PENGUMUMAN


widgets

29 December 2012

Seteru YB Khazan,Wan Khairul Calon DUN Batu Rakit PRU 13 ?

Kerul

29 Disember 2012 - Diberitakan apakah benar atau tidak Wan Khairul Ketua JKKK Panchur Kuin Batu Rakit merupakan calon pilihan PM  yang sah untuk umno di DUN Batu Rakit. Kalau benar ceritera rakyat, calon ini setiap hujung minggu ke Putrajaya melobi PM untuk jadi calon. Dan nampak gaya memang dia ni gila jadi calon. Pembantu PM namanya A...m adalah agen melobi untuk dia ni. Kalau betul berita ini memang seronok. Inilah calon yang kita nanti. Hu hu hu kasihan calon pilihan PM ni.

24 December 2012

Bukti umno takut hilang undi di felda(video)


Kita cabar umnuuu kalau mereka rasa mereka masih berpengaruh di felda bubar parlimen segera. Ada Najib berani?

21 December 2012

Ikan Salai : Akrab Jemaah DUN Batu Rakit

 
21 DISEMBER 2012 - PAS Cawangan Kg Lingai Dun Batu Rakit telah mengadakan jamuan akrab jemaah dengan berlaukkan ikan salai. Ini merupakan aktiviti utama PAS Cawangan Kg. Lingai bila tiba musim tengkujuh. Ikan haruan dan ikan bujuk disalai dengan resepi rahsia Linga Salai menjadi tarikan kepada orang ramai. Jamuan hari ini telah dihadiri lebih daripada 200 orang. Jamuan kali juga amat ceria dengan kehadiran Ustaz Fauzi YDP PAS Kaw. Setiu dan  Tn. Hj. Ghani Ambak Mantan Ahli Parlimen Setiu.  Ini semua  petanda Kg. Lingai selama ini antara peti undi  utama UMNO akan bertukar peti  undi kepada selamat buat PAS. Insya Allah. 


Sekitar jamuan Akrab Jemaah Kg Lingai

YDP Setiu Ustaz Fauzi
Ghani Ambak dan Ustaz Nik Razin
Ghani Ambak tetap sempoi

Anak muda ceria

Timbalan Exco Agama Terengganu Gagal Menjawab Soalan Ketua Cawangan PAS(video)


KUALA NERUS - Timbalan Exco Agama kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu YB Ramli Nuh gagal menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ketua Cawangan PAS Bukit Berangan, Haji Awang Yaakub. Pada 11 Disember lalau, Haji Aang yang dikenali sebagai 'Pak Zar' telah menyoal Ramli Nuh secara langsung ketika Ramli Nuh sedang berucap pada satu Majlis pemberian baucer 'Wang Ehsan' di kampung terbabit. Menurut Pak Zar, beliau terpanggil untuk mmengemukakan soalan mengenai kezaliman Umno apabila dicabar secara terbuka oleh ADUN Tepoh terbabit. "saya bukan mahu mengganggu majlis itu, tapi dia cabar dalam ceramahnya dua tiga kali, mana orang PAS? Tolong beri tahu di mana zalimnya Umno, jadi saya pergi tanya,"kata Pak Zar. Katanya Ramli Nuh bukan sahaja melontarkan cabaran bahkan membuat pelbagai tohmahan serta tuduhan yang tidak benar. Antaranya, kata Pak Zar, Ramli Nuh menuduh PAS hanya berkata mahu melaksanakan Islam tetapi berkawan dengan orang-orang bukan Islam yang tidak mahu Islam. Selain itu, menurut Pak Zar, Ramli Nuh juga berkata PAS kini menjadi 'keldai tunggangan' DAP dalam pemuafakatan Pakatan Rakyat. Oleh itu, kata Pak Zar, beliau bertanya dan meminta penjelasan Ramli Nuh tentang dengan ayat al-Quran yang menegaskan, barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, mereka adalah orang-orang yang zalim. Namun, bukan sahaja tidak ada jawapan yang diberikan oleh Ramli Nuh berkenaan persoalan tersebut, bahkan, menurut Pak Zar, Ramli Nuh melencong kepada perkara-perkara lain. Sumber

12 December 2012

YB Khazan :Saya memang ada tanah banyak(12 lot) dan nak lelong RM 1.5 juta


Mohon dengar sampai habis.Rakaman diambil ketika Yb Khazan berceramah di Maras Batu Rakit pada 6 Disember 2012 Kesimpulannya : 1. Yb Khazan memang banyak tanah selepas jadi YB. 2. Yb. Khazan juga terlibat dengan riba ketika membeli tanah pada tahun 1998?. Exco agama yang ada tanoh dengan sumber haram.(Moga2 pinjaman dengan public bank tu cara ISLAM). 3. Yb. Khazan memang kaya raya kerana sanggup membeli tanah yang dilelong bank. 4. Yb. Khazan rela rakyat miskin asalkan dapat bina rumah jutaan ringgit. Rumahnya di Kg. Alor Jambu Padang Nenas. 5. Benarlah salinan senarai tanah yang diedarkan sebelum ini. Bukan fitnah tapi kenyataan Yb. Khazan memang hartawan.Rujuk rajah di bawah:
*** Kekayaan Yb. Khazan hadir selepas jadi YB. Sebelum itu hanya pakai selipar cap ayam aje. Rakyat memang layak tegur YB kerana mereka dipilih untuk tolong rakyat tapi bela perut pedal dia yang busuk sampai ke usus.

07 December 2012

Panazz! ! Hasan Ali (Pok Chang) pimpinan umno Kuala Nerus tuduh DAP anti Islam dan Melayu(audio)


Hassan Ali atau panggilan manjanya Pok Chang gagap telah menuduh DAP anti Melayu dan anti Islam semasa berceramah di Kg Maras Batu Rakit Kuala Terengganu. Ceramah ini berlangsung pada 6/12/2012 Khamais malam Jumaat. Dengar baik-baik ucapan Pok Chang nih. Boleh report polis tak kalau macam ni?