PENGUMUMAN


widgets

07 May 2011

Sekitar Tazkirah Maghrib Anuar Ibrahim Batu Rakit Terengganu

Mantan Timbalan Mufti Terengganu

Ketibaan disambut mesra

Kehadiran jeluak

Tekun mendengar

Aluan daripada YDP Kawasan Setiu

Seruis dalam berhujah

Antara pemimpin yang hadir

Gembira bertemu rakan lama


6 MEI 2011 - Dato' Seri Anuar Ibrahim telah menghadirkan diri di Surau Kg. Tanjong Batu Rakit Terengganu untuk bersolat hajat dan menyampaikan tazkirah. Sambutan diluar jangkaan menjangkau 2000 orang. Kehadiran beliau di sini merupakan salah satu acara dalam gerak gempur PR tawan Terengganu. Solat hajat telah dipimpin oleh Mantan Mufti Terengganu Ustaz zainal Abidin.




04 May 2011

DR. JUANDA , CUKUPLAH BERSUARA !


DR JUANDA

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya. Petikan kata-kata Dr Juanda daripada Malaysiakini.com(4 Mei 2011)

Pertama-tamanya tahniah Dr Juanda kerana mengikut perkembangan kedudukan PAS dalam PR. DAP memang tidak perjuangkan ISLAM, tapi DAP banyak membantu orang ISLAM di negeri yang diperintah oleh PR. Hari ini contoh terbaru Tok Siak dan Bilal di Pulau Pinang mendapat kenaikan elaun. Apakah semasa GERAKAN yang memerintah Pulau Pinang(biarpun UMNO menang banyak kerusi) perjuangkan ISLAM. Apakah DR Juanda berpendapat MCA dan MIC juga telah menaikkan syiar ISLAM di Malaysia dan wajib UMNO bergabung dengan mereka? UMNO sendiri tidak mahu melaksanakan hukum tuhan dan hanya melaksanakan yang terpilih sahaja telah dianggap oleh Dr.Juanda sebagai parti ISLAM yang terulung Di Malaysia. Apakah Dr. Juanda berani tegur pemimpin negara yang mengekalkan kefasikan seperti tidak menutup aurat. 

Keduanya, apakah sebenarnya motif Dr.Juanda berkata demikian, PAS patut bekerjasama dengan UMNO? Jangan sesekali Dr.Juanda ingin mencari kemashuran. kalau sekadar nak beri pendapat peribadi tak payahlah nak bising-bising. Kami PAS perjuangkan keagungan ketetapan ALLAH. Kami mahu ISLAM digunakan sepenuhnya untuk orang ISLAM. Kami tak mahu ISLAM hancur kerana disembunyikan oleh ulamak mata duitan dan setan bisu. Pesan buat Dr.Juanda, jadilah ulamak yang sanggup nyatakan kebenaran kepada raja yang zalim dan bukan menuduh orang berpolitik untuk ISLAM itu kotor. Dr.Juanda Dr Juanda Dr Juanda ingat Rasulullah adalah raja kepada politik ISLAM.

Persoalan untuk Dr.Juanda
1. Ingatkah Dr.Juanda UMNO telah mempermainkan kejujuran PAS satu ketika dahulu?
2. Ingatkah Dr. Juanda  Mahathir menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan?
3. Sedarkah Dr. Juanda isteri-isteri pimpinan UMNO sentiasa berada dalam keadaan fasik tidak menutup 
    aurat?
4. Tahukah Dr. Juanda anak-anak pimpinan UMNO juga terlibat dengan maksiat secara berleluasa?
5. Perasan atau tidak Dr.Juanda mufti-mufti di Malaysia banyak yang tutup mulut di atas kemaksiatan yang 
   dizinkan oleh Barisan Nasional?
6. Di manakah Dr. Juanda semasa Malaysia membenarkan juara Amerika Idol( homoseksual) mengadakan 
   konsert di Malaysia?
7. Bersuara atau tidak Dr. Juanda terhadap kerjasama kerajaan Malaysia dengan APCO(Yahudi) sedangkan
    semua tahu ALLAH mengutuk dan mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan YAHUDI kafir?
8. Di mana Dr. Juanda bila peneraju Sister In Islam berbicara tentang ISLAM tapi beliau sendiri tidak ikut
   cara hidup ISLAM?
9. Atau Dr.Juanda suka sangat jadi Mufti kerana kerjanya senang dan tak perlu nyatakan kebenaran terhadap
    pemerintah yang zalim?

"MOGA DR.JUANDA INSAF DAN JANGAN TERSALAH MENJADI MANUSIA MUNAFIQ DALAM MENEGAKKAN ISLAM DI MALAYSIA INI"


03 May 2011

Osama mati Najib bersyukur

HAJAT NAJIB DIZINKAN ALLAH

"Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini." (MALAYSIAKINI.COM 2.5.2010)

DOA NAJIB SETERUSNYA

SEMOGA ISLAM BAWAAN UMNO JADI PENANDA ARAS KEPADA DUNIA ISLAM LAIN KERANA:

1.AURAT TUTUP LEBIH KURANG :  ISLAM KAN SEDERHANA
2. PENYANYI HOMOSEKS LUAR NEGARA BOLEH NYANYI KAT MALAYSIA : NEGARA TERBUKA KAN.
3. VIDEO SEKS  TAK PERLU TAPIS TV1 TV TV3 STESEN ADASIJIL HALAL TAYANG VIDEO SEKS.
4. KULIAH DAN CERAMAH AGAMA PERLU PERMIT.
5. KONSERT TAK ADA  PERMIT TAK PA, ASALKAN ANAK MUDA BOLEH MERUNTUHKAN AKHLAK MEREKA.
5. MALAYSIA ISLAM SEDERHANA ISLAM CONTOH SEDUNIA