PENGUMUMAN


widgets

20 December 2014

Tindakan Pantas Sukarelawan PAS, Elak Kejadian Tidak Diingini : Banjir Setiu

YDP PAS Kawasan Setiu dan unit Amal
SETIU – Tindakan pantas sukarelawan PAS Kawasan Setiu membantu mangsa yang tejejas oleh bencana banjir berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi bantuan itu. Lagi

17 December 2014

MUSLIMAT PAS DUN BATU RAKIT : DAHULUI BANTUAN PERSEKOLAHAN 2015

Penyampaian sumbangan

Tetamu yang hadir

Jamuan




17 Disember 2014- Muslimat PAS Dun Batu Rakit mengambil inisiatif awal menyalurkan bantuan persekolahan untuk 50 orang murid di dalam Dun Batu Rakit yang layak. Ketua Kebajikan Muslimat PAS Negeri Terengganu Hjh Zaitun Binti Abbas telah menyampaikan sumbangan tersebut.Dalam ucapan perasmian beliau menyatakan PAS merupakan parti yang bergerak dalam erti kata menjaga kebajikan rakyat sedaya mungkin. Beliau juga mengharapkan penduduk dalam Dun Batu Rakit terus memberi maklumat segera sekiranya terdapat rakyat yang memerlukan bantuan. Mengikut Ketua Muslimat PAS Dun Batu Rakit Pn Wan Ramlah muslimat Dun Batu Rakit sentiasa cakna dengan permasalahan kebajikan rakyat dalam dun ini.

15 December 2014

Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat

PERKASA
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini. SUMBER

UNDANG-UNDANG ISLAM TETAP PRINSIP PAS : Dato’ Mahfodz Mohamed

PEMANGKU KETUA DEWAN ULAMAK

PAS Tetap Pertahan Prinsip Perjuangan Laksana Undang-undang Islam

PAS memberi sepenuh komitmen untuk melaksanakan Undang-undang Jenayah Islam mengikut kerangka sistem demokrasi, sebab itu PAS bertekad untuk melaksanakannya di Kelantan yang telah berjaya mendapat mandat sokongan rakyat melebihi 80% pengundi di negeri itu.
Kanun Jenayah Syariah kelantan adalah salah satu dasar PAS yang perlu dilaksanakan supaya ianya selari dengan perjuangan Islam sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam SeMalaysia PAS.
Mengikut kajian kami, lebih 70% masyarakat Islam menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah Islam kerana ianya merupakan kewajipan ke atas semua orang Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya
Kanun Jenayah Syariah Kelantan tidak dilaksanakan ke atas non Muslim, oleh itu orang bukan Islam tidak perlu takut kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan kerana ianya hanya dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja.
Lim Kit Siang tidak sepatutnya mencampuri urusan agama-agama lain terutamanya Agama Islam yang telah dijamin sebagai Agama Persekutuan dalam perlembagaan.

Dato’ Mahfodz Mohamed
Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

13hb Disember 2014

SUMBER

14 December 2014

Senarai 3 projek UMNO habiskan duit rakyat TERENGGANU

 

Projek Pertanian dan Asas Tani Puluhan Juta Ringgit Gagal

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelan Haji Mohd Abdul Wahid Endut menyampaikan keresahan rakyat berikutan banyak projek-projek pertanian yang dilaksanakan olh kerajaan negeri berakhir dengan kegagalan. Lagi

Kincir Angin RM12.6 juta Hanya Untuk Ambil Gambar!

 KUALA TERENGGANU – Sistem hibrid tenaga gabung empat kuasa yang dibina di Pulau Perhentian tidak menjadi apabila kincir angin yang indah tersergam, hanyalah untuk mengambil gambar sahaja! Lagi

Tanaman Jagung Kuala Ping RM RM2.05 juta Rugi

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Datuk Harun mengajukan soalan berhubungan dengan projek Terengganu Agrotech Developmen Corporation (TADC) yang telah memberhentikan Projek Tanaman Jagung di Kuala Ping, Hulu Terengganu. Lagi


11 December 2014

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: PAS tidak pernah berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat, malah akan terus memberi sumbangan serta pandangan bagi memastikan kekuatan kerjasama ini untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang. Lagi

Mantan MB Terengganu lapor polis

Mantan MB Terengganu

Ahmad Said Lodges Report Over Man Who Conned Sawmill Manager of RM1.8mil

KUALA TERENGGANU – A police report has been lodged by Datuk Seri Ahmad Said over an individual who allegedly misused the former Terengganu Mentri Besar’s name to cheat a sawmill manager of RM1.8mil. More

09 December 2014

Tahniah!!! BN bina hospital dengan duit sendiri

PROJEK MAK BAPAK BN
Inilah realiti otak MB baru Terengganu. " SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL " Kongkalikong betul kerja BN . Masa MB Razif lah yang istihar hospital UNISZA dan daerah baru Kuala Nerus. Daerah entah ke mana. Pejabat pun tak ada lagi. Ingat Mat Said yang terlebih cerdik, rupa rupanya razif lagi terlampau cerdik. Apa duit KPM tu duit mak bapak BN bagi ke? Patutlah ahli umno slow thinker sebab MB dia terlebih "tangker". Papan tanda dan pengurusan UNISZA pun terima anugerah "Gong samba".

TERKINI :RUMAH RAPID PENGERANG JOHOR TIPU RAKYAT(GAMBAR)




 Salinan catatan aduan RIDZEMA NAJ @ PERIMAU JOHOR dalam akaun FB beliau.
https://www.facebook.com/ridzema.naj

Salam 1 Malaysia. Buat tatapan kepada kepimpinan negeri yg dirahmati Allah. Apa yang sebenarnya telah berlaku pada projek rumah2 gantian bagi projek RAPID Pengerang Johor yang hampir 90% retak dan tidak selamat diduduki. Adakah rakyat perlu dikorbankan demi kepuasan pihak yg tamak serta mencipta kekayaan "mee segera" dan kuasa dalam memonopoli projek yg berbentuk "MEGA" tanpa memperdulikan nasib mereka. Kami belia2 di Johor mohon pihak yg bertanggungjawab mengambil tindakan segera sebelum isu ini meletup ke tahap peringkat tertinggi demi pembelaan dan suara serta nadi rakyat marhaen.-salam perjuangan@PERIMAU JOHOR (MALAYSIA).

Bukti bukti gambar yg dimuatnaik oleh beliau
.








BEGINILAH NASIB RAKYAT DISANA