PENGUMUMAN


widgets

29 December 2012

Seteru YB Khazan,Wan Khairul Calon DUN Batu Rakit PRU 13 ?

Kerul

29 Disember 2012 - Diberitakan apakah benar atau tidak Wan Khairul Ketua JKKK Panchur Kuin Batu Rakit merupakan calon pilihan PM  yang sah untuk umno di DUN Batu Rakit. Kalau benar ceritera rakyat, calon ini setiap hujung minggu ke Putrajaya melobi PM untuk jadi calon. Dan nampak gaya memang dia ni gila jadi calon. Pembantu PM namanya A...m adalah agen melobi untuk dia ni. Kalau betul berita ini memang seronok. Inilah calon yang kita nanti. Hu hu hu kasihan calon pilihan PM ni.

24 December 2012

Bukti umno takut hilang undi di felda(video)


Kita cabar umnuuu kalau mereka rasa mereka masih berpengaruh di felda bubar parlimen segera. Ada Najib berani?

21 December 2012

Ikan Salai : Akrab Jemaah DUN Batu Rakit

 
21 DISEMBER 2012 - PAS Cawangan Kg Lingai Dun Batu Rakit telah mengadakan jamuan akrab jemaah dengan berlaukkan ikan salai. Ini merupakan aktiviti utama PAS Cawangan Kg. Lingai bila tiba musim tengkujuh. Ikan haruan dan ikan bujuk disalai dengan resepi rahsia Linga Salai menjadi tarikan kepada orang ramai. Jamuan hari ini telah dihadiri lebih daripada 200 orang. Jamuan kali juga amat ceria dengan kehadiran Ustaz Fauzi YDP PAS Kaw. Setiu dan  Tn. Hj. Ghani Ambak Mantan Ahli Parlimen Setiu.  Ini semua  petanda Kg. Lingai selama ini antara peti undi  utama UMNO akan bertukar peti  undi kepada selamat buat PAS. Insya Allah. 


Sekitar jamuan Akrab Jemaah Kg Lingai

YDP Setiu Ustaz Fauzi
Ghani Ambak dan Ustaz Nik Razin
Ghani Ambak tetap sempoi

Anak muda ceria

Timbalan Exco Agama Terengganu Gagal Menjawab Soalan Ketua Cawangan PAS(video)


KUALA NERUS - Timbalan Exco Agama kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu YB Ramli Nuh gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Cawangan PAS Bukit Berangan, Haji Awang Yaakub. Pada 11 Disember lalau, Haji Aang yang dikenali sebagai 'Pak Zar' telah menyoal Ramli Nuh secara langsung ketika Ramli Nuh sedang berucap pada satu Majlis pemberian baucer 'Wang Ehsan' di kampung terbabit. Menurut Pak Zar, beliau terpanggil untuk mmengemukakan soalan mengenai kezaliman Umno apabila dicabar secara terbuka oleh ADUN Tepoh terbabit. "saya bukan mahu mengganggu majlis itu, tapi dia cabar dalam ceramahnya dua tiga kali, mana orang PAS? Tolong beri tahu di mana zalimnya Umno, jadi saya pergi tanya,"kata Pak Zar. Katanya Ramli Nuh bukan sahaja melontarkan cabaran bahkan membuat pelbagai tohmahan serta tuduhan yang tidak benar. Antaranya, kata Pak Zar, Ramli Nuh menuduh PAS hanya berkata mahu melaksanakan Islam tetapi berkawan dengan orang-orang bukan Islam yang tidak mahu Islam. Selain itu, menurut Pak Zar, Ramli Nuh juga berkata PAS kini menjadi 'keldai tunggangan' DAP dalam pemuafakatan Pakatan Rakyat. Oleh itu, kata Pak Zar, beliau bertanya dan meminta penjelasan Ramli Nuh tentang dengan ayat al-Quran yang menegaskan, barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, mereka adalah orang-orang yang zalim. Namun, bukan sahaja tidak ada jawapan yang diberikan oleh Ramli Nuh berkenaan persoalan tersebut, bahkan, menurut Pak Zar, Ramli Nuh melencong kepada perkara-perkara lain. Sumber

12 December 2012

YB Khazan :Saya memang ada tanah banyak(12 lot) dan nak lelong RM 1.5 juta


Mohon dengar sampai habis.Rakaman diambil ketika Yb Khazan berceramah di Maras Batu Rakit pada 6 Disember 2012 Kesimpulannya : 1. Yb Khazan memang banyak tanah selepas jadi YB. 2. Yb. Khazan juga terlibat dengan riba ketika membeli tanah pada tahun 1998?. Exco agama yang ada tanoh dengan sumber haram.(Moga2 pinjaman dengan public bank tu cara ISLAM). 3. Yb. Khazan memang kaya raya kerana sanggup membeli tanah yang dilelong bank. 4. Yb. Khazan rela rakyat miskin asalkan dapat bina rumah jutaan ringgit. Rumahnya di Kg. Alor Jambu Padang Nenas. 5. Benarlah salinan senarai tanah yang diedarkan sebelum ini. Bukan fitnah tapi kenyataan Yb. Khazan memang hartawan.Rujuk rajah di bawah:
*** Kekayaan Yb. Khazan hadir selepas jadi YB. Sebelum itu hanya pakai selipar cap ayam aje. Rakyat memang layak tegur YB kerana mereka dipilih untuk tolong rakyat tapi bela perut pedal dia yang busuk sampai ke usus.

07 December 2012

Panazz! ! Hasan Ali (Pok Chang) pimpinan umno Kuala Nerus tuduh DAP anti Islam dan Melayu(audio)


Hassan Ali atau panggilan manjanya Pok Chang gagap telah menuduh DAP anti Melayu dan anti Islam semasa berceramah di Kg Maras Batu Rakit Kuala Terengganu. Ceramah ini berlangsung pada 6/12/2012 Khamais malam Jumaat. Dengar baik-baik ucapan Pok Chang nih. Boleh report polis tak kalau macam ni?

19 November 2012

Dr Maza: Boleh doa celaka untuk orang islam yang jahat(UMNOlahtu) VIDEO


Memang cetek ilmu otak ustaz umno. Jelas ustaz Apandi ni kaki ustaz pong tayar. Sudahlah umno perguna ISLAM untuk kukuhkan munafiq mereka.

17 November 2012

SEKITAR KHATAN PERDANA BATU RAKIT







GHANI AMBAK :  PERASMI




SOKONGAN KELUARGA

KENANGAN BERSAMA
17 NOVEMBER 2012 - Badan Kebajikan Batu Rakit terus berbakti kepada rakyat di Dun Batu Rakit. Majlis Khatan Perdana 2012 ini telah disertai 60 orang peserta. Kehadiran peserta kali amat membanggakan walaupun pada masa yang sama umno juga mengadakan majlis khatan. Mengikut Tn.Hj. Shamsuddin Wahab selaku Pengerusi Badan Kebajikan Batu Rakit majlis khatan ini merupakan salah satu cara yang sedang dipraktikkan oleh PAS untuk melaksanakan Negara Berkebajikan. Paling utama PAS bukan sahaja sebuah parti politik tetapi juga merupakan satu badan kebajikan yang berkhidmat untuk keselesaan rakyat. Tn.Hj Ghani Ambak (bekas MP Parlimen Setiu) dalam ucapan perasmian amat yakin PAS adalah sebuah parti atau jemaah ISLAM yang benar-benar menepati kehendak ISLAM. Beliau mengucapkan tahniah kepada MTD Batu Rakit kerana berjaya membentuk satu gerakan kebajikan yang menepati ajaran ISLAM. Beliau amat berharap agar terus dapat bersama-sama rakyat di Batu Rakit untuk membantu selagi berdaya.

11 November 2012

UMNO Terengganu mahu rampas Tanah orang Melayu


Baca sini Itulah UMNO hanya tahu khianat bangsa sendiri. Kalau CSL(MCA) Raja porno dibela. Orang Melayu Setiu terus dirampas hak mereka. Tolak umno.

