PENGUMUMAN


widgets

27 June 2011

Unggun Bersih(24—25, 6.11. A. SAMAD SAID )

A.SAMAD SAID
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID 

Di atas madah pertapa yang lama berkhalwat 
demi bahasa jiwa bangsa.
Susuk di atas keluar melata
kerna pemerintah bertakhta durjana pendusta terkemuka.
Syabas tuan, kurus bukan lemah kurus beerti sabar dengan keranah tapi pejuang bahasa demi bangsa teratas mulia.

BERSIH BERSIH BERSIH



1 comment:

  1. Saya mencadangkan Pak Samad menyertai perjuangan Islam PAS kerana dihati Pak Samad mempunyai roh pejuang menegakkan kebajikan. Sebelum kita kembali kepada Allah biarlah hidup kita ini diperhambakan untuk Alllah, bekerja kerana Allah, menulis kerana Allah. Para Ulamak sahaja sentiasa mengajak kita untuk kesyurga, berdampinglah dengan ulamak, bermakna kita sentiasa mendampingi Allah ...... Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (Al-Baqarah 2:22)

    ReplyDelete