PENGUMUMAN


widgets

22 February 2014

Bantah PBS: Cikgu Mohd Nor Izzat diarah tukar sekolah

Cikgu Izzat
KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa pada 17 Februari lalu.
Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan telah mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam. Baca lagi.

21 February 2014

Guan Eng : BN tolak DAP bina Sekolah Tamil




GEORGE TOWN, 20 FEBRUARI: Putrajaya menolak permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di negara ini iaitu di Bagan Dalam, Butterworth sehingga mengecewakan ramai pihak termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

17 February 2014

Pas Terengganu akan dedah penyelewengan terbesar





KUALA LUMPUR – Pas Terengganu bakal mendedahkan empat penyelewengan terbesar di Terengganu dalam pertemuan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jumaat ini.

SUMBER

16 February 2014

ISU PBS : PPD HULU TERENGGANU NI PEMBODEK?

DIN TEH O
Semua kenal dia ni. PPD yang berfikiran amat jauh. Bakal Pengarah IPG KDRI kata orang. Memang patut jadi pengarah pun. Namun jangalah sampai dicampur ngan politik urusan pendidikan ya. Menarik sekali pendapat beliau tentang isu PBS. Sila rujuk sumber untuk cerita lanjut. SUMBER

09 February 2014

Konsensus Nasional: PAS sambut baik, gesa k'jaan kemuka terma

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik cadangan Konsensus Nasional yang dilontar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cadangan itu juga selari dengan keperluan muzakarah yang dilontar beliau dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.
"PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara," kata beliau dalam satu kenyataan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau;

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan perbincangan di kalangan pimpinan PAS Pusat untuk meneliti berbagai aspek dalam menekuni persoalan "Konsensus Nasional" yang telah dilontarkan oleh Perdana Menteri selepas mesyuarat kabinet baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, PAS menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha merungkai serta menyelesaikan kemelut dalam negara kita ini.

PAS ingin menegaskan bahawa sebarang tujuan murni ke arah keharmonian dalam masyarakat adalah wajar diperkukuhkan, sebagaimana yang pernah disumbangkan oleh PAS menerusi berbagai jawatankuasa dan majlis perundingan negara.

Ianya juga adalah selari dengan keperluan muzakarah yang saya sebutkan dalam penggulungan Muktamar PAS ke 59 yang lalu.

Lanjutan dari itu, maka PAS berharap agar  pihak kerajaan  dapat menyatakan terma - terma dan proses Konsensus Nasional ini sebagai langkah bergerak ke hadapan.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Sumber