia.Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menyeru semua pemimpin BN berhenti bercakap tentang 1Malaysia bahkan pemimpin Umno, MCA dan MIC wajib menolak 1Malaysia, sehingga parti-parti komponen membetulkan halatuju parti masing-masing."Tak guna bercakap 1Malaysia sedangkan pemimpin Umno berkata kaum Cina adalah pendatang, menjadi pelacur dan kaum India juga kaum pendatang yang menjadi peminta sedekah,"jelasnya, mengulangi apa yang pernah diucapkan oleh pegawai Perdana Menteri tidak berapa lama dulu.Pada masa sama, beliau berkata, 1Malaysia dilihat tiada hala tuju dan rmelihat pemimpin UMNO terpaksa mewujudkan slogan sedemikian kerana kaum-kaum lain berasa terpinggir akibat Umno hanya pentingkan Melayu.“Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru mereka mahu buat 1Malaysia sedangkan kaum lain sudah mula memberi undi dan perhatian kepada pembangkang,” katanya.
27 December 2010
Kerajaan Terengganu buta dan tuli di zaman ICT
Monday, 27 December 2010 10:41 Editor Buletinonline
KUALA NERUS - Setelah menggunakan semua saluran teknologi maklumat dan komunikasi (Information & Comminication Technology) moden, akhirnya penduduk kampung Banggol Donas, dekat sini terpaksa memilih cara lama mengemukakan bantahan."Sejak setahun yang lalu, berpuluh surat bantahan melalui komunikasi moden telah dihantar kepada kerajaan, namun di zaman ICT yang serba canggih ini, ada kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' yang tidak mengendahkan langsung suara masyarakat moden, itulah kerajaan Umno dan Barisan Nasional,"kata Penolong Setiausaha Pemuda PAS Kuala Nerus, Mohd Fakhrul Anwar.Beliau berkata demikian mengulas sikap kerajaan Umno dan BN Terengganu yang 'tidak langsung' mempedulikan bantahan rakyat terhadap pembinaan Jalan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda.Sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan jalan tersebut dimulakan pada 7 Disember, 2009, sekurang-kurangnya 13 orang penduduk telah menandatangani satu memorandum yang dihantar dan disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Terengganu, Ketua Pengarah JKR Malaysia, Pengarah JKR Trengganu dan disalinkan kepada Pengarah Tanah dan galian Persekutuan, Ketua Umno Kuala Nerus, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan ADUN Teluk Pasu.Namun sehingga kini, pembinaan jalan tersebut tidak ditangguhkan dan kerajaan tidak mengambil sebarang langkah bagi menyelesaikan masalah rakyat."Semakin moden zaman berlalu semakin ramai manusia yang menjadi 'buta' dan 'tuli' akibat mengikut nafsu, slogan 'Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan' hanyalah gimik politik semata-mata, 1Malaysia cuma untuk keuntungan politik Umno dan BN sahaja,"tambah Fakhrul.
26 December 2010
10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat
Aziz Muda(harakahdaily) |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas."Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah."Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan."Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini."Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya.Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat."Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri."Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya."Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya."Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya.Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini."Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya.Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini.Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini."Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya. |
25 December 2010
KERAJAAN TERENGGANU BANKRAP?
Saturday, 25 December 2010 01:43 Wartawan Buletinonline
KUALA TERENGGANU – Banyak penyelewengan yang telah di lakukan oleh Umno dalam pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, politik, dan undang-undang.Ahli-ahli dan penyokong PAS digesa menggunakan isu penyelewengan tersebut bagi membuktikan kepada rakyat bahawa, sudah tiba masanya PAS menggantikan Umno sebagai pemerintah.” Penyelewengan-penyelewengan Umno dalam banyak bidang. Bidang ekonomi, bidang politik, bidang undang-undang dan sebagainya,“maka, kita guna itu semua untuk membuktikan betapa PAS mesti ganti Umno. Sama ada disukai oleh Umno atau tidak disukai oleh Umno,”kata Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib ketika berucap dalam Seminar ‘PAS Ganti Umno’ (PGU), di Kuala Ibai, disini, semalam.
(Gambar - Melempah keluar! para peserta seminar PGU terpaksa mendengar ucapan dan pembentangan dari luar dewan)
(Gambar - Melempah keluar! para peserta seminar PGU terpaksa mendengar ucapan dan pembentangan dari luar dewan)
Menurut Ustaz Harun, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan negeri Terengganu ‘hampir bankrap’ kerana telah membelanjakan wang dengan begitu banyak.“Negeri Terengganu ini duit banyak tapi belanja tidak cukup. Terengganu ini hampir bankrap dan boleh kata bankrap lah". Dalam (pembentangan) Bajet 2011 (di Sidang DUN) baru-baru ini habis pitis (wang) tinggal RM200,000 sahaja,”jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir.Ustaz Harun mendakwa, Umno Terengganu bukan sahaja membelanjakan wang royalti petroleum, bahkan wang dari sumber ‘Kumpulan Wang Disatukan’ juga habis.“Habis pitis (wang) dia buat belanja belaka. Pasal apa pitis itu bukan pitis dia, pitis orang dia buat belanja juga…sebab itu, saya kata kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu ini ‘kemaruk’. ”Pitis royalti (petroleum), pitis itu, pitis ini dia buat belanja belaka, dia panggil pitis Kumpulan Wang Yang Disatukan. Duit ini habis dia belanja tidak ada ‘skepeng habuk’,”selepas itu belanja lagi dia ambil pitis mana, Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan. Wang kita bayar deposit, bayar api, bayar air macam-macamlah. Habis dia ambil dia buat belanja,”tegasnya.Beliau mendedahkan, baki akaun kewangan kerajaan Terengganu sebenarnya tidak ada dan nilai RM200,000 itu wujud apabila dicampur dengan wang dari Kumpulan Wang Amanah Yang Disatukan.
