PENGUMUMAN


widgets

25 August 2012

PAS RAI MAHASISWA BARU DUN BATU RAKIT


Kehadiran Tetamu



Pemakluman kehadiran



Siswa dan sumbangan



Siswi dan sumbangan



Menjamu Selera



Ghani Ambak motivator
Siswi dan pimpinan

Siswa dan pimpinan



25 OGOS 2012 - Badan Kebajikan Batu rakit dan  PAS Dun Batu Rakit telah mengadakan majlis ramah mesra bersama-sama mahasiswa/siswi baru Dun Batu Rakit. Seramai 63 orang mahasiswa/siswa telah dapat dikesan untuk diberi bantuan berupakan wang bernilaia RM 100.00 seorang. Sumbangan ini sekurang-kurangnya mampu meringankan bebanan kewangan persiapan masuk menara gading.
                           Majlis ini turut menjemput Tn.Hj.Ghani B. Ambak sebagai motivaotr jemputan. Motivasi berkaitan peranan dan tangunggungjawab siswa telah disentuh. Antaranya mengajak siswa sentiasa istiqomah dalam pembelajaran sebagai bekal untuk berbakti kepada Islam,bangsa dan negara.Manakala Ustaz Nazari Tim. Pengarah MTD Batu Rakit amat berharap ilmu yang dipelajari mampu memberi manfaat dunia dan akhirat. Ustaz Fauzi Muda selaku YDP PAS Kawasan Setiu menyatakan semua aktiviti yang dijalankan oleh PAS atau badan-badan di bawah PAS merupakan satu usaha awal dan rancak dilaksanakan demi menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan.
                           Sambutan orang ramai amat memuaskan, kehadiran tetamu melebehi jangkaan 150 orang. Ibu dan bapa yang hadir turut bersyukur kerana sumbangan ini telah memberi gambaran jelas bahawa PAS bukan sahaja parti dan badan dakwah tetapi juga badan kebajikan yang adil dan memberi kepada yang sepatutnya. Pihak PAS amatlah mengharapkan majlis seperti ini menjadi acara tahunan demi kelangsungan pembelajaran anak-anak.

24 August 2012

Rampas Tanah; Mahkamah Putus Kerajaan Terengganu Bayar Pampasan


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/IMG_0240.jpgKUALA TERENGGANU – Mahkamah rayuan memutuskan kerajaan negeri diarahkan membayar pampas an ke atas kes-kes tanah pemberian kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, setelah ia dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abddul Rashid, pada zaman pemerintahan kerajaan PAS, kerajaan telah memberi ribuan lot-lot tanah pertanian dan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri Terengganu.

Katanya, tanah-tanah tersebut diberi syarat Tanah Menduduki Sementara (LMS – TOL) bagi memasstikan ianya diusahakan dan dibangunkan dalam masa tiga tahun sebeelum diberi milik kekal.

Malangnya, kata beliau, apabila kerajaan PAS jatuh pada tahun 2004, tanah-tanah tersebut telah dirampas oleh Umno dan BN.

“Kita (PAS) beri LMS, Lesen Menduduki Sementara (TOL), syaratkan kalau (tanah) pertanian suruh maju tanah itu dahulu, kalau tanah kediaman kita syaratkan suruh buat (rumah) dahulu, bila kita tengok betul dah buat (usaha dan dirikan rumah) kita luluskan (hak milik),

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/IMG_0246.jpgtiba-tiba….. bila jatuh kerajaan (PAS tahun 2004) dia (Umno-BN) rampas balik tanah!,”ujarnya.

Menurutnya, PAS Terengganu telah mengambil inisiatif menyaman kerajaan negeri Terengganu bagi pihak tuan-tuan tanah yang telah dizalimi itu, sejak tahun 2005.

Ekoran tindakan tersebut, katanya, keputusan terbaru mahkamah mengarahkan kerajaan negeri Terengganu mesti bayar balik ganti rugi kepada tuan-tuan tanah yang telah dirampas tanahnya.

“Saya mendapat mesej terbaru dari peguam kita (Lujnah Guaman PAS Terengganu) maklumat terbaru…..keputusan mahkamah (telah) beri kemenangan kepada kita,

“(mengarahkan) kerajaan mesti bayar balik ganti rugi kepada orang yang telah kita beri tanah yang kerajaan (Umno-BN) rampas,”jelasnya.

Haji Muhyiddin yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Kuala Berang  berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra sempena Eidul Fitri, di Bandar Kuala Berang pada Selasa 21 Ogos.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Lujnah Guaman PAS Terengganu Fathi Aziz Abu Bakar mengesahkan keputusan mahkamah tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/Fathi.jpgBeliau yang ditemui, semalam 23 Ogos berkata, keputusan tersebut telah dibuat oleh mahkamah rayuan setelah kerajaan negeri Terengganu menarik balik tuntutan menolak keputusan mahkamah sebelumnya ke atas kes-kes terbabit.

“Pada minggu lepas, dia (kerajaan negeri) tarik balik (tuntutan) jadi kena bayar balik pampas an (ke atas tanah-tanah itu) tapi tertakluk kepada (berapa banyak) taksiran (yang dibuat),”katanya.

Fathi Aziz [gambar kiri] yang juga Pengerusi  Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Terengganu berpendapat, keputusan tersebut tertakluk kepada seua kes-kes tanah Ramcangan Tanah Berkelompok (RTB) yang telah dirampas oleh kerajaan Umno-BN.

Justeru, beliau menyarankan tuan-tuan tanah yang terlibat dengan rampasan tanah itu  mengemukan taksiran atas kerugian untuk dibuat tuntutan.

Menurutnya, ia termasuk ganti rugi atas tanaman yang telah ditanam atau bangunan yang telah didirikan, diatas tanah tersebut ketika tanah yang diberi kerajaan PAS itu, dirampas oleh pihak kerajaan Umno-BN. Sumber

15 August 2012

Sah YB Khazan bukan calon BN PRU 13(gambar)




       Inilah yang tengah kecoh sekarang kat Batu Rakit. YB Khazan bagai nak kojol berkempen untuk dicalonkan semula. Tetiba muncul si mamat ala-ala ayu ni promosi diri. Tahun lepas lagi dah kecoh. Se DUN Batu Rakit banner dia naik. Bangang penyokong Khazan. Budak jailani anak arwah Pak Ngah Bas Darat Batu Rakit. Baru-baru ni telah dikesan budak ni tukar tempat mengundi dari Parlimen Besut dan Dun Jerteh ke Parlimen Setiu dan Dun Batu Rakit. Apa ke jadahnya anak Batu rakit pergi mengundi di Besut. Tetiba tukar ke Setiu pulak. Ni pasti nak jadi calon. Boleh jadi calon BN budak jailani sebab dia hensem dan lebih perasan daripada YB Khazan. Apa pun sayonara Yb Khazan dan tunggu Allah letak kamu di tempat yang sepatutnya.

11 August 2012

NEGARA BERKEBAJIKAN: PAS CAWANGAN MARAS SAHUT AWAL



11 OGOS 2012- PAS Cawangan Maras telah melaksanakan tangunggjawab sebagai pembela masyarakat dalam mengurangi tekanan kenaikan harga barang. Majlis Cakna Sumbangan hari raya telah berlangsung di Surau  Al Khautsar Kg. Maras. Tn.Hj. Ghani Ambak yang juga bekas ahli Parlimen Setiu telah dijemput hadir untuk memberi motivasi kepada penerima sumbangan. Beliau memberi keyakinan kepada penerima sumbangan bahawa PAS bukanlah parti politik semata-mata tetapi merupakan satu badan dakwah dan kebajikan yang bergerak secara  sukarela untuk membantu masyarakat. Seramai 55 orang telah dipilih dari sekitar Kg. Maras untuk menerima sumbangan ini. Penerima menerima barangan berupa beras(10kg),gula(2kg),minyak masak(2kg),beras pulut(1kg) dan sekotak buah kurma. Selain itu saguhati wang(RM50.00) turut diberikan. Jawatankuasa PAS Cawangan Maras dan Jawatankuasa Surau Al Khautsar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah banyak membantu melaksanakan program ini.

02 August 2012

Hairie: UMNO dah nak mapuh(video)


Ucapan ini berlangsung di Dataran Pasar Maras Kg Maras Kuala Terengganu dalam DUN Batu Rakit pada 31 JULAI 2012.