PENGUMUMAN


widgets

30 March 2012

Sah,MB TERENGGANU SIFAT MACAM MUNAFIQ(VIDEO)


Merujuk pada dakwaan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dalam akhbar Berita Harian pada Hari Selasa bertarikh 27 Mac 2012 dalam berita yang bertajuk “YB PAS DAPAT 50 HEKTAR TANAH”, saya terpanggil untuk membuat beberapa penjelasan seperti dibawah; 1. Projek Lembah Limau di blok 5 Ketengah Kampung Durian Mentangau adalah projek tajaan kerajaan Barisan Nasional. 2. Tanah seluas 50 hectar tiap satu lot berjumlah 18 lot. Semuanya ditawarkan kepada pelabur-pelabur syarikat berkaitan kerajaan atau pun syarikat Sdn Bhd pada tahun 1996 untuk dimajukan perusahan tanaman limau madu. 3. Hanya 9 syarikat yang memohon. 4. Pada tahun 1998 , Ketengah yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar pada masa itu telah meluluskan semua permohonan 9 syarikat yang memohon. Segala perancangan dan persediaan termasuk anak benih telah dibuat dan surat kelulusan untuk menebas hutan oleh pihak kerajaan telah dikeluarkan. 5. Pada awal 1999, exco kerajaan meluluskan tanah untuk 8 syarikat sahaja. Permohonan Syarikat Imbasan Padu milik Dr Sulaiman dan isteri ditolak ( pada masa itu Dr Sulaiman belum lagi menjadi wakil rakyat ). 6. Pada tahun 2000 kerajaan pas meluluskan tanah kepada Syarikat Imbasan Padu Sdn Bhd. 7. Dalam soal jawab Dewan, exco pertanian pada waktu itu menjelaskan bahawa Jawatan Kuasa Pertanian Negeri telah memberitahu kepadanya bahawa permohonan itu ditolak atas dasar diskriminasi kerajaan Barisan Nasional pada waktu itu. 8. Pada tahun 2008, kerajaan BN telah meluluskan pemberian tanah secara pajakan melalui tabung tanah warisan kepada 9 syarikat lagi untuk fasa 2 pembangunan tanah. Sekian. Dr Hj Sulaiman Abdullah Bekas ADUN Ladang 1999 - 2004 29 Mac 2012

25 March 2012

Harta Kekayaan YB DUN Batu Rakit Khazan Berjumlah RM4 juta?


KUALA TERENGGANU – Isteri ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat beberapa ketika dahulu pernah dilaporkan berkata, harta dan kewangan yang dimiliki oleh keluarganya sudah cukup untuk menampung kehidupan sekiranya Khazan tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Perkara tersebut heboh diperkatakan orang ramai, dituturkan isteri Khazan dalam satu majlis dan didengari oleh ramai orang.

Menurut seorang penduduk yang berasal dari Kampung Maras, Adnan Awang, 45, beliau mengesahkan memang pernah mendengar cerita tersebut.

“Memang pernah dengar orang duk bercakap, tapi saya tak ingat waktu bila,”ujar Adnan Awang, ketika ditemui.

Kini, setelah beberapa ketika berlalu, barulah jelas ‘kekayaan’ yang dimiliki oleh Khazan Che Mat yang dilaporkan berjuta ringgit.

Termasuk tanah yang diwarisi, Khazan memiliki 13 keping tanah dalam Mukim Batu Rakit dan sekeping di mukim Hulu Nerus.

Beliau yang menjadi ADUN sekaligus Exco sejak tahun 2004 memiliki sembilan keping tanah yang dimiliki secara pembelian.

Sekeping secara pertukaran lot dan sekeping diperolehi dengan menyambut lelongan.

Apa yang menjadi menjadi perbualan ramai sekarang adalah dua keping tanah kerajaan yang diperolehi beliau yang juga Pengerusi (Exco) Jawatankuasa Agama dan Penerangan
Negeri Terengganu.

Sekeping tanah ‘status padi’ Lot PT 6454 seluas 0.2652 hektar dan sekeping tanah ‘status pertanian’ Lot PT 30794 berkeluasan 0.9965 hektar, kedua-duanya terletak di muim Batu Rakit.

Agak menghairankan juga, tanah Lot PT 30794 yang baru diluluskan pada November 2011 tetapi telah berpagar dan telah didirikan sebuah bangunan umpama sebuah chalet.

Semalam pada Sabtu, 24 Mac, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS mendedahkan Khazan Che Mat adalah salah seorang daripada lima ADUN dan AP Umno Terengganu, menerima anugerah tanah kerajaan tersebut.

