PENGUMUMAN


widgets

28 November 2011

SPR "DILOROH" SELUAR OLEH MAT SABU(VIDEO)





Sudah sampai masanya Malaysia menyambut kedatangan "ARAB SPRING"


BN maknanya barisan najis

SPR maknanya Sang penipu,pengkhianat,penjahat,perogol,petolol,petongong,pembangang dan penajis rakyat

23 November 2011

Tuan Ibrahim: Fisabilillah Dan Negara Berkebajikan



Ucapan makan malam bersama PAS Kawasan Setiu di Gong Badak Kuala Terebgganu Terenggannu pada 17 November 2011






18 November 2011

Fikrah BOB LOKMAN: 3J(Jihad, JAIS dan JAKIM) Video terkini












** Maaf video dan audio kurang memuaskan.Maklumlah tak cukup peralatan lagi untuk shooting baik punya.

17 November 2011

GURU BESAR SK LANGKAP SETIU BALACI UMNGOK (VIDEO)





Cikgu Halim dicabar membuktikan segala tuduhannya
SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas Dr Azman.

Ucapan cikgu Abdul Halim telh dirakam dan dapat diikuti melalui video klip dibawah.

Sumber Buletinonline

13 November 2011

UMNO terus rampas dan zalimi hak rakyat Terengganu

Mereka dianiayai UMGOK Barisan Nasional


SETIU - Seramai 50 orang pesawah padi dari Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat di sini berhimpun secara aman menyatakan bantahan atas tindakan zalim kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu

Mereka yang telah mengusahakan tanah padi secara 'umarah' sejak 40 tahun lalu, menentang rancangan kerajaan untuk menjadikan kawasan sawah mereka sebagai 'mini estate'.
Menurut wakil pesawah terbabit, Abdul Raof Mohamed, tujuan mereka berkumpul adalah untuk menuntut hak ke tas tanah yang telah mereka usahakan supaya kerajaan mengeluarkan geran ke tas tanah tersebut

Antara mereka adalah Mak Cik Kelesom atau yang dikenali sebagai Mak Teh, seorang anggota Wanita Umno yang juga pengundi tegar BN.

Beliau merasa kesal dan tertipu dengan tindakan Umno yang mahu merampas tanah yang telah diusahakannya sejak bertahun-tahun yang lalu.

Menurut wakil pesawah terbabit, Abdul Raof Mohamed, tujuan mereka berkumpul adalah untuk menuntut hak ke tas tanah yang telah mereka usahakan supaya kerajaan mengeluarkan geran ke atas tanah tersebut.

Sumber: Buletinonline


*** yang sakit hati bila masa pru dapat jer 20 rial terus puji umno samapi terkincit dalam seluar.





12 November 2011

SEKITAR IHTIFAL PASTI DUN BATU RAKIT


Ucapan aluan Pengerusi PASTI DUN Batu Rakit

Perasmian YDP PAS Kawasan Setiu

Murid yang hadir

Ibu yang menemani

Penghargaan untuk murid

Usaha murid dihargai

Murid berbakat dirai

Bonus untuk Guru Pasti

Bakal pimpinan solehah
12 NOVEMBER 2011 - PASTI DUN Batu Rakit telah mengadakan majlis ihtifalnya untuk tahun 2011 dengan jayanya di Surau Al Khautsar pasar Maras. Sebagaimana makluman Pengerusi PASTI DUN Batu Rakit majlis kali ini amat berseri dengan keupayaan tenaga program yang gigih. Malah menurut beliau tumbangny seekor lembu untuk jamuan menandakan jemaah di batu rakit telah bersiap sedia dengan lebih tegar untk melahirkan para mujahid untuk 10 hingga 15 tahu lagi.
                                        YDP PAS Kawasan Setiu dalam ucapan perasmiannya, belaiu amat yakin dan pasti Allah akan membantu para ibu dan  bapa yang ikhlas dalam memberikan pendidikan agama. Tambah beliau, cabaran sekarang dengan keruntuhan akhlak remaja yang dilakukan oleh Barisan Nasional perlu ditimbal balik dengan sistem pendidikan Islam. Oleh itu, beliau berpendapat PASTI merupakan satu peletakan asas yang kukuh dalam memastikan akhlak remaja terbaiki dengan sempurna pada masa hadapan. YDP PAS Kawasan Setiu amat gembira kerana setiap guru PASTI DUN Batu Rakit mendapat bonus. Ini menunjukkan Negara Berkebajikan akan terlaksana dengan baik kiranya PAS dan PR diberi mandat mentadbir negara.
                                              Majlis ini telah memberi sumbangan kepada setiap murid yang telah berjaya dalam mengharungi dunia seni pemerolehan ilmu yang berteraskan aqidah Islam. Malah ibu bapa amat teruja dengan kebolehan dan bakat yang ditunjukkan semasa persembahan. Tahniah diucapkan kepada PASTI Kampung Tanjung kerana telah mendapat Johan dalam kategori persembahan terbaik. Cabutan bertuah turut diadakan  sebagai pemanis majlis ihtifal kali ini.

05 November 2011

YB Zailah Dedah kepincangan BN(Video)

5 NOVEMBER 2011 - YB Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat telah mendedahkan pembaziran dan kepincangan pengurusan pentadbiran negara oleh Barisan Nasional.Pendedahan telah dilakukan dalam ucapan semasa makan malam bersama Ahli PAS di DUN Batu Rakit sempena kutipan derma untuk PASTI Kawasan Setiu. Semua pendedahan itu tu boleh ditelusuri melalui slot rakaman di bawah.







"Jelas tolak Barisan Nasional yang jahat terhadap rakyat Malaysia. Selamatkan Malaysia."