20 December 2010
Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam PR, Anwar Gagal Pilih Calon Berintegriti
Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pembangkang
KEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.
Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.
"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.
"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad
Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.
Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.
Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti.
"Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," katanya.
Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu.
Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama.
"Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga.
"Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya. -mstar
KEPALA BATAS: DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti.
Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.
"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.
"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad
Sepanjang tahun ini, wakil rakyat PKR paling ramai melompat parti termasuk mengakibatkan kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak sepanjang tahun ini.
Dalam pada itu, Karpal membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengendahkan teguran dan amaran pemimpin komponen Pakatan Rakyat khususnya berkaitan pemilihan calon pilihan raya sehingga ada di kalangan pemimpin bertindak keluar parti.
Katanya, kegagalan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menentukan calon yang berintegriti telah merugikan pakatan pembangkang itu hingga menggadaikan penguasaan mereka di Perak selepas Pilihan Raya Umum ke-12.
"Dalam pilihan raya akan datang letaklah calon-calon yang boleh dipercayai serta beritegriti.
"Jangan ulangi kesilapan lalu lagi kerana ia akan merugikan kita," katanya.
Selain itu Ahli Parlimen Gelugor itu turut menegur Anwar mengenai tindakannya menerima penyertaan bekas Pengerusi PKR WilayahPersekutuan, Datuk Zaid Ibrahim dalam parti itu.
Menurutnya, beliau pernah memberi amaran kepada Anwar agar tidak menerima Zaid kerana sudah mengenali latar belakangnya sejak sekian lama.
"Sebelum Zaid sertai PKR, saya telah... bukan tegur, tapi beri amaran kepada Anwar, tapi beliau terima juga.
"Dia (Zaid) tak boleh dipercayai, tapi Anwar tak dengar. Walaupun beliau pemimpin utama dalam Pakatan Rakyat, tapi kadangkala lakukan kesilapan, silap buat keputusan," katanya. -mstar
From :
Negara Islam: Karpal tutup mulut Umno
Nazri Abdullah/harakahdaily 20.12. 2010 |
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat. Sebelum ini, biarpun duduk sebumbung dibawah payung Pakatan Rakyat, isu negara Islam antara yang dilihat masih menjadi tembok pemisah antara PAS-DAP. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pendirian terbaru Karpal itu ujarnya adalah satu kejayaan baru Pakatan Rakyat sekaligus meletakkan keakraban ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP kini pada tahap terbaik. Ketika dihubungi Harakahdaily hari ini, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS mengalu-alukan keterbukaan DAP itu dan melihat ianya satu perkembangan sangat positif dalam Pakatan Rakyat. "Kita sangat alu-alukan kenyataan positif sebegini. Kesediaan untuk berbincang isu negara Islam ini adalah satu anjakan pemikiran besar oleh tokoh DAP itu," katanya. Penegasan terbaru DAP itu juga katanya memperlihatkan komitmen sebenar Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Islam dan apa sahaja yang terkandung dalam Perlembagaan negara. Ianya juga sekaligus menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan menjual Islam dan Melayu jika menguasai pemerintahan negara. Beliau juga yakin, kenyataan Karpal itu akan menutup mulut Umno BN dari terus memanipulasi isu yang sejak dahulu membelengu PAS dan DAP itu, khususnya berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. "Dalam isu negara Islam ini, kita sebenarnya dikelirukan oleh permainan musuh-musuh kita. "Namun keterbukaan Karpal menerima Islam sebagai agama rasmi, memperlihatkan satu komitmen bersungguh-sungguh DAP mempertahan Islam dan perlembagaan negara," katanya lagi. Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas semalam berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang. DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan. Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memaklumkan satu pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu. |
Calon PAS wakili Pakatan di DUN Tenang
Calon daripada PAS akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, sebagai mewakili pakatan pembangkang, kata ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang yang diadakan hari ini.
"Semua pemimpin pakatan juga bersetuju untuk bersama-sama membantu calon yang akan dipilih itu merampas kembali kerusi itu daripada Barisan Nasional," katanya ketika menggulung perbahasan di konvensyen pakatan pembangkang kali kedua di Dewan Millenium, di Kepala Batas.
Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
- Bernama
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama pemimpin pakatan pembangkang yang diadakan hari ini.
"Semua pemimpin pakatan juga bersetuju untuk bersama-sama membantu calon yang akan dipilih itu merampas kembali kerusi itu daripada Barisan Nasional," katanya ketika menggulung perbahasan di konvensyen pakatan pembangkang kali kedua di Dewan Millenium, di Kepala Batas.
Kerusi DUN Tenang kosong setelah penyandangnya Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia Jumaat lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
- Bernama
19 December 2010
INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2
INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2 Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang 19 Disember 2010 Mukaddimah 1. Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian. 2. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009. 3. Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Ketetapan Konvensyen Pertama 4. Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara. 5. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara. 6. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. 7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini. 8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan. 9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum. Firman Allah SWT : Maksudnya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13] 10. Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum. 11. Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah. 12. Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Persidangan Shah Alam 2010 13. Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin. 14. Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Masa Bergerak Ke Depan 15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya. 16. Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti. 17. Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat. 18. Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini. 19. Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang. 20. Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti ‘api dalam sekam’ yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat. 21. Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Perlu muhasabah 22. Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita. Asas perubahan 23. PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita. 24. Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional. 25. Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini. 26. Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini. 27. Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita. 28. Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat ‘defensive’ untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi. 29. Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Persediaan Pilihan Raya 30. Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka. 31. Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah. 32. Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak. 33. Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, 34. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini. 35. Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan. |
PAS sedia letak calon di Tenang
Harakahdaily |
KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS sedia meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor yang akan diadakan nanti. Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau telah dihubungi oleh PAS Negeri Johor yang mahu meletakkan calon di Dun berkenaan. “Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas,” ujarnya. “Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok,” ujarnya pada sidang media di sini, petang ini. |
18 December 2010
Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia
Sumber :http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=1548 |
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!
1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!
2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah jugaPengkhianat Negara!
3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd
DI MANA AKHLAK KITA SEBAGAI MUSLIM?
DI MANAKAH TANGUNGGJAWAB ORANG TUA MEMBENTUK AKHLAK ANAK-ANAK ?
SATU PERTANYAAN
MAHUKAH KITA DIPIMPIN OLEH PUAK SEPERTI INI?
ANAK-ANAK UMPAMA KANVAS
VISUAL TERTERA KERNA PALITAN WARNA AYAH DAN BONDA
YA TUHAN MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA BALA MU
YA TUHAN KAU TAMBAHKANLAH HIDAYAH UNTUK HAMBA MU INI
RUJUKAN : http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/12/bapa-borik-anak-rintik-contoh- keluarga.html
SPR terus membisu selepas 2 bulan bantah
Muhayat Jasmin |
ALOR SETAR, 17 Dis: Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan. Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut. "Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau. Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera. Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru. Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek. Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos. Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos. Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR. Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri. FROM: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29897:bantah-senarai-pemilih-spr-terus-membisu&catid=1:utama&Itemid=50 |
16 December 2010
PAS tak tangguh muktamar biarpun pilihan raya hampir
PAS tidak bercadang menangguhkan muktamar agung parti itu tahun hadapan walaupun pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tak ada sebab PAS hendak berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika dtemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat Kota Bharu hari ini.
Beliau ditanya kemungkinan PAS menangguhkan pemilihan pada muktamar agung parti itu tahun depan, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Umno sebelum ini mengumumkan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual tahun depan.
Nik Aziz juga berkata beliau tidak bercadang untuk meletak jawatan walaupun dilihat sentiasa uzur kerana baginya memegang jawatan menteri besar bukan memerlukan tenaga fizikal tetapi akal fikiran.
Bagaimanapun, katanya, jika parti tidak lagi mahu beliau memegang jawatan itu beliau boleh berundur bila-bila masa.
"Kalau parti suruh saya behenti, hari ini juga saya boleh berhenti," katanya.
Ditanya sama ada sudah ada pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau berundur nanti, Nik Aziz berkata calonnya sudah ada.
"Calonnya ada banyak, kalau dulu pemimpin PAS kita nampak terdiri daripada orang pondok, tetapi sekarang sudah banyak yang mempunyai kebolehan kerana mempunyai kepakaran dalam segenap bidang," katanya.
Mengenai kesihatannya, Nik Aziz berkata, beliau dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan tidak melakukan gerakan melibatkan pergerakan tulang belakangnya dan beliau akan membuat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian esok.
Nik Aziz dimasukkan ke hospital itu Ahad lalu selama tiga hari kerana masalah sakit belakang.
- Bernama
"Tak ada sebab PAS hendak berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika dtemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka dekat Kota Bharu hari ini.
Beliau ditanya kemungkinan PAS menangguhkan pemilihan pada muktamar agung parti itu tahun depan, jika pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Umno sebelum ini mengumumkan keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadual tahun depan.
Nik Aziz juga berkata beliau tidak bercadang untuk meletak jawatan walaupun dilihat sentiasa uzur kerana baginya memegang jawatan menteri besar bukan memerlukan tenaga fizikal tetapi akal fikiran.
