PENGUMUMAN


widgets

15 October 2012

Sah Dato Jailani ganti Mat Said PRU 13


 
Dato Mat
 
Dato Jai
 
 
Tidak lama dahulu penulis ada tulis rencana pasal MB Datuk Seri Ahmad Said akan ditukar selepas PRU 13 nanti.

Bermakna Ahamd Said bukan lagi MB Terengganu selepas PRU 13. Maka nama lain pula yang jadi MB Terengganu selepas PRU 13 ini.

Namanya tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Jailani Ngah, Setiausaha politik pada Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri.

Nama ini menjadi isu yang besar dan telah menjadi polimek yang mengkucar kacir Umno Bahagian setiu sedikit masa dulu.

Sesetengah mengatakan nama itu jangan diharap untuk dicalon bertanding di Dun Batu Rakit selagi Mat Jidin dan Kazan Che Mat masih orang kuat Bahagian Setiu.

Pada penulis ini merupakan petanda Nama Jailani Ngah tidak mendapat restu bertanding di Dun Batu Rakut miskipun ia kehendak Mohd Najib sendiri.

Persoalan yang timbul kini Nama Jailani Ngah kelihatan sudah begitu popular semula dan mula dikenali rakyat parlimen Setiu khususnya dan seluruh Terengganu amnya.

Sinar harian mula memainkan peranan memperkenalkan nama Setiausaha politik perdana menteri dalam majlis bersama rakyat baru baru ini.

Bermakna usaha Mohd Najib untuk menukar menteri besar Terengganu miskipun menemui jalan sukar kini sudah mula ada ruang bahawa MB sedia ada akan bertukar kepada tokoh lain.

Nama Jailani Ngah bukan calang calang nama berbanding dengan nama Datuk Rasul Wahid yang telah dicanang sedemikian oleh sesetengah pihak sebagai bakal MB Terengganu yang baru selepas PRU 13 nanti.

Rakyat Kenal siapa sebenar Jailani Ngah dan siapa sebenar Rasul Wahid. Pucuk kepimpinan umno Malaysia juga turut mengenali mereka ini.

Usaha menukar MB Terengganu yang dilakukan secara diam oleh Najib kali ini sudah Nampak jalan mudah. Lebih lebih Tun Mahahtir Mohamad orang yang diberi tugas untuk memainkan peranan agar umno Terengganu tidak jadi kecuh sudah ada kejayaannya.

Penulis percaya beberapa nama yang disebut sebut bakal menteri besar Terengganu termasuk Datuk Nasir Ibrahim Fikri, Datuk Wan Ahmad Omar, maka Jailani Ngah adalah nama yang barangkali menjadi hampir tepat bakal menteri Besar Terenggnau yang baru selepas PRU 13 nanti.

Kenapa? Beliau setiausaha politik pada Perdana Menteri Mohd Najib Razak yang sedang berusaha bertungkus lumus agar menteri besar Terengganu bertukar tangan.
 
Nota di atas merupakan satu perkhabaran orang UMNO hanyalah sebagai bola yang  ditendang untuk meraikan kemenangan. Bola akan di sepak semula bila musim liga bermula. Sehingga itu bola hanya berada dalam stor. Bukalah mta hati penyokong umno anda hanya alat untuk pemimpin umno menjadi berkuasa dan kaya raya. Jom tolakkkkkkk umno!!!!!!!
 
 
Paling syoknya Dato jai nilah yang sekat Ustaz AZHAR IDRUS untuk berkuliah di PICC.
Berita ini boleh rujuk gambar dibawah.
 

 
 

No comments:

Post a Comment