PENGUMUMAN


widgets

29 January 2011

TENANG: CALUN BN DOK ROK CETONG

Tahu tak mengapa dok rok cetong?
1. Suka joli melancong ke luar negara. mana dapat duit banyak tu?
2. Pernah kena saman dan kalah dan akan dibicarakan lagi pada  9 Februari 2011.
3. Lembik dan tak segak pun.
4. Tak mahir IT.
5. Suka main golf. Orang felda main batu jer.
6. Kurang pengetahuan agama sebab malam selalu melalak kat karaoke.
7. Isteri pakai tudung macam pakai kain budak kecik je. Tak ikut Al Quran langsung.
8. Paling best tak lawa langsung.Cantik lagi orang Felda Tenang.
MAKNA DOK PAKA IALAH TAK ADA NILAI 
MAKNA DOK ROK CETONG IALAH LEMAH SEGALA SEGI TERMASUK KEJANTANNYA


21 January 2011

Rancangan Makanan Tambahan Kembali

21 Januari 2011 - Rancangan Makanan Tambahan untuk murid-murid miskin telah diberikan semula oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia bermula 20 januari 2011. Sebelum itu hanya 1 hingga 6 orang sahaja setiap sekolah dalam  daerah di Terengganu diberikan RMT. Ini termasukkalah Sekolah Kebangsaan Maras yang sebelum ini diberitakan seorang sahaja yang mendapat RMT. Rakyat bising dan kuasa rakyat makin bertaring maka kerajaan BN yang bodoh dalam mengurus kewangan negara terpaksa kembalikan RMT. Hal ini wujud kerana kelayakan untuk mendapat segala bantuan kerajaan hanya dipilih melalui  E KASIH. JKKK yang berperutkan syaitan  menjadi pemilih utama. Kementerian Pelajaran hanya menerima nama yang dipilih.Maka berlakulah sikap dajjal laknatullah.Mereka yang akui dajjal raja sahaja yang dipilih. Biar yang terpilih itu anak dajjal sendiri. Ingat rakyat Malaysia dah terlalu ramai yang cerdik dan bertamadun tinggi.

20 January 2011

RM 3 JUTA UNTUK SETIAP DUN




KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA RAKYAT MASIH BOLEH GIGULA-GULAKAN !
RM 3 JUTA SUDAH SIAP SEDIA UNTUK DIAGIHKAN PADA SETIAP DUN DI TRENGGANU, INI ADALAH GARA-GARA RAKYAT DI NEGERI ITU MAHUKAN TRENGGANU DITADBIR OLEH PAS, OPERASI MENGEPASKAN UMNO CUKUP MENGHANTUI BN/UMNO DI TRENGGANU DAN RAKYAT DISANA TELAH BERIKRAR MAHU MENUKAR KERAJAAN YANG ADANAMPAKNYA BN/UMNO MASIH LAGI YAKIN DENGAN MERASUAH RAKYAT MAKA MEREKA AKAN MENGEKALKAN PEMERINTAHAN
 
Salam

18 January 2011

135 termasuk bekas orang kuat Umno sertai PKR di Kemaman


 

KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu.

Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman.

Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman.

Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional.

Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999.

Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang.

Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin

Catatan : RUANG BICARA PRIA MALAYA

16 January 2011

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli

 

SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islan ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefli.

Catatan: Harakahdaily- 16.1.2011

11 January 2011

PAKATAN HANYA PERLUKAN 19 BILION UNTUK 100 HARI

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/sepakatpakatan.jpgUntuk Laksanakan Pembaharuan 100 Hari
- Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/bukujingga.gifContoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.    Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2.    Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3.    Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4.    Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.


Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

10 January 2011

UBAH SEKARANG,SELAMATKAN MALAYSIA!

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad   
MONDAY, 10 JANUARY 2011 11:14

Tema yang cukup menarik didengar oleh rakyat Malaysia dan tepat pada masanya ketika negara di landa dengan berbagai krisis, lantaran dipegang oleh orang yang tidak amanah dengan rakyat dan negara. Walaupun ia merupakan tawaran yang menarik untuk rakyat, tetapi meresahkan pemimpin yang berada di puncak kuasa. Sekarang pemimpin BN dilanda dengan mimpi ngeri takut kehilangan kuasa, kerana ini merupakan satu azab di dunia. Media BN diarahkan untuk memburukkan apa yang tercatat dalam buku jingga.

Kenapa perlu ubah sekarang?

1.Pengurusan ekonomi tempang

Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE). Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%. Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

2.Institusi Kehakiman Dipertikaikan

Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini.

3.Tahap keselamatan negara membimbangkan.
Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik.

Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara. Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara.