Bagaimanapun, katanya, jika parti tidak lagi mahu beliau memegang jawatan itu beliau boleh berundur bila-bila masa.
"Kalau parti suruh saya behenti, hari ini juga saya boleh berhenti," katanya.
Ditanya sama ada sudah ada pengganti yang bakal mengambil alih tempatnya jika beliau berundur nanti, Nik Aziz berkata calonnya sudah ada.
"Calonnya ada banyak, kalau dulu pemimpin PAS kita nampak terdiri daripada orang pondok, tetapi sekarang sudah banyak yang mempunyai kebolehan kerana mempunyai kepakaran dalam segenap bidang," katanya.
Mengenai kesihatannya, Nik Aziz berkata, beliau dinasihatkan doktor supaya banyak berehat dan tidak melakukan gerakan melibatkan pergerakan tulang belakangnya dan beliau akan membuat rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian esok.
Nik Aziz dimasukkan ke hospital itu Ahad lalu selama tiga hari kerana masalah sakit belakang.
- Bernama
MB sumbang sepertiga simpanan untuk parti
KOTA BHARU, 16 Dis: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang akan menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada parti bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan daulah Islamiyah. "Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini. Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, dakwaan berhubung rasuah yang dilempar ke atasnya sebelum ini adalah berpunca dari rasa benci pihak tertentu lantaran kecekalannya memperjuangkan dasar Islam. "Orang tuduh saya kerana benci dengan saya terus memperjuangkan Islam. Tapi, walau apapun, asal kita ini berada pada landasan yang benar, Allah tetap bantu kita dengan kebenaran. "Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keputusan itu," katanya. Semalam, SPRM membuat keputusan menutup kes membabitkan Nik Abdul Aziz yang sebelum ini didakwa menerima wang tajaan RM65,000 untuk mengerjakan haji tahun lalu. from: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29880:mb-sumbang-sepertiga-simpanan-untuk-parti&catid=1:utama&Itemid=50 |
Demonstrasi aman penduduk Ladang
Ingatkah anda posting saya yang terdahulu mengenai kesan rombakan Kampung Ladang?
Kalau anda baca tulisan saya dahulu banyak yang menjadi teka teki kerana saya tidak akan meletak sebarang cerita yang berupa rekaan di sini kecuali didengar serta melihat dengan mata kepala sendiri. Semalam terjawab segala persoalan yang bemain di minda sebelum ini.
Kalau anda baca tulisan saya dahulu banyak yang menjadi teka teki kerana saya tidak akan meletak sebarang cerita yang berupa rekaan di sini kecuali didengar serta melihat dengan mata kepala sendiri. Semalam terjawab segala persoalan yang bemain di minda sebelum ini.
Penduduk setempat yang tinggal di Flat Ladang Gemilang tempat di mana
mereka ditempatkan telah mengadakan demonstrasi aman sempena penyerahan
memorandum kepada YAB Menteri Besar Terengganu bersempena perbahasan
sidang dewan DUN yang sedang berlangsung sekarang. Demonstrasi ini berjalan
secara aman dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku dan berada di bawah pengawasan pihak polis yang beruniform dan tidak beruniform.
mereka ditempatkan telah mengadakan demonstrasi aman sempena penyerahan
memorandum kepada YAB Menteri Besar Terengganu bersempena perbahasan
sidang dewan DUN yang sedang berlangsung sekarang. Demonstrasi ini berjalan
secara aman dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku dan berada di bawah pengawasan pihak polis yang beruniform dan tidak beruniform.
Antara acara yang berlaku adalah kempen tandatangan penduduk tempatan
pada kain banner dan juga ucapan pemimpin yang terdiri dari PAS, Keadilan dan
juga DAP serta wakil penduduk. Daripada apa yang berlaku dapatlah disimpulkan
bahawa ketidakpuasan hati mereka adalah disebabkan oleh ketidakadilan yang
berlaku ke atas mereka oleh kerajaan negeri Terengganu.
pada kain banner dan juga ucapan pemimpin yang terdiri dari PAS, Keadilan dan
juga DAP serta wakil penduduk. Daripada apa yang berlaku dapatlah disimpulkan
bahawa ketidakpuasan hati mereka adalah disebabkan oleh ketidakadilan yang
berlaku ke atas mereka oleh kerajaan negeri Terengganu.
Berikut adalah intipati luahan rasa mereka yang sempat saya dengar
dan patut diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan negeri.
dan patut diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan negeri.
1) Mereka sangat kesal kerana pampasan yang diterima sangat rendah iaitu RM6,000.00 sahaja apatahlagi tanah mereka terletak di dalam pusat bandar dan telah didiami sejak turun temurun.
2) Mereka digesa supaya berpindah serta merta sebelum hari raya puasa yang lalu seolah-olah ada projek yang begitu mustahak ingin dibuat sedangkan sehingga kini tiada apa-apa pun yang berlaku. Mereka meminta agar diberikan sedikit masa untuk berpindah selepas menyambut hari raya tetapi tidak dipedulikan.