05 November 2012

Boom!!!! Calon baru YB Batu Rakit ancaman YB Khazan

Khazan dan Wan Khairul(geng setan yang dikenali)
5 November 2011 - Wan Khairul yang merupakan Pengerusi JKKK Panchur Kuin Batu Rakit adalah orang yang paling layak lawan YB Khazan dalam pencalonan YB DUN Batu Rakit PRU 13 nanti. Ya memang betul. Wan Khairul ni orang Mat Jidin Ketua Bahagian umno Setiu. Atas alasan ini Wan Khairul dan berangan-angan jadi YB Batu Rakit. Apa tidaknya bendera BN dah jadi macam pagar lembu kat rumah dia. Lagi pun Wan Khairul rasa memang patut dia jadi calon sebab dia juga Pengerusi PIBG SK Bukit Cempaka. Tengok dalam gambar di atas nampak baik semua(program sk Bukit Chempaka). Hakikatnya kalau Wan Khairul anjur program sebulu roma pun dia tak ajak YB Khazan hadir. Yang hadir tu siapa lagi kalau tidak Mat Jidin. Inilah umngok selalu berebut dunia. Nampak dua-dua  tu alim tapi satu alim hentam tanah rakyat. Satu alim hutang projek bertempek-tempek. Calon baru tu nampaknya dah mula main kotor.Benarlah umno itu tong najis dan setan yang dikenali. Siapa masuk mesti makan najis bersama-sama umno.  Dan paling teruk dengan calon baru ni dia pernah berkata ayahandanya(bekas YB Batu Rakit) pernah bertitah sokong umno itu satu dosa. So calon baru tu tengah tempah dosa-dosa dalam umno. Dan lagi Yb Khazan adalah penentang kuat Mat Jidin so bye-bye untuk Khazan(adik angkat natang DERIS JUSOH) yang bermusuh jua dengan Mat Said MB ZOO Kijal tu.

Inilah berita yang hangat jadi bualan orang kampung. kami persembahkan satu analisis untuk memudahkan pengundi cari alasan tolah UMNGOK sokong Pakatan Rakyat.

20 October 2012

ABBY ngerikan UMNO Batu Rakit TRG

 
 
19 OKT 2012 -  Sekali lagi DUN Batu Rakit digegarkan dengan sesi serangan maut. ABBY ABADI telah turun berkempen membantu PAS DUN Batu Rakit ranapkan lagi kubu-kubu umno di DUN Batu Rakit. Sesi pertama ialah Sepetang Bersama ABBY di Kg Kubur Timah merupakan aset umno. Ternyata aura ABBY telah berjaya menarik minat pengundi Kg. Kubur Timah untuk mendengar dan melihat sendiri mengapa dan bagaimana ABBY telah bersama-sama PAS memperjuangkan ISLAM.
 
 
SEPETANG BERSAMA ABBY
Disambut mesra
 
Tak loket tenaga
 
Berujar mesra


Peminat hadir dengan ceria
 
 
 
Sesi kedua ABBY telah menjadi jemputan Badan Kebajikan Batu Rakit sempena Makan Malam untuk dana Badan Kebajikan Batu Rakit. 20 buah meja telah ditempah dan berjaya memungut sumbangan sebanyak RM 10000.  Pihak MTD bersyukur dengan penghijrahan ABBY bukan sahaja memberi kesedaran kepada ramai orang tapi turut membantu dalam amal kebajikan.
 
 
MAKAN MALAM BERSAMA ABBY
 
Makan malam dan menderma
ABBY dan penderma
 
Sesi ketiga ialah sesi Bicara Jom,berubah bersama. Sesi telah berlangsung di kubu kuat umno iaitu di Kg. Gelung Gajah Padang Kemunting Batu Rakit Terengganu. Kampung ini merupakan kampung YB Khazan ADUN Batu Rakit.  ABBY   berjaya sekali lagi meranapkan kubu kuat umno Batu Rakit. Lebih 2 ribu orang telah hadir . Sejarah bagi DUN Batu Rakit. Kehadiran seperti itu bermakna sokongan umno di Terengganu semakin menguncup khasnya di DUN Batu Rakit.
 