4 malaun YB UMNGOK Terengganu kumpul harta: PJ PAS TRG(bukti dan lokasi)

 
KUALA TERENGGANU – Sebagaimana yang dijanjikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, seperti yang dicabar oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said, hari ini Sabtu 24 Mac, Haji Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’.
Empat dari mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Dato’ Seri Idris Jusoh,  ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala terengganu






21 March 2012

Ketua Penerangan UMNO Terengganu telah tuli dan buta: Balairaya jadi markas UMNO




Balairaya jadi Markas UMNO
KUALA NERUS - Pemimpin Umno setempat terutamanya Ketua Penerangan Umnno Terengganu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dikecam kerana menjadikan sebuah balai raya di Kampung Seberang Takir sebagai Markas Pilihan Raya Barisan Nasional (BN). Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan tindakan Umno menjadikan sebuah balai raya sebagai markas parti tidak wajar kerana balai raya merupakan bangunan awam bagi kegunaan orang ramai tanpa mengira fahaman parti politik. Menurutnya, pemimpin Umno-BN termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Exco Kerajaan Negeri tidak tahu bezakan antara hak parti dengan hak kerajaan. “Kami (PAS) kesal dan dukacita dengan tindakan pemimpin Umno setempat yang juga wakil rakyat (Adun) Seberang Takir, Dato’ Razif sendiri benarkan balai raya dijadikan markas parti (BN). “Jika Exco (Razif) sendiri pun tidak ‘reti’ (tahu) hak kerajaan dengan hak parti. Saya minta rakyat ‘ajar’ (ubah) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang,” tegasnya ketika ditemui Harakah, 20 Mac lalu. Katanya, balai raya merupakan hak orang ramai dan itu bukan harta parti Umno atau Barisan Nasional tapi harta kerajaan. Menurutnya, rakyat melihat tindakan tidak bermoral pemimpin Umno-BN yang rakus menjadikan harta kerajaan sebagai milik parti. Beliau yang juga Penolong III Setiausaha PAS Terengganu yakin dengan perkembangan semasa Umno dan kerajaan BN Terengganu bakal ditumbangkan pada PRU13. “Alhamdulillah, kita (PAS) lihat senario politik semasa di negeri (Terengganu) ini. Umno-BN akan tumbang walau pun pelbagai janji manis ditabur kepada rakyat. “Sokongan pengundi muda dan pengundi ‘senyap’ yang tidak puas hati dengan kerajaan (BN) tetapi tidak mahu ‘menunjuk’ (jelas). Mereka tetap tolak Umno-BN, Insya’Allah,” jelasnya. Katanya, persediaan PAS bagi menghadapi pilihan raya tersebut berada ditahap maksima hanya menunggu Parlimen dan Dun dibubarkan. Ustaz Zakaria Dagang pernah bertanding calon PAS di Dun Seberang Takir pada tahun 2004 tetapi kalah kepada calon BN, Mohd Shapian Ali dengan majoriti 1,980 undi.

06 March 2012

Kerajaan BN Terengganu pecat pegawai tadbir tidak sah

Wan Mohd Faizul dan wartawan
 
KUALA TERENGGANU, 6 Mac: Bekas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang pernah dilantik ketika PAS memerintah Terengganu pada 1999 hingga 2004 tetapi dipecat oleh Barisan Nasional (BN) pada 2007, mendapat pembelaannya. Pegawai berkenaan selaku plaintif, Wan Mohd Faizul Wan Abas, 37, ketika itu Pegawai Tadbir Negeri N41 dipecat oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan pemecatan itu dianggap ‘salah’ (wrongfull dismissal) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.  
                 Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan keputusan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan plaintif oleh defenden pertama adalah tidak sah. Wan Mohd Faizul menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai defenden pertama dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu sebagai defenden kedua. Ketika membaca keputusan tersebut, Mohd Yazid memerintahkan agar plaintif diambil semula sebagai Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 dari tarikh penghakiman itu dan pengesahan plaintif dalam jawatan tersebut tertakluk kepada Perintah Am. Plaintif juga perlu dibayar semula oleh defendan pertama gaji tertunggak serta sebarang faedah yang dinikmati plaintif sejak dari tahun pemecatannya itu. Wan Mohd Faizul melahirkan rasa kesyukurannya dengan keputusan mahkamah yang telah mengembalikan semula haknya yang dinafikan sebelum ini. “Alhamdulillah, keputusan ini merupakan satu bukti hak saya dikembalikan dan maruah saya tertebus. Ini jadi satu pengajaran kepada kerajaan negeri supaya tidak mengambil tindakan sewenang-wenang,” jelasnya di lobi mahkamah. Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika menjawat jawatan Pegawai Tadbir Negeri pernah bertugas di Pejabat Tanah Daerah Besut selama setahun bermula tahun 2001. Selepas itu, katanya menjadi Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu dan ditugaskan pula di Pejabat Tanah Daerah Kemaman selama lebih setahun. Menurutnya, pemecatan berlaku tahun 2007 selepas bertugas di Pejabat Tanah Daerah Kemaman tahun 2004 dan ‘dibekukan’ di Pejabat SUK Negeri Terengganu. “Saya pernah bertugas di Pejabat Tanah Besut selama setahun, pernah jadi Penolong Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, pernah ditugaskan di Pejabat Tanah Kemaman pada tahun 2004 dan akhirnya di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. “Di pejabat SUK, saya diletakkan sebagai Pegawai Sentara sebelum dipecat pada tahun 2007, kononnya atas dasar prestasi merosot,” ujarnya. Wan Mohd Faizul menjelaskan beliau berjaya hadir semua kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan (Peperiksaan Undang-undang Kerajaan) dalam tempoh lanjutan percubaan. Bapa kepada empat orang anak berusia setahun lebih hingga 10 tahun itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Beliau diwakili oleh peguam Fathi Aziz Abu Bakar manakala defenden diwakili Penolong Penasihat Undang-undang Negeri, Rosmawati Husin. Sumber: Harakahdaily

**** Bebanar tetap benar. Derih jusoh jahat.