3) Mereka dijanjikan sewa beli oleh bekas MB (YB Idris Jusoh) sebanyak RM126.00 sebulan tetapi kini sudah menjadi sewa sahaja dan telah dinaikkan sebanyak RM300.00.
Saya dipelawa oleh salah seorang penduduk di situ untuk melihat sendiri
bagaimana rupa rumah yang mereka duduki. Pada pandangan mata saya
memanglah kecil sekali rumah tersebut dan ruangnya sangat terhad. Tidak banyak
perabot yang boleh diletakkan. Jadi patutlah sesetengah penduduk meninggalkan
begitu sahaja perabot antik semasa berpindah kerana ketiadaan
ruang di dalam rumah.
bagaimana rupa rumah yang mereka duduki. Pada pandangan mata saya
memanglah kecil sekali rumah tersebut dan ruangnya sangat terhad. Tidak banyak
perabot yang boleh diletakkan. Jadi patutlah sesetengah penduduk meninggalkan
begitu sahaja perabot antik semasa berpindah kerana ketiadaan
ruang di dalam rumah.
Bagaimana agaknya kalau keluarga tersebut mempunyai ramai anak?
Bolehkah satu keluarga yang bahagia dapat dilahirkan dengan
keadaan rumah seperti ini?
Bolehkah satu keluarga yang bahagia dapat dilahirkan dengan
keadaan rumah seperti ini?
Semua gambar dirumah ini menggunakan wide angle
sebab itu nampak seolah-olah luas sebab untuk meletakkan semua
subjek di dalam framing. Situasi sebenar rumah ini sempit sahaja.
Harap maklum.
Menurutnya lagi di sini sekarang banyak juga kecurian motosikal berlaku.
Koridornya gelap sekali kerana tiada lampu dibuka walaupun waktu tengahari
dan panas terik. Bagi yang tinggal di lot tengah tiada ruang menyidai baju.
Hanya mampu disidai di tengah-tengah koridor sahaja.
sebab itu nampak seolah-olah luas sebab untuk meletakkan semua
subjek di dalam framing. Situasi sebenar rumah ini sempit sahaja.
Harap maklum.
Menurutnya lagi di sini sekarang banyak juga kecurian motosikal berlaku.
Koridornya gelap sekali kerana tiada lampu dibuka walaupun waktu tengahari
dan panas terik. Bagi yang tinggal di lot tengah tiada ruang menyidai baju.
Hanya mampu disidai di tengah-tengah koridor sahaja.
pihak yang menyelenggara bangunan atau tidak sebab saya sudah nampak
kesan-kesan kekotoran di sana sini serta bau yang kurang menyenangkan di tangga.
Kalau tiada penyelenggaraan jawabnya flat ini akan cepat usang
dan kotor tidak berapa lama lagi.
Pihak penduduk harus peka dalam hal kebersihan dan mesti ada pihak yang
mengambil inisiatif mengatasi masalah ini agar tidak terlambat.
Kalau anda yang menjadi penduduk di situ agaknya apa anda rasa?
kesan-kesan kekotoran di sana sini serta bau yang kurang menyenangkan di tangga.
Kalau tiada penyelenggaraan jawabnya flat ini akan cepat usang
dan kotor tidak berapa lama lagi.
Pihak penduduk harus peka dalam hal kebersihan dan mesti ada pihak yang
mengambil inisiatif mengatasi masalah ini agar tidak terlambat.
Kalau anda yang menjadi penduduk di situ agaknya apa anda rasa?
From : http://exploreterengganu.blogspot.com/
15 December 2010
UMRAH TARBAWI
JOM SAMA BERUMRAH TANDA KITA DAH SEDIA MENGAHDUAHKAN ISLAM DENGAN DARAH NYAWA KITA. IKRARKAN PERJUANGAN DI KAABAH AYUH SAHABATKU
14 December 2010
Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah
Ditulis oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin |
MONDAY, 21 DECEMBER 2009 07:13 |
Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media sosial yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger. Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor. Motto: Allah berfirman dalam Surah al Nur ayat 19: إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لا تَعْلَمُونَ“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersibarnya kebejatan dan kelucahan di kalangan orang yang beriman untuk mereka siksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat. Allah Maha tahu, tapikamu yang tidak tahu.” Pendahuluan Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa, hinggalah kepada Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media social yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger. Melalui blog dan laman peribadi seperti ini seseorang atau malah kumpulan; baik parti mahupun organisasi dapat diruntuhkan pengaruh dan nama baik mereka. Lebih-lebih lagi apabila diangkat dan dihebohkan oleh media perdana dan dijadikan tajuk utama dalam pemberitaan mereka. Memandangkan besarnya pengaruh media baru ini sehingga dia memungkin banyak peristiwa besar boleh berlaku apabila diarah dan dimanfaatkan secara jitu dan sistemetik maka wajar kita membicarakan tajuk ini dengan mengenal pasti apakah yang dimaksudkan dengan blog, apakah kebaikan menggunakan blog, apakah ciri-ciri blog yang baik, etika penulisan blog dari perspektif syara’ dan umum untuk meningkatkan kebijaksanaan masyarakat umum ; khasnya khalayak blogger sehingga kebaikkan dan manfaatnya dapat diraih semaksima mungkin demi kepentingan masyarakat