PENGUMUMAN


widgets

30 April 2011

TERIMA KASIH USTAZ AZHAR

 USTAZ AZHAR SEDIA BICARA

 HADIR MEREKA UNTUK ILMU

BERSIPUH DEMI KEREDHAAN ALLAH

29 APRIL 2011 - Surau Al Khautsar Pasar Maras telah dihadiri oleh Ustaz Azhar Idrus melangsungkan kuliah maghrib. Kariah surau teruja kerana menerima kedatangan seorang insan yang tidak kenal penat lelah menegur,menasihat dan membimbing masyarakat. Luar jangkaan,pendengar kuliah menghampiri 1000 orang. Semua yang hadir terusik dalam sedar akan huraian ustaz tentang sikap orang melayu yang suka bercerita tentan keburukan orang lain. Ustaz juga memberi jawapan yang tegas terhadap persoalan menghadiri atau meraikan majlis pemimpin yang zalim. Katanya terjual agama kerana meraikan pemerintah yang zalim. Apa pun kariah surau Al Khautsar amat berharap Ustaz Azhar akan datang lagi ke Maras demi melihat syiar Islam di atas syiar puak munafiq. Hadirnya Ustaz Azhar disusuli kehadiran hujan kerahmatan daripada Allah untuk semua makhluk Allah di Maras. Sudah seminggu hujan tidak turun. Semalam rezeki Allah kunjung tiba untuk semua.Allahuakhbar!

25 April 2011

KASE sambut baik mansuh saman ekor


KUALA LUMPUR, 25 April: Kempen Anti Saman ekor (KASE) menyambut baik pengumuman polis untuk menghentikan saman ekor di samping mendesak polis agar turut memansuhkan segala saman ekor yang telah dihantar kepada pengguna jalan raya.

Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pengumuman polis itu membuktikan apa yang diperjuangkan pihaknya selama ini benar dan kini ia disahkan oleh pihak polis sendiri kerana sistem itu gagal mendidik pengguna.

Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN), Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi menggunakan kaedah menyorok di belakang tiang dan belukar dalam mengendalikan operasi perangkap laju di jalanraya membuka pekung mereka sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman itu membuktikan tindakan tersebut gagal mendidik pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah.

Mahfuz berkata, pengumuman itu sekaligus mengesahkan perjuangan KASE yang menuntut saman ekor dihapuskan.

"KASE menyambut baik pengumuman ini kerana ia bukan sahaja lebih efisyen dan telus malah boleh menyelesaikan masalah-masalah lain seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu dan secara tidak langsung mendidik pengguna jalanraya supaya memandu dengan berhemah.

"Pengumuman TKPN tersebut juga telah membuka pekung mereka kerana jelas selama ini mereka melakukan tindakan secara tidak wajar," kata beliau kepada Harakahdaily.

Undang-undang dan peraturan ujar Mahfuz, bukan untuk mengenakan mana-mana pihak tetapi  bertujuan mengawal keharmonian dan keselamatan masyarakat.

Meskipun menyambut baik pengumuman tersebut, KASE tetap mempersoal kelambatan PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyedari tindakan mereka selama ini tidak efisyen sebaliknya menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya.

"Persoalannya, kenapa setelah lebih dua dekad baru PDRM menyedari bahawa tindakan tersebut tidak cekap, tidak efisyen malah telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna jalanraya?

"KASE berasa amat malang mempunyai agensi penguatkuasa yang lembab dalam mengenalpasti cara perlaksanaan undang-undang dan peraturan. Setelah berapa banyak rakyat disusahkan dan dipaksa membayar kompaun tanpa sebarang bukti kesalahan, barulah PDRM sedar tindakan tersebut tidak efisyen dan mengumumkan tidak akan digunakan lagi. Kenapa baru sekarang mereka sedar?" soalnya.

Hapus kira saman ekor terdahulu

Naib Presiden PAS itu turut mempersoal status saman ekor yang terpaksa dibayar pemilik kenderaan setelah gagal memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Beliau mendesak saman yang dikeluarkan sebelum pengumuman ini dibuat dihapus kira keran aianya dikeluarkan secara tidak telus dan menyalah gunakan peraturan jalan raya.

