PENGUMUMAN


widgets

31 December 2010

- Umno sudah tidak layak menerajui kerajaan Terengganu


  http://buletinonline.net/images/stories/berita37/yapasgantiumno.gifKUALA TERENGGANU - Seluruh jentera, ahli, penyokong dan pendokong PAS serta Pakatan Rakyat di negeri Terengganu akan bergerak serentak dan seiringan bagi meyemarakkan kempen 'PAS Ganti Umno' (PGU) hingga ke pilihanraya umum yang ke-13.

Sebaik kempen PGU dilancarkan pada Jumaat 24 Disember lalu, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pun merasa bahangnya dan cuba mempertahankan diri dengan pelbagai alasan dan dalil rekaan.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang berkata, Umno dan BN Terengganu tidak mampu membela diri dan terpaksa memanggil penceramah 'upahan' dari luar Terengganu.

"Umno dan BN Terengganu 'dok rok' (tidak upaya) untuk menolak kenyataan bahawa PAS akan menggantikan Umno sebagai teras kerajaan negeri Terengganu, sebab itu mereka 'mengupah' penceramah luar,"ujarnya ketika ditemui semalam

Beliau berkata demikian dengan merujuk program ceramah Umno/BN yang diadakan di Pekan Manir baru-baru ini, dimana Umno terpaksa menggunakan penceramah bukan orang Terengganu.

Sehubungan itu, Pengarah Jabataan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah agak hairan kerana beliau difahamkan penceramah yang berasal dari negeri Kedah itu juga adalah Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said.

"Bagaimana MB boleh melantik orang luar? Apakah tidak ada orang-orang Umno rakyat Terengganu? Atau tidak ada lagi yang layak di kalangan ahli Umno Terengganu untuk menjadi penasihat MB?,

"ini membuktikan bahawa Umno Terengganu sudah tidak layak lagi untuk mentadbir negeri ini,"tegasnya.

Wan Sukairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu menyeru semua orang-orang muda di negeri ini menolak kepimpinan Ahmad Said kerana beliau tidak layak memimpin umat Islam dinegeri ini.

Katanya, Ahmad Said yang beragama Islam sepatutnya tahu selok belok dan hukum hakam agama untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada orang-orang muda.

"Tidak perlu MB melantik seorang penasihat agama sekiranya beliau seorang yang faham dan tahu tentang agama Islam,"tambahnya.

28 December 2010

1Malaysia bercanggah dengan parti-parti BN


http://buletinonline.net/images/stories/berita37/nikzawi.JPGBESUT - Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata slogan 1Malaysia bercanggah dengan perjuangan parti-parti komponen utama Barisan Nasional (BN) termasuk Umno.Oleh itu katanya, pemimpinan BN termasuk Perdana Menteri yang juga Presiden Umno,  Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai bercakap mengenai 1Malaysia.Ia adalah kerana menurutnya, UMNO jelas memperjuangkan nasib Melayu, manakala MCA memperjuangankan kaum Cina dan MIC hanya memperjuangankan kaum India sahaja yang samasekali bercanggah dengan konsep 1Malaysia.“1Malaysia bercanggah dengan perjuangan UMNO sedangkan UMNO menentang kaum lain. Bila buat polisi, Umno hanya mementingkan kaum Melayu,"sebagai contoh yang jelas dan terang, polisi perkhidmatan awam dan kenaikan pangkat, Umno hanya pentingkan orang-orang Melayu dan memingggirkan kaum-kaum lain,"ujarnya ketika dihubungi.Katanya, perkara yang serupa berlaku apabila Menteri MCA atau MIC menguasai sesuatu kementerian, menjadi kebiasaan menteri-menteri tersebut 'bias' kerana mereka memperjuangankan kaum-kaum, bukannya 1Malaysia.Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menyeru semua pemimpin BN berhenti bercakap tentang 1Malaysia bahkan pemimpin Umno, MCA dan MIC wajib menolak 1Malaysia, sehingga parti-parti komponen membetulkan halatuju parti masing-masing."Tak guna bercakap 1Malaysia sedangkan pemimpin Umno berkata kaum Cina adalah pendatang, menjadi pelacur dan kaum India juga kaum pendatang yang menjadi peminta sedekah,"jelasnya, mengulangi apa yang pernah diucapkan oleh pegawai Perdana Menteri tidak berapa lama dulu.Pada masa sama, beliau berkata, 1Malaysia dilihat tiada hala tuju dan rmelihat pemimpin UMNO terpaksa mewujudkan slogan sedemikian kerana kaum-kaum lain berasa terpinggir akibat Umno hanya pentingkan Melayu.“Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru mereka mahu buat 1Malaysia sedangkan kaum lain sudah mula memberi undi dan perhatian kepada pembangkang,” katanya.

27 December 2010

Kerajaan Terengganu buta dan tuli di zaman ICT


http://buletinonline.net/images/stories/berita37/rehlahsgtebu&NgChaiHing%20003.jpg

 










 
KUALA NERUS - Setelah menggunakan semua saluran teknologi maklumat dan komunikasi (Information & Comminication Technology) moden, akhirnya penduduk kampung Banggol Donas, dekat sini terpaksa memilih cara lama mengemukakan bantahan."Sejak setahun yang lalu, berpuluh surat bantahan melalui komunikasi moden telah dihantar kepada kerajaan, namun di zaman ICT yang serba canggih ini, ada kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' yang tidak mengendahkan langsung suara masyarakat moden, itulah kerajaan Umno dan Barisan Nasional,"kata Penolong Setiausaha Pemuda PAS Kuala Nerus, Mohd Fakhrul Anwar.Beliau berkata demikian mengulas sikap kerajaan Umno dan BN Terengganu yang 'tidak langsung' mempedulikan bantahan rakyat terhadap pembinaan Jalan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda.Sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan jalan tersebut dimulakan pada 7 Disember, 2009, sekurang-kurangnya 13 orang penduduk telah menandatangani satu memorandum yang dihantar dan disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Terengganu, Ketua Pengarah JKR Malaysia, Pengarah JKR Trengganu dan disalinkan kepada Pengarah Tanah dan galian Persekutuan, Ketua Umno Kuala Nerus, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan ADUN Teluk Pasu.Namun sehingga kini, pembinaan jalan tersebut tidak ditangguhkan dan kerajaan tidak mengambil sebarang langkah bagi menyelesaikan masalah rakyat."Semakin moden zaman berlalu semakin ramai manusia yang menjadi 'buta' dan 'tuli' akibat mengikut nafsu, slogan 'Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan' hanyalah gimik politik semata-mata, 1Malaysia cuma untuk keuntungan politik Umno dan BN sahaja,"tambah Fakhrul.

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/rehlahsgtebu&NgChaiHing%20002.jpg