dan Negara. Pengertian Blog Blog adalah kependekan dari Weblog, istilah ini pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger menggunakan istilah Weblog untuk menyebut kelompok laman-laman web (websites) peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan berisi pautan-pautan (hyperlinks) ke laman web lain yang di anggap menarik disertai dengan komen-komen mereka sendiri. Umumnya dalam weblog ia menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah, seperti karya tulis, kumpulan pautan internet, dokumen-dokumen pelbagai format (e.g. Word, PDF, dll), gambar ataupun multimedia dan malah klip video melalui YouTube dan sebagainya Sebenanya blog memuat tulisan tentang apa yang seorang penulis blog atau blogger fikirkan, rasakan, hingga apa yang dia lakukan sehari-hari. Namun blog akhirnya kini menjadi diari atas talian yang dicapai melalui Internet. Apa yang membedakan Blog dari Diari atau Jurnal yang biasa kita miliki adalah bahawa Blog dibuat untuk dibaca oleh orang lain. Kebaikan menggunakan Blog Sebagai sebahagian daripada laman internet yang kini mencapai angka trillion, blog mempunyai banyak faedah. Antara lain ialah: Melalui weblog, kita dapat memperluas hubungan teman/ kenalan hingga dapat membentuk suatu jaringan komuniti yang besar. Weblog melebihi surat elektronik (Email), kerana satu hantaran blog yang anda bahas, dapat dibaca oleh pengunjung blog yang tak terbatas. Beda dengan email yang hanya dapa dibaca oleh orang yang kita kirimkan. Selain itu, pengunjung blog juga dengan cepat dapat memberikan respon terhadap hantaran blog melalui komen yang secara langsung dituliskan di laman blog tersebut. Blog juga boleh memaparkan klip-klip video ceramah, forum, perbahasan atau perdebatan, pengetahuan dan sebagainya; terlepas daripada halangan seperti tauliah, tangkapan , kekangan ruang kuliah oleh JKKK atau ajk masjid dan surau. Bahkan ada blog yang memuatkan permohonan bantuan kewangan berbagai bentuk, bahkan juga iklan-iklan perniagaan yang memberi pulangan lumayan hasil dari jumlah pengunjungnya yang ramai. Ciri-ciri blog yang baik Blog yang dibangunkan dengan baik dan menarik berupaya menarik lebih ramai pelawat dan pembaca. Blog yang baik perlulah memenuhi kriteria berikut (http://www.bestbloglist.com/criteria.php): Estatik Visual – ”Content is King, but Design is Queen”, itulah ungkapan popular dalam menilai sesebuah laman web termasuk blog. Kandungan yang menarik di baca tidak akan dapat menarik pembaca jika ianya dipersembahkan secara tidak terurus dan caca merba. Estatik Visual adalah keupayaan pemilik blog merekacipta dan menyusun struktur kandungan, berserta pilihan warna yang diadunkan secara harmoni dan menarik. Apa yang penting, pembaca merasa selesa dengan keaslian, warna, rekacipta dan cara persembahan kandungan. Mesra Pembaca – Blog yang cantik rekacipta sahaja tidak mencukupi. Ianya juga perlulah Mesra Pembaca. Pertama, pemilihan bentuk fon, saiz fon, perbezaan warna latar dan warna fon hendaklah memudahkan pembacaan tanpa meletihkan mata. Struktur yang baik memudahkan pembaca mencari maklumat, membuat cetakan, menghantar emel, kurang klik, kurang tetingkap iklan popup, dan laju muat turun kandungannya. Seronok Membaca – Blog yang cantik estatik visual, mesra pembaca, seterusnya perlu menyeronokkan pembaca untuk datang selalu ke blog tersebut. Samada kandungan blog itu terlalu santai membincangkan tentang selipar, atau serius membincangkan isu politik, kandungan yang menarik berupaya melekatkan pembaca setia dan baru untuk datang kembali. Blog yang baik perlu ada ruangan feedback, kerana pembaca yang seronok, selalunya mahu memberi maklum balas yang positif mahupun negatif. Blog yang seronok di baca juga adalah blog yang mempunyai nada dan intonasi penulis yang menceriakan apabila di baca. Nada tidak perlu sejuk, kaku atau garang. Maklumat & Fakta yang Berfaedah – Kini, ada puluhan juta blog di internet. Malangnya, kebanyakannya hanya mengulangi atau ”cut & paste” dari blog-blog lain. Blog yang menarik dan menyeronokkan ialah blog yang asli kandungannya, dan memaparkan maklumat dan fakta yang berfaedah walaupun sumbernya dari laman atau blog lain. Kandungan yang asli dan disokong pula dengan maklumat dan fakta menarik dari sumber lain akan memberi kelainan dan keunikan pemilik blog tersebut. Pengalaman Keseluruhan di Blog Tersebut – Blog yang berjaya ialah blog yang ada sinergi yang didefinisikan ” the whole is greater than the sum of the parts”, yang mengadunkan dengan baik estatik visual, mesra pembaca, keseronokan membaca dan memaparkan maklumat & fakta yang berfaedah. Kesemuanya ini menhasilkan satu pengalaman keseluruhan oleh para pembaca di blog tersebut. Etika Blogger Persatuan Wartawan Profesional “Society of Professional