 
`BICARA` JOM BERUBAH BERSAMA
 
Bicara mesra
Pengundi sedar hadir
 
Peminat Setia

Biar berdiri asal ubah bersama ABBY

 
 Semoga segala perancangan untuk memenangkan ISLAM di bumi Teregganu ini terus mendapat pertolongan dari ALLAH Yang Maha Agung. ALLAHUAKHBAR!!!!!!!
 
 
 




15 October 2012

Sah Dato Jailani ganti Mat Said PRU 13


 
Dato Mat
 
Dato Jai
 
 
Tidak lama dahulu penulis ada tulis rencana pasal MB Datuk Seri Ahmad Said akan ditukar selepas PRU 13 nanti.

Bermakna Ahamd Said bukan lagi MB Terengganu selepas PRU 13. Maka nama lain pula yang jadi MB Terengganu selepas PRU 13 ini.

Namanya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani Ngah, Setiausaha politik pada Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri.

Nama ini menjadi isu yang besar dan telah menjadi polimek yang mengkucar kacir Umno Bahagian setiu sedikit masa dulu.

Sesetengah mengatakan nama itu jangan diharap untuk dicalon bertanding di Dun Batu Rakit selagi Mat Jidin dan Kazan Che Mat masih orang kuat Bahagian Setiu.

Pada penulis ini merupakan petanda Nama Jailani Ngah tidak mendapat restu bertanding di Dun Batu Rakut miskipun ia kehendak Mohd Najib sendiri.

Persoalan yang timbul kini Nama Jailani Ngah kelihatan sudah begitu popular semula dan mula dikenali rakyat parlimen Setiu khususnya dan seluruh Terengganu amnya.

Sinar harian mula memainkan peranan memperkenalkan nama Setiausaha politik perdana menteri dalam majlis bersama rakyat baru baru ini.

Bermakna usaha Mohd Najib untuk menukar menteri besar Terengganu miskipun menemui jalan sukar kini sudah mula ada ruang bahawa MB sedia ada akan bertukar kepada tokoh lain.

Nama Jailani Ngah bukan calang calang nama berbanding dengan nama Datuk Rasul Wahid yang telah dicanang sedemikian oleh sesetengah pihak sebagai bakal MB Terengganu yang baru selepas PRU 13 nanti.

Rakyat Kenal siapa sebenar Jailani Ngah dan siapa sebenar Rasul Wahid. Pucuk kepimpinan umno Malaysia juga turut mengenali mereka ini.

Usaha menukar MB Terengganu yang dilakukan secara diam oleh Najib kali ini sudah Nampak jalan mudah. Lebih lebih Tun Mahahtir Mohamad orang yang diberi tugas untuk memainkan peranan agar umno Terengganu tidak jadi kecuh sudah ada kejayaannya.

Penulis percaya beberapa nama yang disebut sebut bakal menteri besar Terengganu termasuk Datuk Nasir Ibrahim Fikri, Datuk Wan Ahmad Omar, maka Jailani Ngah adalah nama yang barangkali menjadi hampir tepat bakal menteri Besar Terenggnau yang baru selepas PRU 13 nanti.

Kenapa? Beliau setiausaha politik pada Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang sedang berusaha bertungkus lumus agar menteri besar Terengganu bertukar tangan.
 
Nota di atas merupakan satu perkhabaran orang UMNO hanyalah sebagai bola yang  ditendang untuk meraikan kemenangan. Bola akan di sepak semula bila musim liga bermula. Sehingga itu bola hanya berada dalam stor. Bukalah mta hati penyokong umno anda hanya alat untuk pemimpin umno menjadi berkuasa dan kaya raya. Jom tolakkkkkkk umno!!!!!!!
 
 
Paling syoknya Dato jai nilah yang sekat Ustaz AZHAR IDRUS untuk berkuliah di PICC.
Berita ini boleh rujuk gambar dibawah.
 

 
 

05 October 2012

JPN dan SPR jual negara? Sila jawab BN.


Rujuk di sini.

Berita ini amat2 menggerunkan kita.

Kesultanan Melaka hancur dek bukan Melayu tadbir negara.