"Apakah status saman-saman ekor yang sudah dibayar ekoran paksaan PDRM dengan ugutan menyenarai hitam pemilik kenderaan? KASE berpendapat bahawa saman-saman ekor yang dikeluarkan dan terdapat di dalam sistem PDRM sebelum pengumuman TKPN dibuat hendaklah dihapuskira," katanya.

Selain itu, KASE juga menuntut penjelasan PDRM dan JPJ berkaitan proses penguatkuasaan perangkap had laju yang mula berkuat kuasa Februari lalu yang menggunakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikendalikan oleh dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.

"Pengenalan AES melalui APJ 2010 ini menggambarkan bahawa semua perangkap had laju akan dikendalikan hanya oleh dua syarikat swasta ini. Apakah status saman-saman yang dikeluarkan oleh PDRM sejak 1/2/2011 ini?

"Tidakkah ianya bertindih dengan AES? Penjelasan perlu diberikan supaya tidak ada penguatkuasaan bertindih dilakukan di mana pengguna akan terbeban dan dizalimi. Adakah dengan pengenalan dan perlaksanaan AES ini bermaksud PDRM tidak lagi menjalankan operasi perangkap hadlaju? soalnya.

Sehubungan itu tegas Mahfuz, KASE terus mendesak kerajaan menghapus kira saman-saman ekor yang lama dan seterusnya memperbanyak kempen penerangan berkaitan AES dan juga kesan Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 kepada rakyat keseluruhannya.

"KASE berpendapat APJ 2010 yang diperkenalkan masih tidak difahami oleh rakyat. Bagaimana hendak kuatkuasakan undang-undang jika rakyat tidak pernah diberikan pemahaman dan maklumat,"
katanya.


drpd: harakahdaily

20 April 2011

BUKTI PRU 13 MENGHAMPIRI

MB LAWAK SEMALAYSIA

BUKTI SATU
Baru je buat kenyataan di Besut pada 18 April 2011kerajaan BN Terengganu (Bahang Neraka) akan berikan tanah untuk kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan. Baik benar muka pembohong ni. Percayalah Mat Kijal ni berlakun je baik. Macam mana cerita Mat Kijal ni tipu penyewa rumah di ladang Terengganu.? Yang bodoh akan ditipu oleh pemerintah yang zalim. Percayalah Mat Kijal ni akan mengeluarkan kenyataan kedua iaitu semua boleh isi borang tapi kelulusan hanya akan diberikan selepas BN( Bahang Neraka) menang PRU 13 nanti.

KHAZAN KORUN BATU RAKIT

BUKTI DUA
Yb paling alim dan ahli syurga di kalangan YB UMNGOK nih telah memanggil semua guru yang pro UMNGOK dalam DUN Batu Rakit berjumpa di Permai Inn. Tak silap 18 April 2011. Baik betul korun batu Rakit ni. Kalau tak tiba musim PRU khaik tuih Korun ni nak belanja cikgu. Pemuda-pemuda DUN Batu Rakit bagai kucing kerong kelaparan yang tiada tuan.


BUKTI TIGA
Sekarang JKKK tengah syok memberi wang bantuan baju sekolah. Pelikkan tengah-tengah tahun kemarau  jit ni, tiba-tiba bagi baju hujan. Nampaklah sangat UMNGOK nih. Pancing undi ngan benda aje. Sayang ramai lagi yang termakan umpan dan mat kail umngok nih.

TAPI AIMAN TAK KISAH
AIMAN TAHU ORANG DUN BATU RAKIT DAH SIAP SEDIA SERANG UMNGOK BESAR-BESARAN. HA HA HA PELURU DAH LEBIH BEKALAN. MUSUH SENDIRI PULAK BERI PELURU. TUNGGU ISYARAT DARIPADA ALLAH JE SERANG UMNGOK.
ALLAHUKAHBAR!  ALLAHUAKHBAR!  ALLAHUAKHBAR!