PENGUMUMAN


widgets

20 October 2012

ABBY ngerikan UMNO Batu Rakit TRG

 
 
19 OKT 2012 -  Sekali lagi DUN Batu Rakit digegarkan dengan sesi serangan maut. ABBY ABADI telah turun berkempen membantu PAS DUN Batu Rakit ranapkan lagi kubu-kubu umno di DUN Batu Rakit. Sesi pertama ialah Sepetang Bersama ABBY di Kg Kubur Timah merupakan aset umno. Ternyata aura ABBY telah berjaya menarik minat pengundi Kg. Kubur Timah untuk mendengar dan melihat sendiri mengapa dan bagaimana ABBY telah bersama-sama PAS memperjuangkan ISLAM.
 
 
SEPETANG BERSAMA ABBY
Disambut mesra
 
Tak loket tenaga
 
Berujar mesra


Peminat hadir dengan ceria
 
 
 
Sesi kedua ABBY telah menjadi jemputan Badan Kebajikan Batu Rakit sempena Makan Malam untuk dana Badan Kebajikan Batu Rakit. 20 buah meja telah ditempah dan berjaya memungut sumbangan sebanyak RM 10000.  Pihak MTD bersyukur dengan penghijrahan ABBY bukan sahaja memberi kesedaran kepada ramai orang tapi turut membantu dalam amal kebajikan.
 
 
MAKAN MALAM BERSAMA ABBY
 
Makan malam dan menderma
ABBY dan penderma
 
Sesi ketiga ialah sesi Bicara Jom,berubah bersama. Sesi telah berlangsung di kubu kuat umno iaitu di Kg. Gelung Gajah Padang Kemunting Batu Rakit Terengganu. Kampung ini merupakan kampung YB Khazan ADUN Batu Rakit.  ABBY   berjaya sekali lagi meranapkan kubu kuat umno Batu Rakit. Lebih 2 ribu orang telah hadir . Sejarah bagi DUN Batu Rakit. Kehadiran seperti itu bermakna sokongan umno di Terengganu semakin menguncup khasnya di DUN Batu Rakit.
 
 
`BICARA` JOM BERUBAH BERSAMA
 
Bicara mesra
Pengundi sedar hadir
 
Peminat Setia

Biar berdiri asal ubah bersama ABBY

 
 Semoga segala perancangan untuk memenangkan ISLAM di bumi Teregganu ini terus mendapat pertolongan dari ALLAH Yang Maha Agung. ALLAHUAKHBAR!!!!!!!
 
 
 




15 October 2012

Sah Dato Jailani ganti Mat Said PRU 13


 
Dato Mat
 
Dato Jai
 
 
Tidak lama dahulu penulis ada tulis rencana pasal MB Datuk Seri Ahmad Said akan ditukar selepas PRU 13 nanti.

Bermakna Ahamd Said bukan lagi MB Terengganu selepas PRU 13. Maka nama lain pula yang jadi MB Terengganu selepas PRU 13 ini.

Namanya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani Ngah, Setiausaha politik pada Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri.

Nama ini menjadi isu yang besar dan telah menjadi polimek yang mengkucar kacir Umno Bahagian setiu sedikit masa dulu.

Sesetengah mengatakan nama itu jangan diharap untuk dicalon bertanding di Dun Batu Rakit selagi Mat Jidin dan Kazan Che Mat masih orang kuat Bahagian Setiu.

Pada penulis ini merupakan petanda Nama Jailani Ngah tidak mendapat restu bertanding di Dun Batu Rakut miskipun ia kehendak Mohd Najib sendiri.

Persoalan yang timbul kini Nama Jailani Ngah kelihatan sudah begitu popular semula dan mula dikenali rakyat parlimen Setiu khususnya dan seluruh Terengganu amnya.

Sinar harian mula memainkan peranan memperkenalkan nama Setiausaha politik perdana menteri dalam majlis bersama rakyat baru baru ini.

Bermakna usaha Mohd Najib untuk menukar menteri besar Terengganu miskipun menemui jalan sukar kini sudah mula ada ruang bahawa MB sedia ada akan bertukar kepada tokoh lain.

Nama Jailani Ngah bukan calang calang nama berbanding dengan nama Datuk Rasul Wahid yang telah dicanang sedemikian oleh sesetengah pihak sebagai bakal MB Terengganu yang baru selepas PRU 13 nanti.

Rakyat Kenal siapa sebenar Jailani Ngah dan siapa sebenar Rasul Wahid. Pucuk kepimpinan umno Malaysia juga turut mengenali mereka ini.

Usaha menukar MB Terengganu yang dilakukan secara diam oleh Najib kali ini sudah Nampak jalan mudah. Lebih lebih Tun Mahahtir Mohamad orang yang diberi tugas untuk memainkan peranan agar umno Terengganu tidak jadi kecuh sudah ada kejayaannya.

Penulis percaya beberapa nama yang disebut sebut bakal menteri besar Terengganu termasuk Datuk Nasir Ibrahim Fikri, Datuk Wan Ahmad Omar, maka Jailani Ngah adalah nama yang barangkali menjadi hampir tepat bakal menteri Besar Terenggnau yang baru selepas PRU 13 nanti.

Kenapa? Beliau setiausaha politik pada Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang sedang berusaha bertungkus lumus agar menteri besar Terengganu bertukar tangan.
 
Nota di atas merupakan satu perkhabaran orang UMNO hanyalah sebagai bola yang  ditendang untuk meraikan kemenangan. Bola akan di sepak semula bila musim liga bermula. Sehingga itu bola hanya berada dalam stor. Bukalah mta hati penyokong umno anda hanya alat untuk pemimpin umno menjadi berkuasa dan kaya raya. Jom tolakkkkkkk umno!!!!!!!
 
 
Paling syoknya Dato jai nilah yang sekat Ustaz AZHAR IDRUS untuk berkuliah di PICC.
Berita ini boleh rujuk gambar dibawah.
 

 
 

05 October 2012

JPN dan SPR jual negara? Sila jawab BN.


Rujuk di sini.

Berita ini amat2 menggerunkan kita.

Kesultanan Melaka hancur dek bukan Melayu tadbir negara.

Kesultanan Melaka hancur dek kejahatan pembesar-pembesar Melaka yang berebut kuasa.

Raja-raja Melayu kini kurang kuasa dek umno yang jadikan mereka patung. Raja berperlembagaan ciptaan Mahathir sudah menjatuhkan kuasa Raja Melayu yang menjadi kesetiaan bangsa Melayu kepada negara.

Halang petualang negara ini. SPR JPN dan BN menjadi saksi utama kerja menjuaj negara ini. Mereka bertanggungjawab untuk menjawab khabaran ini.