Kesultanan Melaka hancur dek kejahatan pembesar-pembesar Melaka yang berebut kuasa.

Raja-raja Melayu kini kurang kuasa dek umno yang jadikan mereka patung. Raja berperlembagaan ciptaan Mahathir sudah menjatuhkan kuasa Raja Melayu yang menjadi kesetiaan bangsa Melayu kepada negara.

Halang petualang negara ini. SPR JPN dan BN menjadi saksi utama kerja menjuaj negara ini. Mereka bertanggungjawab untuk menjawab khabaran ini.

29 September 2012

Derma dan makan malam bersama Abby & Raja Kamarul

Kad Derma
Kutipan derma adalah untuk tabung Dana  Badan Kebajikan Batu Rakit

 
Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :

HJ.SHAMSUDDIN. BIN WAHAB
(PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN BATU RAKIT)
NO HANDPHONE :0199566956
 
Pembayaran tempahan kad derma boleh dibuat melalui :
Bank Simpanan Nasional
Atas nama :  Badan Kebajikan Batu Rakit
No Akaun : 11550-41-00001212-5
 
Satu kad untuk satu peserta sahaja
 
** Selepas pembayaran dibuat sila sms
1. No resit bank untuk pengesahan
2. Jumlah tempahan kad
3. Nama penempah
4. No telefon untuk perhubungan
 
SMS kepada : Hj.Shamsuddin B. Wahab di no : 0199566956
 
Tempahan boleh dibuat sehingga 17 Oktober 2012
 

Kebajikan Rakyat Batu Rakit : PAS ambil alih

 





29 Semtember 2012 - PAS Dun Batu Rakit dan Badan Kebajikan Kebajikan Batu Rakit Serta Rakan Khidmat Batu Rakit telah menyambung kerja menyiapkan rumah ibu tunggal di Kg Lingai. Ini merupakan bantuan yang NGO PAS laksanakan demi membantu rakyat yang dalam kesusahan. Umno sudah tidak relevan lagi dalam buat kerja kebajikan. PAS akan terus memebantu selaras dengan hasrat menkadikan Negara Berkebajikan.

25 September 2012

Panas : Anak bekas JKKK Maras masuk PAS(Video)


25 September 2012- Penyerahan borang keahlian PAS oleh Zulhairi B. Hj Che Mat selaku wakil kepada 70 orang pemuda yang terdiri daripada pemuda UMNO dan ahli baru dalam UPU MARAS. Beliau adalah anak kepada bekas Ketua JKKK Kg. Balai Maras dalam UPU MARAS. Penyertaan beramai-ramai pemuda ke dalam PAS kerana mereka tidak yakin akan BN yang sentiasa menipu rakyat dengan kebendaan.Bagi mereka umno adalah jahat. Dari dulu sehingga sekarang ayah-ayah mereka tidak maju walaupun umno canang mereka maju. Kaya adalah pimpinan umno. Rakyat tetap takuk lama.banayak lagio berita ngeri buat umno akan ke udara. Kita tunggu!!!!!!!

23 September 2012

2 Cina bersaudara suruh Melayu Batu Rakit tolak UMNO


Yb Idham Lim dan Cikgu Lau telah berceramah sempena Operasi Al Falah bulan September untuk DUN Batu Rakit pada 22 September 2012. Mereka berdua amat berharap kepada semua orang Melayu agar tinggalkan umno. Umno memang dah hancur dan Mahadet pun kata umno telah busuk sampai ke usus dan Bn adalah syaitan yang dikenali. Jadi tolak umno dan BN.

Ngeri buat umno: Anak ex JKKK Maras ishtihar masuk panas!



Jom datang beramai-ramai saksikan  anak bekas JKKK di Maras ishtihar masuk PAS bersama-sama 60 orang anak muda Maras. Panas!!!!!!!!!!

22 September 2012

Awal-awal lagi UMNO Batu Rakit dah nunggeng nyior(video)


Bendera ni semua orang boleh tengok kat Pasar Kg. Maras Batu Rakit. Betul-betul depan rumah penyokong tegar YB Khazan Che mat yang terbaik itu. Dah seminggu tak diubah-ubahnya. memang senak dah penyokong UMNO nih. Moga umno benar-benar nunggeng nyior.

