PENGUMUMAN


widgets

24 May 2011

Benarkan subsidi dikurangkan untuk bantu rakyat

IDRIS
 Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?.

Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.

Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika  menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan,  tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.

Pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.

Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.


Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.

Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam.  Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

23 May 2011

Terengganu Incorporated gagal



KUALA TERENGGANU - Terengganu Incorporated (Terengganu Inc), syarikat pelaburan induk yang diasaskan oleh mantan Meneteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh gagal mencapai matlamat penubuhannya.

Syarikat 'gergasi' itu bukan sahaja tidak berjaya melakukan 'transformasi'  kepada kira-kira 40 buah anak syarikatnya  yang ‘bermasalah’, bahkan terpaksa menjual dan menutup beberapa syarikat kerana menanggung kerugian jutaan ringgit.

Difahamkan, setelah ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said mengambil alih tampuk pemerintahan, syarikat pemegang pelaburan kerajaan negeri itu tidak diberi keutamaan.

"Terengganu Inc. gagal, banyak anak-anak syarikat 'dok rok' nak bayar gaji bulanan pun kena cari 'pitih' merata-riti,"kata sumber yang meminta supaya dirahsiakan identitinya.

Sumber tersebut yang menghantar 'mesej' menerusi laman sosial 'face-book' kepada Buletinonline merujuk kepada keputusan mutakhir kerajaan memutuskan untuk menjual syarikat TD Poultry Sdn Bhd.

Pengerusi TDM Bhd, Datuk Roslan Awang Chik dalam kenyataannya menyebut, sebuah unit anak syarikat kerajaan Negeri Terengganu, syarikat terbabit di peringkat akhir dalam proses penjualannya.

Syarikat perniagaan berasaskan ayam, TD Poultry Sdn Bhd, yang mengalami kerugian akan dijual kepada Vision Poultry Sdn Bhd dengan harga RM4 juta tunai.

Sumber Buletinonline mendedahkan, kegagalan Terengganu Inc adalah kelemahan pentadbiran Menteri Besar dan perbalahan yang berlaku dikalangan 'kumpulan' dalam Umno Terengganu.

Menurutnya, antara kelemahan pentadbiran Ahmad, adalah tindakan kerajaan negeri menghantar para pegawai Perkhidmatan Negeri (TCS) menjadi ketua kepada anak-anak syarikat kerajaan

"kenapa hantar (pegawai) TCS, pegawai kerajaan untuk jadi 'head of subsidairy........'  padahal mereka dok tahu apa pun,

"(sebagai) contoh KPKKT........prestasi buruk, balak tubek (hasil balak) dok (tidak) mencapai target (ssaran) tahun lepas (2010) hingga syarikat rugi banyok,"jelasnya.

Menurutnya, Ahmad Said mengambil langkah yang silap kerana menyambung konrak pegawai berkenaan walaupun syarikat mengalami prestasi teruk.

Beliau mendedahkan, pegawai dilantik sebagai Pengurus Besar KPKKKT hanyalah pegawai gred 41 yang bertaraf Penolong Pengurus sahaja.

Selain itu, beberapa buah anak syarikat kerajaan iatu Pesaka dan Pesama sehingga kini masih tidak mmpunyai Pengurus Besar.

Pada kemuncak perbalahan antara kumpulan 'Ahmad' dan 'Idris' tahun 2009, kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar pernah menggunakan isu-isu pengurusan Terengganu Inc. sebagai senjata untuk menyerang Ahmad.

Antaranya adalah seperti dibawah;

1. Ahmad meletakkan mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.

2. Ahmad didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Idris termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.

3. Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.

4. Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri

5. Pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.

6. Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

7. Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."

8. Ahmad juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008."

Berdasarkan senarai tuduhan ke atas Ahmad diatas, jelas kumpulan masing-masing cuba menempatkan 'kroni' mereka dalam anak-anak syarikat.

Tujuan mereka adalah bagi menguasai sumber dan kewangan yang menjadi aktiviti perniagaan syarikat-syarikat terbabit.

Sumber Buletinonline memberitahu, bukan sahaja TD Poultry akan dijual, anak syarikat Golden Pharos Bhd, GP Door telah pun meutup operasinya hujung bulan April.

"GP Door tutup operasi...last hujung bulan lepas, rugi tahun ni lebih kurang 30 juta,termasuk provision GP Doors,"tambahnya.

Buletinonline

21 May 2011

NGO 1MALAYSIA BALACI BN


20 MEI 2011 - Pemanggil yang memperkenalkan diri sebagai wakil NGO 1Malaysia telah membuat kajian rambang berkaitan sokongan rakyat terhadap pentadbiran BN. Seorang penduduk Kg.Maras Terengganu telah menghubungi  Cawangan PAS Maras menyatakan antara soalan yang diajukan ialah Adakah selesa dengan pemerintahan BN?,Mak cik ahli UMNGOK atau tidak?, Ramai tak ahli PAS?, Berapa ramai ahli PKR?. Ia telah menimbulkan rasa lucu dalam kalangan orang Kg. Maras. Bagi mereka BN dah terdesak hingga terpaksa membuat kerja yang membazirkan duit rakyat untuk mendapat maklumat. Rakyat rasa hairan apakah 1Malaysia itu NGO atau visi dan misi Israel bersama-sama Najib untuk pertahankan kerajaan BN pada PRU 13 nanti. Yang penting rakyat dah tahu siapa umngok sebenarnya.

1MALAYSIA DIDAHULUKAN RAKYAT BAYAR KENAIKAN HARGA BARANG, PETROL,SUSU KANAK-KANAK,TAMBANG KENDERAAN AWAM,BIL LETRIK,BIL AIR.

1MALAYSIA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN UNTUK BINI NAJIB,KRONI NAJIB,KORPORAT YANG KEPARAT.

RAKYAT MALAYSIA MESTI BERSATU
KEKANG KERAKUSAN BN SONGLAP HARTA NEGARA
JATUHKAN BN NAIKKAN PR