PENGUMUMAN


widgets

01 August 2015

‘Sekolah Tergantung’; ADUN Minta Kerajaan Bertindak Tegas

MARANG – Isu yang berkaitan SMK Alor Limbat ‘yang tergantung’ sudah acapkali dibangkitkan didalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Terengganu sejak beberapa tahun yang lalu.
SMK Alor Limabt2Bahkan menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Ariffin Deraman, penjelasan tentang sekolah yang mengalami mendapan tanah itu diminta dari pihak kerajaan, hampir setiap kali sidang DUN, sejak beliau mewakili DUN terbabit selepas pilihan raya umum ke-13.
“Isu sekolah alor limbat sudah acapkali saya bangkitkan didalam sidang dewan undangan negeri. Hampir setiap kali sidang dewan…….. Malangnya hampir semua soalan saya ditolak.
“Saya bawa pula isu ini didalam ucapan saya dalam dewan, bagi memohon penjelasan kerajaan,”ujarnya.
Katanya, beliau pernah melawat sekolah ‘bermasalah’ tersebut sejak awal beliau dilantik menjadi anggota DUN dan kali terakhir soalan yang dikemukakan beliau kepada wakil Ajil menyatakan, ia sedang dalam kajian.
Mendap (4)Oleh itu, Ariffin yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu mengalu-alukan hasil siasatan ‘forensik’ oleh Jabatan Kerja Raya dan menggesa agar kerajaan bertindak mendakwa pihak yang terbabit dengan pembinaanya.
Ia adalah penting kerana kata beliau, kerajaan menangggung kerugian jutaan ringgit kerana pembinaan sekolah tersebut yang tidak dapat digunakan sejak lima tahun yang lalu.
Menurutnya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu 13 Ogos tahun 2012, kerajaan mengesahkan dalam jawapan bertulis kos pengambilan tanah sekolah berkenaan berharga RM1,608,177.00 dan pengoperasian tidak dapat ditentukan kerana berlaku mendapan tanah.
“Kos pembinaanya pula menjangkau RM19 juta, saya pernah mencadangkan supaya diroboh sahaja sekolah itu kerana mendapan yang begitu besar dan hampir seluruh struktur bangunan terlibat, serta terdapat rekahan bangunan dimerata tempat,
IMG-20150730-WA0062“Kos penjagaan tinggi dimana digaji pengawal keaelamatan………….diigaji RM1500 sebulan dan kos pembaikan lebih mahal berbanding kos bina baru,”tambah Ariffin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, dilaporkan oleh sebuah akhbar yang memaklumkan sekolah terbabit tidak boleh digunakan.
YB Ariffin juga berharap agar kerajaan membina sebuah sekolah yang baru bagi menampung keperluan pendidik penduduk.
“Kerajaan ada mencadangkan untuk membina sebuah sekolah menengah…….saya harap bukan di kawasan itu kerana ia jauh dari rumah penduduk,
“saya dengar nak dibuat di kampung Baru tapi bila kerajaan nak buat (tak tahu)……..sudah terlalu lama perancangannya,”jelasnya.SUMBER

25 July 2015

Don’t Sack PAS Members Yet, Advice Mustafa Ali

KUALA TERENGGANU – PAS Election Director Datuk Mustafa Ali has advice the party leadership not to hastily sack members who have joined the Gerakan Harapan Baru (GHB).
He also reminded those who have joined GHB to think about their actions and possible consequences.
“Give them time to nurse their wounded pride and ego. As long as they have not resigned as party members, do not sack them. If they have already left the party or refused to heed our advice, then we can’t do anything to stop them.
“As a senior (brother), I am duty-bound to remind these junior not to fall into DAP’s trap, as GHB is widely perceived as none other than DAP’s proxy,” he said.
IMG-20150722-WA0035Mustafa said DAP is arrogant and the party has always been practice To’Kong politics or an authoritarian.
Citing the hudud issue as example, he said DAP has always been against the Islamic law and wants others to follow them as well.
“DAP has openly told us that if we want Chinese votes, then there should be no hudud. They thought that they have managed to control all Chinese voters.
“Are those GHB members not aware of this reality? If they are, why fall into DAP’s trap some more?,” he asked in a media conference at PAS Terengganu Headquaters here on Wedenesday.
Mustafa said it is also wrong for Pas members to join GHB on the grounds that they were no longer needed by the party after the Pas muktamar last month. He said being defeated in the party polls didn’t meant that their services were not needed any more.
“There are bound to be losers in any elections for party posts. Winners or losers, they remain as the party’s important assets.
“I sincerely hope those who have joined GHB wake up and be mindful of what they are doing,” he said.
SOURCE

21 July 2015

BUAT SAHABAT BERUMAH BARU

Secebis ingatan buat sahabat yang semakin jauh meninggalkan bahatera perjuangan PAS.

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS


Jangan melampau menghina PAS, Kerana PAS lah kamu dikenali umum.
Jangan melampau menghina PAS, Kerana parti inilah membesar dan mentarbiyah sehingga kita memahami perjuangan Islam dan berjuang bersamanya.
Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas parti inilah kita diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaraan dan jawatan.
Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas nama parti PAS lah kamu menjadi YB dan menikmati elaun, gaji dan pencen.
Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi.
Jangan melampau menghina parti ini, kerana dengan parti inilah kamu mengecapi erti ukuhwah dalam berjamaah.
Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya.
Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerik perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu.
Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.
Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi.