PENGUMUMAN


widgets

10 September 2012

Bukti Dua: YB Batu Rakit Terengganu terhebat dan iman tertinggi


Tawaan jutawan segera
Terkini : Dek kerana Yb Batu Rakit yang amat disayangi oleh banyak cawangan dalam Dun Batu Rakit(ketua cawangan yang sayang) maka digemburkan akan jadi calon DUN Batu Rakit sekali lagi. Yang seronoknya ada saingan yang amat tak berahi akan YB Batu Rakit yaitu Dato' Man Mat Yasin(rumah banyak kereta dekat selekoh nak pergi Kg Darat Batu Rakit). Dua-dua ni dah mula perang. YB yang ada guna berita hairan puji melambung.Dato' Man Mat Yasin menyelinap dalam kampung-kampung. Seronok sangat. Yang paling seronok ada hero baru timbul.Penyelamat keadaan. Nak tahu siapa? Siapa lagi kalau bukan SU politik PM kita Dato' Jailani tulah.
Dato' ini dah kecor beritahu orang dia masuk Batu Rakit atas pakcage MB baru selepas pru 13. Hah ,tu dio ni baru yo lo!. Jadi calon Dun Batu Rakit. Menang terus jadi MB. Leleh air YB Khazan sekarang ngan Dato Man. Tengok gambar bawah siapa lebih hensem.

Hensem budak ni


07 September 2012

Bukti Satu: YB Batu Rakit terhebat iman yang tertinggi

        Ya memang YB Khazan yang paling beriman dalam umngok terengganu ni hebat. Tukang kumpul hartanah no satu. Dia dapat tanah yang elok-elok. Berita terkini rakyat terutamanya di Kg.Maras hari ini ada yang tak dapat surat kelulusan mohon tanah Bukit Maras. Yang menariknya ada orang Kg.Maras tak dapat tapi orang dari Kg. Padang air dapat(ini cakap-cakap orang kampung). Kata mereka orang Padang Air tu biras JKKK Kg.Wakaf Catur Kg. Maras. Orang Kg. Maras betul kempunan. Jenis pelahap tanah tak kira tanah bukit berbatu pun kroni yang dapat. Tak tahulah Khazan Che Mat Oi.

KAMI AKAN SUSULKAN BUKTI KEDUA KHAZAN YB BATU RAKIT MEMANG HEBAT

25 August 2012

PAS RAI MAHASISWA BARU DUN BATU RAKIT


Kehadiran Tetamu



Pemakluman kehadiran



Siswa dan sumbangan



Siswi dan sumbangan



Menjamu Selera



Ghani Ambak motivator
Siswi dan pimpinan

Siswa dan pimpinan



25 OGOS 2012 - Badan Kebajikan Batu rakit dan  PAS Dun Batu Rakit telah mengadakan majlis ramah mesra bersama-sama mahasiswa/siswi baru Dun Batu Rakit. Seramai 63 orang mahasiswa/siswa telah dapat dikesan untuk diberi bantuan berupakan wang bernilaia RM 100.00 seorang. Sumbangan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan kewangan persiapan masuk menara gading.
                           Majlis ini turut menjemput Tn.Hj.Ghani B. Ambak sebagai motivaotr jemputan. Motivasi berkaitan peranan dan tangunggungjawab siswa telah disentuh. Antaranya mengajak siswa sentiasa istiqomah dalam pembelajaran sebagai bekal untuk berbakti kepada Islam,bangsa dan negara.Manakala Ustaz Nazari Tim. Pengarah MTD Batu Rakit amat berharap ilmu yang dipelajari mampu memberi manfaat dunia dan akhirat. Ustaz Fauzi Muda selaku YDP PAS Kawasan Setiu menyatakan semua aktiviti yang dijalankan oleh PAS atau badan-badan di bawah PAS merupakan satu usaha awal dan rancak dilaksanakan demi menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan.
                           Sambutan orang ramai amat memuaskan, kehadiran tetamu melebehi jangkaan 150 orang. Ibu dan bapa yang hadir turut bersyukur kerana sumbangan ini telah memberi gambaran jelas bahawa PAS bukan sahaja parti dan badan dakwah tetapi juga badan kebajikan yang adil dan memberi kepada yang sepatutnya. Pihak PAS amatlah mengharapkan majlis seperti ini menjadi acara tahunan demi kelangsungan pembelajaran anak-anak.