PENGUMUMAN


widgets

04 June 2011

DATA DAN FAKTA DUN TERENGGANU

WISMA DARUL IMAN(FOTO BULETINONLINE)
 
STATUS HALAL DAN HARAM HOTEL DI TERENGGANU
SUMBER: Unit Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu
1.  5 buah hotel sahaja dari 52 buah hotel yang mempunyai sijil halal di seluruh negeri  Terengganu.
2.  47 tidak mempunyai sijil halal.Kelima-lima buah hotel tersebut semuanya beroperasi  di Kuala Terengganu.
3.  2 buah restoran sahaja diseluruh Terengganu yang dikeluarkan Sijil Pengesahan Halal .


BERNIKAH DAN CERAI
10% atau 1, 315 daripada 10,524 pasangan yang bernikah telah bercerai di seluruh negeri Terengganu (2010)

DEFISIT(BERKURANGAN) MENINGKAT 50%
Defisit Akaun Yang Disatukan meningkat 57.4% daripada RM424,963,971 pada 31 Disember 2008 kepada RM669,010,087 pada 31 Disember 2009

SUMBER UTAMA
SIDANG DUN TERENGGANU

31 May 2011

IJN Terengganu; Ahmad Said tipu rakyat dua kali



KUALA TERENGGANU - Sekurang-kurangnya dua kali pada dua tempat berbeza, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said telah berbohong kepada seluruh rakyat Terengganu.

Bernama pada 10 Julai, 2010 melaporkan, Institut Jantung negeri Terengganu dijangka mula beroperasi tahun depan (2011) sebaik sahaja proses pengubahsuaian bangunan Strawberry Kijal Resort Apartment di Senajang Teluk selesai.

Ahmad Said berkata proses pengubahsuaian bangunan yang telah dibeli oleh kerajaan negeri itu dijangka dilakukan dalam tempoh sebulan dua lagi.

“Selain menempatkan institut jantung, kami juga bercadang untuk menempatkan dua lagi pusat perubatan iaitu institut kanser dan institut strok,” katanya ketika berucap pada sambutan hari guru peringkat Kemaman.

Manakala pada 28 Sept, 2009, Unit Komunikasi Kerajaan (UKOM)Terengganu menerbitkan satu berita bertajuk “Institut Jantung Terengganu Beroperasi Tahun Depan”.

“yang miskin dan kurang bernasib baik khususnya yang menghidap penyakit jantung, kanser dan strok lebih terjamin apabila Institut Jantung Terengganu bakal beroperasi pertengahan tahun depan,”kata Ahmad pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi serta Anak Terengganu di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur

Jawapan rasmi kerajaan pada Persidangan Yang Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu pada 9 hingga 12 Mei 2011 lalu mendedahkan pembohongan ‘bersiri’ Ahmad Said.

Jawapan soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar telah membocorkan 'kelentong' Ahmad Said mengenai mengenai Strawberry Park didakwa Ahmad akan dijadikan Institut Jantung Negeri Terengganu.

Hakikatnya, pada jawapan bertulis kerajaan menjelaskan bahawa Strawberry Park di Kijal dibeli oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) dengan harga RM27 melalui perjanjian jualbeli pada November 2009.

Manakala, cadangan menjadikan Strawberry Park sebagai Institut Jantung negeri hanyalah masih di peringkat “perancangan”.

Sumber: Buletinonline

28 May 2011

TERIMA KASIH KERAJAAN PULAU PINANG

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

28 MEI 2011 - PAS Cawangan Maras DUN Batu Rakit Terengganu  mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan istimewa yang diberikan oleh Kerajaan Pulau Pinang semasa kami menjadi tetamu di Pulau Pinang pada 27 Mei 2011. Kami disambut mesra oleh Pegawai-pegawai Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kami sempat mendengar penerangan daripada TKSU Kerajaan Pulau Pinang dengan panjang lebar berkaitan misi dan visi Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Paling menarik rombongan ini telah dibawa melawat Kg. Sungai Ara yang jelas menunjukkan orang Melayu di Pulau Pinang tidak dipinggirkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Kami yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah Pulau Pinang dengan penuh kesentosaan.

MEMORI LAWATAN PAS CAWANGAN KE PULAU PINANG

DISAMBUT MESRA OLEH DUN PULAU PINANG

DAPATKAN PAS KEBENARAN MELAWAT

PENGERUSI DHPP PULAU PINANG MEMBERI PENERANGAN

BERJALAN KE DEWAN DUN PULAU PINANG

TAKLIMAT TKSU PULAU PINANG