Journalists” pernah menggariskan etika blogger secara khusus. Etika ini telah di tokok tambah dan di ubahsuai oleh CyberJournalist.net dan di ketengahkan sebagai berikut: Be Honest and Fair Bloggers should be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information. Bloggers should: Never plagiarize. Identify and link to sources whenever feasible. The public is entitled to as much information as possible on sources’ reliability. Make certain that Weblog entries, quotations, headlines, photos and all other content do not misrepresent. They should not oversimplify or highlight incidents out of context. Never distort the content of photos without disclosing what has been changed. Image enhancement is only acceptable for for technical clarity. Label montages and photo illustrations. Never publish information they know is inaccurate — and if publishing questionable information, make it clear it’s in doubt. Distinguish between advocacy, commentary and factual information. Even advocacy writing and commentary should not misrepresent fact or context. Distinguish factual information and commentary from advertising and shun hybrids that blur the lines between the two. Minimize Harm Ethical bloggers treat sources and subjects as human beings deserving of respect. Bloggers should: Show compassion for those who may be affected adversely by Weblog content. Use special sensitivity when dealing with children and inexperienced sources or subjects. Be sensitive when seeking or using interviews or photographs of those affected by tragedy or grief. Recognize that gathering and reporting information may cause harm or discomfort. Pursuit of information is not a license for arrogance. Recognize that private people have a greater right to control information about themselves than do public officials and others who seek power, influence or attention. Only an overriding public need can justify intrusion into anyone’s privacy. Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity. Be cautious about identifying juvenile suspects, victims of sex crimes and criminal suspects before the formal filing of charges. Be Accountable Bloggers should: Admit mistakes and correct them promptly. Explain each Weblog’s mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers’ conduct. Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas. Deny favored treatment to advertisers and special interests and resist their pressure to influence content. When exceptions are made, disclose them fully to readers. Be wary of sources offering information for favors. When accepting such information, disclose the favors. Expose unethical practices of other bloggers. Abide by the same high standards to which they hold others. Etika blogger ini jika dikaitkan dengan sumber-sumber dalil nas maka kita akan dapati betapa Islam menghargai penulisan dan tanggungjawab menulis atau menuturkan sesuatu samada dengan lisan, tulisan atau imej dan sebagainya. Allah berfirman dalam Surah al Qalam ayat 1: ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ “Nun demi pena dan catitannya.” Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa ; مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ “Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” . Dalam Surah Yasin ayat 65 Allah menegaskan: الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ “Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.” Ini bermakna penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya. Seorang penulis blog umpamanya mestilah: Mengikhlaskan niat menulis kerana Allah. Tulisan kerana Allah menghalakan kandungannya kepada suatu yang benar, betul dan berfaedah. Niat berkenaan mengangkat martabat penulisan itu sebagai ibadah yang diganjari oleh Allah dengan pahala dan kebaikan. Penulisan itu mestilah menyebarkan nilai-nilai kebenaran dan kandungan ayat dan wahyu agama. Ia wajar menampilkan saranan yang berguna dan tidak bersifat munkar dan fahsya’. Penulis blog perlu memainkan peranan sebagai penyeru ke arah kebaikan atau al Aamir bil ma’ruf dengan kepintaran berbahasa, mengadun warna atau imej grafik yang bernilai tinggi, menampilkan blog yang mesra pembaca dan sebagainya. Penulis blog juga perlu melaksanakan tugas nahy ’anil munkar. Mencegah kecenderungan ke arah kejahatan serta meminggirkan pautan-pautan buruk yang boleh menyeret muda mudi serta pengunjung blog ke laman-laman web lucah dan porno. Sebagai pemangkin kepada reformasi pemikiran, sosial, politik , ekonomi dan budaya maka bloger perlu mempersiapkan diri dengan ilmu serta keupayaan kepimpinan setakat yang terluang oleh persekitaran. Tidak menggunakan blog untuk memfitnah dan menganiayakan orang lain, mencerca dan sebagainya. Video Mengenai ”Ethical Blogging” di YouTube Pengetahuan mengenai menulis blog secara beretika adalah masih kurang dikalangan penulis-penulis blog di Malaysia. Beberapa video mengenai Menulis Blog Secara Beretika boleh dicapai melalui portal YouTube dari alamat-alamat berikut: http://www.youtube.com/watch?v=iaztftmd-pM http://www.youtube.com/watch?v=zEpcy3DtPKo http://www.youtube.com/watch?v=joBN3SbD2L0 http://www.youtube.com/watch?v=IEfaKzujCxA http://www.youtube.com/watch?v=rO0FyudvYK0 Beberapa Saranan Penerimaan Blog dan media baru yang dapat menyalurkan maklumat kepada ratusan ribu atau jutaan orang dalam masa yang amat singkat, menimbulkan cabaran dan ancaman baru kepada ahli dan pimpinan PAS. PAS tidak boleh lagi memantang enteng kesan dan impak dalaman dan luaran ekoran dari kepantasan komunikasi dan maklumat yang disalurkan portal media sosial di kalangan ahli dan pimpinan PAS yang kian meningkat. Lajnah ICT PAS Pusat (LICTPP) yang diamanahkan untuk memantau perkembangan dunia siber ini telah menyarankan tiga (3) langkah jangka panjang yang boleh dijadikan polisi dan garis panduan dalam memanfaatkan komunikasi dan sebaran maklumat secara pantas dengan lebih bertanggung jawab dan berhikmah dalam konteks Parti Islam Semalaysia (PAS): Tanggung Jawab Kepimpinan dalam Memanfaatkan ICT dan Media Baru – Kepimpinan dan ahli-ahli PAS perlulah memikul amanah dan pertanggung jawaban dengan apa jua maklumat yang berpunca dari diri mereka. Kepimpinan terutamanya, akan tetap memikul tanggung jawab kepimpinan walaupun penulisan peribadi mereka, samada di tulis sendiri atau melalui wakil, telah dipapar dan disebarkan melalui media baru seperti blog dan Facebook. Masyarakat melihat dan menerima penulisan kepimpinan sebagai mewakili organisasi walaupun ditulis atas kapasiti peribadi. Memanfaatkan Laman Web Rasmi PAS untuk Sebaran Maklumat Rasmi Organisasi – LICTPP telah sekian lama mewujudkan platform dan laman web rasmi parti di alamat web ”pas.org.my”. Namun, platform dan laman web rasmi PAS ini telah tidak dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh kepimpinan PAS di semua peringkat. Penyebaran maklumat melalui laman web rasmi ini boleh disebarkan dengan lebih bertanggung jawab dan terurus, melalui proses penyebaran yang selamat. Memantau Saluran Media Baru demi Mengurangkan Mafsadah dan Fitnah – LICTPP meyakini ungkapan berikut, ”Miscommunications Breed Wrong Perceptions”, boleh menimbulkan pelbagai mafsadah dan fitnah sebagai sebahagian mehnah perjuangan di era maklumat ini. Maka, sudah tiba masanya untuk diwujudkan satu badan ”New Media Watch” yang memantau saluran-saluran media baru (seperti blog dan media sosial) agar kandungannya dipastikan menguntungkan perjuangan Islam itu sendiri. Penutup Sebenarnya untuk merumuskan satu etika blogger muslim yang baik satu seminar atau bengkel khusus para blogger perlu dianjurkan untuk diperincikan dengan menyeluruh etika berkenaan serta dibahas dan dirumuskan secara jama’i sehingga dapat diguna pakai oleh khalayak blogger muslim yang multazim dan berbudi mulia. Keperluan mengadakan kod etika penulisan blog sangat penting demi meningkatkan kewarasan dan kebijaksanaan umat dalam berinteraksi dengan wahana informasi global yang berpengaruh ini. Meskipun kita tidak memiliki kuasa bertaraf dunia untuk mengawal selia kandungan wahana ini secara global namun kita boleh menjadi pengguna yang proaktif dan resfonsiv sehingga kebaikannya dapat diserlahkan demi kepentingan orang ramai. Dalam masa yang sama harus disedari bahawa teknologi informasi dan komunikasi terus berkembang dengan pesat dalam pelbagai bidang. Para bloger muslim perlu mengikuti serta menguasai teknologi terkini dengan keupayaan pembalajaran secara gigih dan berterusan. Kaedah kaedah baru dari sudut video editing serta kaedah menyematkan klip video dalam laman blog mungkin akan menyebabkan blog seseorang lebih diminati pengunjung.Ini harus seiring dengan usaha mereka mencorakkan hasil usaha mereka dengan ciri dan nilai-nilai keislaman. Dengan pembaharuan yang berterusan kita mungkin dapat menghalakan salah satu jalur globalisasi ke arah yang menguntungkan Islam dan menyemarakkan dakwah. Pertarungan sekarang ialah bagaimana kita boleh memenuhkan sebanyak mungkin ruang siber dengan bahan-bahan yang berguna, mulia dan lohor demi membangun jati diri umat dan memperkasa sahsiah Islamiah, bahkan manusia seluruhnya agar mereka tidak tenggelam dan hanyut dalam arus pemodenan negatif serta globalisasi yang tidak menguntungkan diri, umat dan negara dalam jangka panjang. Wallahu a’lam Ustaz Abdul Ghani Samsudin Meru 13 Dec.09 ————————————————————- Kertas kerja ini dibentang bersempena Konvensyen Blogger PAS, 20hb disember 2009, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak Selangor. |
Subscribe to:
Posts (Atom)