4. Tahap keselamatan sosial juga merosot sehingga kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat.

Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui.

Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar.

5. Sempadan negara mudah terbolos.
Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.
Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain?

6.Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10.


7. Gagal mewujudkan politik yang harmoni, walaupun cuba untuk berlindung disebalik slogan 1 Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datp' Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

KEMENTERIAN PELAJARAN BANGKRAP KE?

       
      Cerita Satu  
Rancangan Makanan Tambahan ada tapi lewat bermula. Minggu kedua bermula tapi hanya 6 orang sahaja    yang terima daripada kurang lebih 70 orang tahun 2010. SK Me..... kat Se.... Terengganu 4 aje terima itupun 3 anak JKKKK. Memang patut pun masalah ini wujud kerana JKKK yang buat pemilihan beradasarkan e kasih. Sekolah tukang beri aje. JKKK tukang cari aje tapi hentam kat dia.
       Cerita dua
Kerusi dan meja banyak  tak cukup. murid duduk  mana yang patut aje.
       Cerita tiga
Guru J qaf tak cukup. Rupanya J Qaf hanya program bukan satu dasar KPM. Kerja Pak lah tak berterusan.
       Cerita empat
Elaun perjalanan guru 2010 masih ade yang belum bayar, sama juga Pegawai PPD dan Pensyarah IPG. Betul tak wajib bayar tapi bawa budak pergi main sukan guru besar suruh. kalau aksiden KPM tak bertanggungjawab.
      Penutupnya.
Ingat guru-guru adalah manusia yang membentuk minda dan akhlak manusia. Tunggu guru tunjuk jalan keluar buat orang yang menjatuhkan maruah guru.

07 January 2011

SEKITAR MUNAQASYAH UCAPAN DASAR PRESIDEN DUN BATU RAKIT


 YBHG. USTAZ DATO' HUSIN BIN AWANG
PENASIHAT DUN BATU RAKIT
 PEMBENTANG MUNAQASYAH
 PESERTA MUSLIMAT
 PESERTA MUSLIMIN
 MENDENGAR
 MENADAH
Kg.Maras - Munaqasyah ucapan dasar presiden PAS telah berlangsung dengan jayanya. Peserta yang hadir melebihi sasaran iaitu 200 orang. Ustaz Fauzi Muda selaku YDP PAS Kawasan Setiu dalam ucapan alu-aluan menyatakan kebanggaan kerana setiap program yang dilangsungkan dalam DUN Batu Rakit semakin mendapat sambutan hangat. Beliau berpendapat ini merupakan petanda PRU 13 nanti kita berpeluang memerintah Terengganu sekali lagi. Ybhg. Ustaz Dato' Husian Awang dalam pembentangan mengingatkan ahli supaya mengamati amanat presiden dengan penuh kecaknaan. Ini kerana ucapan itu merupakan satu gagasan keseluruhan bentuk perjuangan PAS alaf baru ini. Beliau juga menegaskan kerjasama dalam pakatan rakyat merupakan satu sunnah yang perlu ditelusuri dengan baik supaya cita-cita PAS menegakkan hukum Islam terlaksana dengan penuh hikmah.

JOM KE PAS GANTI UMNO

 PENGUMUMAN,PENGUMUMAN,PENGEMUMAN
SEMUA RAKYAT TERENGGANU DIJEMPUT HADIR KE HADIR!

01 January 2011

' JOM KE SEKOLAH DUN BATU RAKIT'





Kuala Terengganu - Badan Kebajikan Dun Batu Rakit telah meyampaikan bantuan persekolahn untuk keluarga yang terpilih sekitar Dun Batu Rakit. Menurut Hj. Shammsuddin yang merupakan Pengerusi badan tersebut, bantuan ini merupakan satu bentuk kebajikan yang selalu dititik beratkan oleh PAS. Ini merupakan satu petunjuk kepada penduduk bahawa PAS adalah sebuah parti yang meletakan rakyat teratas dalam melaksanakan tugasan sebagai khalifah di muka bumi ini. Kali ini seramai 81 orang telah terpilih untuk menerima bantuan persekolahan. Menurut seorang penerima yang mahu dikenali sebagai Sidek kerja buat seperti ini adalah satu kerja yang memberi gambaran sebenar PAS adalah pengganti UMNO dalam PRU 13 nanti.

 "SEKITAR JOM KE SEKOLAH DUN BATU RAKIT" 



HJ. SHAMSUDDIN ABDUL WAHAB
PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN DUN BATU RAKIT

USTAZ MUHAMMAD YAAKOB
PENGERUSI MTD DUN BATU RAKIT

USTAZ FAUZI MUDA
YDP PAS KAWASAN SETIU