PENGUMUMAN


widgets

05 October 2011

Lawatan Muhibbah Ke Kelantan

Pondok Tok Guru Pulau Melaka

Motivasi daripada YB Dr. Muhammad Fadzli
 5 10 2011 - PAS Cawangan Maras telah mengadakan Lawatan Muhibbah Ke Kelantan pada 
1 Oktober 2011. Lawatan di adakan untuk mendedahkan kepada ahli PAS dan juga penyokong PAS berkaiatn perkembangan semasa negeri Kelantan.Pihak cawangan Maras mengucapkan jutaan terima kasih buat YB Dato' Nasaruddin Daud Spekear DUN Kelantan yang telah menaja makan tengahari. Tidak dilupakan YB Dr. Muhammad Fadzli Dato' Hassan ADUN Temangan yang telah menaja makan malam. Ketika bersama YB Dr. Muhammad Fadzli,kami telah diberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang dan menegakkan keadilan dalam negeri Terengganu. Lawatan ini adalah tajaan PAS Cawangan Maras. Rombongan disertai 20 pemuda Maras dan 20 ahli PAS Cawangan Maras.




03 October 2011

TAPAK YANG LUHUR( A SAMAD SAID)

PAK SAMAD
PAHLAWAN UMAT
                             
TAPAK YANG LUHUR

Bertapak atas batas yang luhur
bersumpah lidah sufi tersohor,
disedarkannya lara bangsa
waja dirangsang tepis membantah.

Awal lagi semangat bernyala

dihembus bara merdeka bangsa.
Pagi ke malam berjuang tegap|
di tengah rakyat gigih bersikap.

Bersilat atas bumi yang subur

bisik bersikap qalbu sejujur—
menyala unggun zaman yang garang
membakar tekad cekal berjuang.

Bersama bangsa bangkitlah ia
tegas perkukuh asas merdeka. 

SATU PENGHARGAAN A SAMAD SAID BUAT DR. BURHANUDDIN AL HELMI

 

30 September 2011

Hudud: Pendirian rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS)

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya."PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.


Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011