10 September 2012

Bukti Dua: YB Batu Rakit Terengganu terhebat dan iman tertinggi


Tawaan jutawan segera
Terkini : Dek kerana Yb Batu Rakit yang amat disayangi oleh banyak cawangan dalam Dun Batu Rakit(ketua cawangan yang sayang) maka digemburkan akan jadi calon DUN Batu Rakit sekali lagi. Yang seronoknya ada saingan yang amat tak berahi akan YB Batu Rakit yaitu Dato' Man Mat Yasin(rumah banyak kereta dekat selekoh nak pergi Kg Darat Batu Rakit). Dua-dua ni dah mula perang. YB yang ada guna berita hairan puji melambung.Dato' Man Mat Yasin menyelinap dalam kampung-kampung. Seronok sangat. Yang paling seronok ada hero baru timbul.Penyelamat keadaan. Nak tahu siapa? Siapa lagi kalau bukan SU politik PM kita Dato' Jailani tulah.
Dato' ini dah kecor beritahu orang dia masuk Batu Rakit atas pakcage MB baru selepas pru 13. Hah ,tu dio ni baru yo lo!. Jadi calon Dun Batu Rakit. Menang terus jadi MB. Leleh air YB Khazan sekarang ngan Dato Man. Tengok gambar bawah siapa lebih hensem.

Hensem budak ni


07 September 2012

Bukti Satu: YB Batu Rakit terhebat iman yang tertinggi

        Ya memang YB Khazan yang paling beriman dalam umngok terengganu ni hebat. Tukang kumpul hartanah no satu. Dia dapat tanah yang elok-elok. Berita terkini rakyat terutamanya di Kg.Maras hari ini ada yang tak dapat surat kelulusan mohon tanah Bukit Maras. Yang menariknya ada orang Kg.Maras tak dapat tapi orang dari Kg. Padang air dapat(ini cakap-cakap orang kampung). Kata mereka orang Padang Air tu biras JKKK Kg.Wakaf Catur Kg. Maras. Orang Kg. Maras betul kempunan. Jenis pelahap tanah tak kira tanah bukit berbatu pun kroni yang dapat. Tak tahulah Khazan Che Mat Oi.

KAMI AKAN SUSULKAN BUKTI KEDUA KHAZAN YB BATU RAKIT MEMANG HEBAT

25 August 2012

PAS RAI MAHASISWA BARU DUN BATU RAKIT


Kehadiran Tetamu



Pemakluman kehadiran



Siswa dan sumbangan



Siswi dan sumbangan



Menjamu Selera



Ghani Ambak motivator
Siswi dan pimpinan

Siswa dan pimpinan



25 OGOS 2012 - Badan Kebajikan Batu rakit dan  PAS Dun Batu Rakit telah mengadakan majlis ramah mesra bersama-sama mahasiswa/siswi baru Dun Batu Rakit. Seramai 63 orang mahasiswa/siswa telah dapat dikesan untuk diberi bantuan berupakan wang bernilaia RM 100.00 seorang. Sumbangan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan kewangan persiapan masuk menara gading.
                           Majlis ini turut menjemput Tn.Hj.Ghani B. Ambak sebagai motivaotr jemputan. Motivasi berkaitan peranan dan tangunggungjawab siswa telah disentuh. Antaranya mengajak siswa sentiasa istiqomah dalam pembelajaran sebagai bekal untuk berbakti kepada Islam,bangsa dan negara.Manakala Ustaz Nazari Tim. Pengarah MTD Batu Rakit amat berharap ilmu yang dipelajari mampu memberi manfaat dunia dan akhirat. Ustaz Fauzi Muda selaku YDP PAS Kawasan Setiu menyatakan semua aktiviti yang dijalankan oleh PAS atau badan-badan di bawah PAS merupakan satu usaha awal dan rancak dilaksanakan demi menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan.
                           Sambutan orang ramai amat memuaskan, kehadiran tetamu melebehi jangkaan 150 orang. Ibu dan bapa yang hadir turut bersyukur kerana sumbangan ini telah memberi gambaran jelas bahawa PAS bukan sahaja parti dan badan dakwah tetapi juga badan kebajikan yang adil dan memberi kepada yang sepatutnya. Pihak PAS amatlah mengharapkan majlis seperti ini menjadi acara tahunan demi kelangsungan pembelajaran anak-anak.

24 August 2012

Rampas Tanah; Mahkamah Putus Kerajaan Terengganu Bayar Pampasan


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/IMG_0240.jpgKUALA TERENGGANU – Mahkamah rayuan memutuskan kerajaan negeri diarahkan membayar pampas an ke atas kes-kes tanah pemberian kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, setelah ia dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abddul Rashid, pada zaman pemerintahan kerajaan PAS, kerajaan telah memberi ribuan lot-lot tanah pertanian dan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri Terengganu.

Katanya, tanah-tanah tersebut diberi syarat Tanah Menduduki Sementara (LMS – TOL) bagi memasstikan ianya diusahakan dan dibangunkan dalam masa tiga tahun sebeelum diberi milik kekal.

Malangnya, kata beliau, apabila kerajaan PAS jatuh pada tahun 2004, tanah-tanah tersebut telah dirampas oleh Umno dan BN.

“Kita (PAS) beri LMS, Lesen Menduduki Sementara (TOL), syaratkan kalau (tanah) pertanian suruh maju tanah itu dahulu, kalau tanah kediaman kita syaratkan suruh buat (rumah) dahulu, bila kita tengok betul dah buat (usaha dan dirikan rumah) kita luluskan (hak milik),

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/IMG_0246.jpgtiba-tiba….. bila jatuh kerajaan (PAS tahun 2004) dia (Umno-BN) rampas balik tanah!,”ujarnya.

Menurutnya, PAS Terengganu telah mengambil inisiatif menyaman kerajaan negeri Terengganu bagi pihak tuan-tuan tanah yang telah dizalimi itu, sejak tahun 2005.

Ekoran tindakan tersebut, katanya, keputusan terbaru mahkamah mengarahkan kerajaan negeri Terengganu mesti bayar balik ganti rugi kepada tuan-tuan tanah yang telah dirampas tanahnya.

“Saya mendapat mesej terbaru dari peguam kita (Lujnah Guaman PAS Terengganu) maklumat terbaru…..keputusan mahkamah (telah) beri kemenangan kepada kita,

“(mengarahkan) kerajaan mesti bayar balik ganti rugi kepada orang yang telah kita beri tanah yang kerajaan (Umno-BN) rampas,”jelasnya.

Haji Muhyiddin yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Kuala Berang  berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra sempena Eidul Fitri, di Bandar Kuala Berang pada Selasa 21 Ogos.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Lujnah Guaman PAS Terengganu Fathi Aziz Abu Bakar mengesahkan keputusan mahkamah tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/Fathi.jpgBeliau yang ditemui, semalam 23 Ogos berkata, keputusan tersebut telah dibuat oleh mahkamah rayuan setelah kerajaan negeri Terengganu menarik balik tuntutan menolak keputusan mahkamah sebelumnya ke atas kes-kes terbabit.

“Pada minggu lepas, dia (kerajaan negeri) tarik balik (tuntutan) jadi kena bayar balik pampas an (ke atas tanah-tanah itu) tapi tertakluk kepada (berapa banyak) taksiran (yang dibuat),”katanya.

Fathi Aziz [gambar kiri] yang juga Pengerusi  Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Terengganu berpendapat, keputusan tersebut tertakluk kepada seua kes-kes tanah Ramcangan Tanah Berkelompok (RTB) yang telah dirampas oleh kerajaan Umno-BN.

Justeru, beliau menyarankan tuan-tuan tanah yang terlibat dengan rampasan tanah itu  mengemukan taksiran atas kerugian untuk dibuat tuntutan.

Menurutnya, ia termasuk ganti rugi atas tanaman yang telah ditanam atau bangunan yang telah didirikan, diatas tanah tersebut ketika tanah yang diberi kerajaan PAS itu, dirampas oleh pihak kerajaan Umno-BN. Sumber